Salam, Gempar Kejadian Sejadah Duduk Di Sandakan Sabah, ini bukanlah cerita rekaan, kejadian ini BENAR-BENAR berlaku di rumah Mak saya di Sandakan, Sabah pada Subuh hari Rabu 3.7.2013. Meremang juga bulu roma mendengar cerita dari Mak.

sejadah duduk

Mak solat dibahagian ruang tepi kedai runcitnya.

Mak telefon dalam pukul 10.00 malam tadi, waktu itu saya tengah menyusukan Baby Irfan, dalam keadaan kelam-kelam bilik mak bercerita tentang kejadian sejadahnya duduk dengan sendiri, memang meremang bulu roma mendengar cerita dari mak, terus saya turun bawah dengan baby Irfan hehee, berikut cerita dari mak :-

sejadah duduk

“Waktu Mak solat subuh memang kebiasaan pintu rumah akan dibuka, sedang mak selesai solat subuh dan teruskan dengan berzikir, tiba-tiba anak kucing datang kearah mak dan menarik-narik tasbih mak, lantas mak ketepikan anak kucing tersebut dan mengibaskan sejadah yang dah berkedut oleh anak kucing tadi.

Kemudian dalam beberapa langkah sahaja mak pergi mencapai Al-Quran di penjuru dinding, mak nak baca A-Quran, sekali mak toleh tengok Sejadah Mak dah berdiri dengan sendirinya. Mak terkejut sangat, mengigil juga tengok sebab kejadian tu pantas sangat berlaku.

Adik yang ketika itu membelakangkan Mak (Sedang iron baju), Mak panggil adik toleh belakang dia, melompat adik dengan iron nya melihat sejadah mak duduk berdiri macam tu.

Ketika kejadian semua family ada dirumah, Adik lelaki tadi menggosok baju, ayah di bilik air, adik lagi seorang ditingkat atas.

Mak panggil Nenek, makcik-makcik semua datang tengok sejadah tersebut, kalau mak cerita je orang tak percaya, jadi mak panggil diorang.

1 jam juga mak biarkan sejadah tersebut dalam keadaan macam tu, mak merangkak-rangkak di sekeliling sejadah tersebut sambil memerhatikan setiap bentuk lekok sejadah tersebut. Memang dalam keadaan elok sangat.

Setelah 1 jam berlalu, ayah dan juga adik dah pergi kerja, tinggal mak seorang, mak pun lipat sejadah tersebut dan letak ditempat biasa.

Mujur Ayah belikan Mak Handphone baru (yang lama hilang) sebelum malam kejadian, jadi dapatlah mak ambil gambar, itupun mak ambil gambar banyak kali, imej sejadah tak lekat dalam handphone Mak, snap je tengok sejadah tidak ada dalam gambar, snap lagi banyak kali..sehinggalah Mak berdoa minta ALLAH tunjukkan sekiranya ianya benda baik tunjukkanlah.

Lepas mak baca doa, mak snap lagi gambar, dan Alhamdulillah gambar tersebut nampak terang dan bercahaya.

Mak MMS gambar kat kami anak-anak dia yang jauh ni, tapi kami tak dapat MMS tersebut, maklumlah anak-anak pakai handset “canggih”, mak pulak internet bagai tak reti, jadi saya minta adik hantar gambar di Mesej Facebook.

sejadah duduk

“mak kata, sejadah mak kalau buat macam ni tak berdiri pun”, ni elok je..

Serius meremang bulu roma saya tengok gambar sejadah yang mak hantar, macam-macam fikiran timbul. apa pun semua ini tidak akan berlaku tanpa keizinan dan kekuasaan dari ALLAH SWT.

sejadah duduk

Lantas Saya terfikir “Malaikat kan boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa?, Malaikat ditugaskan  untuk mengawasi dan membantu orang yang beriman.” Apa pun hanya ALLAH SWT sahaja yang Maha Mengetahui.

Fikir benda baik-baik aje, moga kita sentiasa berada dalam golongan orang-orang yang beriman, amin…

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

35 thoughts on “Gempar Kejadian Sejadah Duduk Di Sandakan Sabah”
  1. Kuasa Allah yang Maha Besar:) Subhanallah. nik pun pernah melalui sendiri saat ni kak yan. memang rasa meremang tapi dalam pada tu rasa teruja dan bersyukur sebab dapat melihat satu tanda kebesaranNYA. kalau fikir logik meman tak tercapai akalmu.
    nik recently posted..1 bulan bersawang!My Profile

  2. Allahuakbar..
    betul kata hafiz rahim..selama ni tau cerita orang yng tak kenal.
    hari ni baca blgger sendiri..
    kuasa Allah..

    # akak org sabah ea?

  3. Subbhanallah..
    Inilah Bukti kewjudan makhluk yang kita tak dapat lihat. Teringat ceramah ust ismail kamus yang dia cerita kawan dia tengah tidur terangkat sampai ke siling rumah,siap dia cakap lagi, ehh jin boleh turunkan sikit lagi tak, hehehehe…
    MindaKini recently posted..Doa Jika Terkena RasukanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge