Salam, selamat berpuasa ye, alhamdulillah hari ini kita masuk puasa yang ke 2, syukur. dan sudah semestinya dibulan puasa ini ramai ibu-ibu yang masak sedap-sedap untuk keluarga, jom saya kongsi Resepi Masakan Kerang, lain dari yang lain, nama menu ni saya namakan Kerang Berapi sebab agak pedas sedikit tetapi masih boleh dimakan oleh anak-anak.
Oh ye sebelum itu ampun ye kalau buat korang terliur, bukan niat..hanya ingin berkongsi menu, mana tahu korang ingin kelainan pada menu berbuka puasa kan?
Biasa kerang ni orang buat rebus atau bakar, ni masak lebih kurang Ala Thai sebab guna Paste Mae Pranom. Tapi cipta sendiri resepi ni hihihi, saya suka reka-reka resepi hhahaaa, ada yang sedap dan ada yang tak sedap, bukan apa, dalam masakan kita kena kreatif, nak makan hari-hari kan, takkan nak makan menu yang sama je?, banyak perut kena jaga kat rumah ni kikiki.
Jom saya share Resepi Kerang Berapi ^_^
Bahan-bahan :-
- Kerang
- Paste Mae Pranom, tak tahu boleh tengok SINI
- Lengkuas besar ibu jari di ketuk
- Halia besar ibu jari di ketuk
- Cili Giling 1 senduk
- Bawang Merah di hiris
- minyak masak sedikit
- Asam Keping 1
- Daun lima purut
- Daun ketumbar
- Daun bawang
Cara Menyediakan/Memasak
- Bersihkan Kerang terlebih dahulu, banyak cara, salah satunya guna bekas jarang, golek-golek kerang bawah air paip, boleh juga bersihkan guna daun pisang…lagi..boleh search kat pakcik google ye.
- Kemudian rebus kerang tadi.
- Kerang dah masak, toskan, kita nak kerang je, air tu xmau, then bilas dengan air paip, saje nak pastikan kerang tu bersih sebersihnya.
- Dalam kuali/periuk panaskan minyak, masukkan bawang merah, halia dan lengkuas dan cili giling, masak hingga pecah minyak.
- Masukkan air separuh dari periuk/kuali (ikut suka nak banyak mana)
- Masukkan asam keping
- biar mendidih baru masukkan kerang (sebab kerang dan masak)
- Masukkan daun limau purut, daun ketumbar dan daun bawang
- Tambahkan Garam sedikit
- Sedia untuk dihidang
Rasa kerang ni sedap, serius tak tipu kalau korang follow resepi yang saya bagi kat atas ni, sampai ke kuah-kuah licin, hero-hero request lagi, tapi kena tunggu weekendlah nanti baru shopping kerang, insyaALLAH.
– Selamat mencuba ye ^_^
mohon share menu yer..dah ambil dah..nak cuba buat…
Boleh 🙂
nak cuba juga lah nanti..
Mus recently posted..Ambil Gambar Lanskap Di Teluk Sepanggar Dengan Kamera Samsung Galaxy
hoho..kalau pedas, mestilah sedapp.
titan recently posted..Teach a Man How to fish.
Bumbu2nya mudah didapat
trims resepnya mbak 🙂
Rina recently posted..Create CSS Responsive Pricing Tables Design For Website
Ni makan waktu berbuka mesti melompat nie, tengok cili dia pon dah ngeri, pandai kakyan masak, nampak sedap
Health Tips recently posted..How is Hydrolyzed Collagen Created
Nampak memang pedas sungguh, tapi tak tahu la rasa nya mcm mana pula…
MindaKini recently posted..Hadis Tentang Menguap
sedapnya kak yan.. terus rasa lapar ni.. bilalah aya boleh pandai masak ni..huhuhu
Aya recently posted..Tahniah! Anda Dapat Komisen
nampak sungguh menyelerakan.. nak kena cuba masak ni..
Fariz Azhari recently posted..Nikmat kali Pertama Makan Sate Kajang Hj. Samuri
whoaaa..kecor nengok..musti coba..asben suke mkn pedas2 🙂 thks for sharing kak~
Qema recently posted..Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1434H/2013M
saya suka kerang rebus dan bakar jer, selain tu kerang masak sambal
Juan recently posted..Buat Duit Online Sambil Belajar Untuk Mahasiswa
Sedapnyaa tengok gambar2 tu.. Saya memang peminat kerang.. Boleh cuba resepi ni nanti..
Anarm recently posted..Buffet Ramadhan di Shazana Pau Shop & Cafe
Saya suka makan kerang terutama kerang rebus. Tang kopek ada sedikit malas. 🙂
sedapnya akak masakan kerang berapi nie…
Wan Fauzi™ recently posted..Tiga Situasi Yang Mengerunkan Tentera Mesir
rasa mengidam pulak nak makan kerang…
Wan Fauzi™ recently posted..Mesir Buka Kembali Pintu Sempadan Rafah
Nampak menyelerakan dan menggiurkan.. hehe
slurppp..
Repain recently posted..TAZKIRAH RAMADHAN : CARA MENGERJAKAN SOLAT WITIR
Fuhhh… Kerang berapi… Tengok kehijauan cili di dalam mangkuk pun dah dapat agak tahap kepedasannya… Pasti berapi telinga orang yang memakannya…
Anuar recently posted..Pengalaman Menghadiri JomNiaga Summit 2013
nis kalau kerang selalu rebus gitu jer.. cicah sos… hihi~
boleh coba resepi baru ni 😉
Ummi Hanie @ Nis Azmier recently posted..Tutti Frutti ~ teringin nak pekena sekali sebelum bulan puasa
cili giling satu senduk mahu tak berapi hehe
onlajer recently posted..The Joy of supporting Philips Morris
terpulang nak kuah banyak mana, macam saya memang masak banyak makan untuk 2 sesi, 4 orang makan, so memang masak banyak, kalau setakat makan berdua 1-2 sudu dah cukup, ni resepi untuk family yang besar macam saya, agak2 banyak kurangkan.
yanmie recently posted..Resepi Masakan Kerang – Kerang Berapi
Ada rasa macam tomyam kot…nampak ada daun limau. mesti terangkat pekena waktu berbuka.
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress
Iye DH ala2 rasa macam Tomyam Kung yang Thai tu, serai tak letak ni.
yanmie recently posted..Resepi Masakan Kerang – Kerang Berapi
OK, nanti Azie try buat macam ni. selalu rebus macam tu je. Time Acehhhh!!!Tang Berapi tu I like.
Azie recently posted..Co2 salah satu “Asas Membina Planted Tank”
Cili tu gigit jek hehee..sedappp 🙂
yanmie recently posted..Resepi Masakan Kerang – Kerang Berapi