Kadar Zakat Fitrah Di Negeri Selangor 2013

Salam, Kadar Zakat Fitrah Di Negeri Selangor 2013 masih lagi dikekalkan seperti tahun lalu iaitu RM7, perkara tersebut diberitahu oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

zakatt Kadar zakat fitrah 2010

Penetapan Kadar Zakat Fitrah Di Selangor 2013 dilakukan selepas mengambil kira harga semasa Beras, jadi jangan lupa untuk membayar zakat fitrah dibulan puasa nanti ye. Seramai lebih 2,600 wakil Ketua dan penolong Amil yang ditugaskan bagi memungut Zakat Fitrah pada bulan ramadan ini.

Sebaiknya waktu yang sesuai untuk membayar Zakat Fitrah adalah pada awal-awal Ramadan, jadi sempatlah pungutan Zakat tersebut diagihkan sebelum raya kepada mereka yang memerlukan.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:-

1. WAKTU WAJIB

  • Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. WAKTU YANG PALING AFDHAL

Sebelum sembahyang Hari Raya

3. WAKTU SUNAT

  • Sepanjang bulan Ramadhan

4. WAKTU MAKRUH

  • Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5. WAKTU HARAM

  • Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Oh ye macam yang anda tahu, Zakat Firah ini boleh dibayar di Masjid-masjid dan Surau serta ada juga kaunter yang dibuka di komplex membeli belah.

- Tahun ni suami bayar zakat untuk 5 orang ^_^

9 thoughts on “Kadar Zakat Fitrah Di Negeri Selangor 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge