Salam, semalam saya dapat surat dari Google, kemain seronok lagi hehee, ni surat yang ke…hem lupa yang keberapa sebab saya kerap juga dapat surat dari google ni, semuanya bermula lepas saya Meeting Bersama Specialist Google Adsense Dari Google.com.

surat dari google

Kali ni saya dapat Google Adwords RM600, Alhamdulillah. sebelum ni pernah terima RM100, RM150, RM200 dan kali ini jumlahnya agak tinggi juga RM600, bolehlah mencuba google adwords pulak, yang saya terima sebelum ini saya tak gunakan, sampai expired saya tak ingat hehee.

surat dari google

Kali ini nak try jana trafik melalui google adwords pulaklah, dah alang-alang dapat RM600 ni kan, bolehlah iklankan target keywords tertentu, lagi nak puasa/raya ni, banyak keywords meletop hahaha..ops!

surat dari google

Expired 31 Ogos 2013, harapnya tak lupa guna huuu~

- Sibuk sikit sejak anak dah pandai merangkak ni phew~