Resepi Masakan Kerang – Kerang Berapi

Salam, selamat berpuasa ye, alhamdulillah hari ini kita masuk puasa yang ke 2, syukur. dan sudah semestinya dibulan puasa ini ramai ibu-ibu yang masak sedap-sedap untuk keluarga, jom saya kongsi Resepi Masakan Kerang, lain dari yang lain, nama menu ni saya namakan Kerang Berapi sebab agak pedas sedikit tetapi masih boleh dimakan oleh anak-anak.

resepi kerang

Oh ye sebelum itu ampun ye kalau buat korang terliur, bukan niat..hanya ingin berkongsi menu, mana tahu korang ingin kelainan pada menu berbuka puasa kan?

resepi kerang

Biasa kerang ni orang buat rebus atau bakar, ni masak lebih kurang Ala Thai sebab guna Paste Mae Pranom. Tapi cipta sendiri resepi ni hihihi, saya suka reka-reka resepi hhahaaa, ada yang sedap dan ada yang tak sedap, bukan apa, dalam masakan kita kena kreatif, nak makan hari-hari kan, takkan nak makan menu yang sama je?, banyak perut kena jaga kat rumah ni kikiki.

resepi kerang

Jom saya share Resepi Kerang Berapi ^_^

Bahan-bahan :-

  • Kerang
  • Paste Mae Pranom, tak tahu boleh tengok SINI
  • Lengkuas besar ibu jari di ketuk
  • Halia besar ibu jari di ketuk
  • Cili Giling 1 senduk
  • Bawang Merah di hiris
  • minyak masak sedikit
  • Asam Keping 1
  • Daun lima purut
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang

Cara Menyediakan/Memasak

  • Bersihkan Kerang terlebih dahulu, banyak cara, salah satunya guna bekas jarang, golek-golek kerang bawah air paip, boleh juga bersihkan guna daun pisang…lagi..boleh search kat pakcik google ye.
  • Kemudian rebus kerang tadi.
  • Kerang dah masak, toskan, kita nak kerang je, air tu xmau, then bilas dengan air paip, saje nak pastikan kerang tu bersih sebersihnya.
  • Dalam kuali/periuk panaskan minyak, masukkan bawang merah, halia dan lengkuas dan cili giling, masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan air separuh dari periuk/kuali (ikut suka nak banyak mana)
  • Masukkan asam keping
  • biar mendidih baru masukkan kerang (sebab kerang dan masak)
  • Masukkan daun limau purut, daun ketumbar dan daun bawang
  • Tambahkan Garam sedikit
  • Sedia untuk dihidang

Rasa kerang ni sedap, serius tak tipu kalau korang follow resepi yang saya bagi kat atas ni, sampai ke kuah-kuah licin, hero-hero request lagi, tapi kena tunggu weekendlah nanti baru shopping kerang, insyaALLAH.

resepi kerang

- Selamat mencuba ye ^_^

24 thoughts on “Resepi Masakan Kerang – Kerang Berapi

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge