Hari raya tak lama lagi kunjung tiba, pastinya saat inilah yang dinanti-nanti oleh semua orang untuk menghias dan mencantikkan rumah, saya sendiri bercadang ingin mengecat bilik anak, nak beri kelainan dari yang sebelum ini sempena raya, mesti anak-anak suka ni.

Maklumlah bilik diorang sekarang ni punyalah kotor,  conteng macam-macam kat dinding tu, dah tu lekat macam-macam sticker, pening saya tengok!. Segan pula dengan tetamu yang datang tengok bilik anak macam tu hihihi, jadi saya nak cat bagi cantik, bagi suasana terang dan ceria, kira cat sempena raya lah ni.

Jadinya saya memilih untuk menggunakan cat Dulux Inspire Baru kerana ianya dengan Teknologi Chrome Brite, dapat melindungi daripada kepudaran, biar nampak ceria je selalu. maklumlah cat kalau tak pilih yang berkualiti memang cepat pudar, Dulux Inspire baharu ni mempunyai kemasan yang licin, cerah lagi terang, memang suka sangatlah!

jenis-cat-dulux-inspire

Saya pilih Cat Dalaman berwarna Horizon Blue DSC1101B, tak sabar nak cat hihihi, sebelum ni dinding bilik anak saya warna putih je, memang biasa-biasa sangat, kali ni agak terang dan ceria warnanya, cuma sekarang ni saya tengah fikir, nak cat 1 wall je ke ataupun cat keseluruhan bilik diorang??

Oh ye, selain Warna Horizon Blue DSC1101B yang saya pilih, terdapat juga pilihan 22 warna yang sedia ada dan 192 warna POST (iaitu warna adunan mesin) dalam lapan kumpulan warna bagi memberikan pelbagai pilihan warna untuk menghiasi kediaman sempena musim perayaan ini.

Dulux Inspire terdapat dalam 2 jenis :-

dulux inspire

Dulux Inspire Interior

Apa yang menariknya, Cat Dulux Inspire Interior (Dalaman) ini mempunyai Sebatian Organik Meruap (VOC) yang rendah serta kurang berbau tau, ianya juga memberikan kemasan yang cantik dan licin selain mudah untuk disapukan.

dulux inspireDulux Inspire Exterior

Cat Dulux Inspire Exterior pula memberikan kemasan kusam dengan kelegapan yang mencukupi untuk liputan cat yang luas serta ciri tahan alga dan kulat, tahan menggelupas dan tahan kotoran.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik :-

dulux inspire

Untuk mendapatkan hasil yang optimum, Anda di syorkan untuk menyapu satu lapisan Dulux Exterior/ Interior Wall Sealer atau Dulux Primer yang bersesuaian sebelum menyapu sekurang-kurangnya dua lapisan cat Dulux Inspire.

Lagi Info Dulux Exterior/Interior Wall Sealer:-

  • Dulux Exterior/Interior Wall Sealer sesuai untuk permukaan batu dalaman yang baru dicat atau yang telah dicat seperti batu bata, plaster, simen, dan lepa.
  • Ianya tahan alkali, tahan gelupas
  • Dulux Inspire mematuhi kedua-dua persijilan Label Eco SIRIM dan Green Label Singapura selain berasaskan air serta rendah VOC dan rendah bau.

Cat Dulux Inspire ini terdapat di kedai-kedai Dulux terpilih dalam kedua-dua rangkaian cat Dalaman dan juga Luaran dengan saiz pek 1 Liter, 5 Liter dan 18 Liter.

Untuk keterangan lanjut :-

Call : 1-800-88-9338 (Isnin-Jumaat, 9am-5pm)

Email : customercare.my@akzonobel.com

Website : www.dulux.com.my

Facebook : facebook.com/DuluxMalaysia

Yang pastinya suami sayalah orang yang paling sibuk untuk mengecat bilik anak ni, bersungguh-sungguh suami bagi idea hihi. Ok nantikan hasilnya ye.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

28 thoughts on “Dulux Inspire Pilihan Cat Terkini Lagi Ceria”
    1. Itulah tengah fikir, kalau cat ada lebih boleh cat sekali ruang tamu, tapi kena tengok gak warna tu match tak dengan ruang tamu, tapi yang pasti cat bilik anak dulu, bagi nampak meriah sikit sempena raya ni, anak-anak pun ada tetamu tau, kawan2 datang terus ajak masuk bilik main hehee
      yanmie recently posted..Dulux Inspire Pilihan Cat Terkini Lagi CeriaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge