Salam, nama GM Klang tidak asing lagi dikalangan peniaga, syurga barangan borong ada disini, macam-macam jenis barang yang dijual, saya suka sebenanrya Shopping Borong Di GM Klang ini untuk kegunaan sendiri, nak berniaga tu takde skill lagi hehee. layan~

gm klang

Jarak GM Klang ni dengan rumah lebih kurang 5 minit je, dekat sangat!, tapi serius saya jarang kesini, sampai je kesini bila saya berjaya bodek en.suami hahahahaa, mana tidaknya kat sini boleh rambang mata jadinya, dah masuk sini jangan haraplah nak lepak sejam je, mau berjam-jam duk dalam ni, semua benda pun nak beli -..-“

shopping di gm klang

Saya suka beli barangan untuk kegunaan sendiri, macam saya ni anak 3 orang so berbaloi beli borong, boleh pilih untuk ketiga2 diorang, takdelah branded mana pun, nama barangan borong tapi ianya bagi saya berkualiti juga, ada yang mahal dan ada yang murah, terpulang anda nak borong yang mahal atau yang murah, pilihan ditangan anda.

shopping di gm klang

Macam-macam barang untuk baby ada, meriah singguh lah, poket pun koyak rabak lepas keluar dari sini heeee.

shopping di gm klang

Beli 2 Baby Bullet ni, dapat harga borong, berbaloi betul!, nanti entrykan…

shopping di gm klang

Rompers tidak dilupa, percaya tak yang Baby Irfan ada lebih 60 helai rompers?? kikiki, ada yang mahal ada yang murah. nengok aje di Instagram gambar2 Baby Irfan dengan Rompersnya, suka tengok baby pakai rompers, comel sangat ^__^.

Ok itu je gambar yang sempat saya snap, coz tak ingat dah nak amik gambar, ingat nak shopping je time ni hehee, opss…lupa juga amik gambar di kedai Takoyaki hihihi.

So pada anda yang nak kesini, sila sediakan duit banyak-banyak ye!, setakat RM200-300 tak cukup kot 😀

– Shopping itu juga terapi kekekeke~

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

22 thoughts on “Shopping Borong Di GM Klang”
  1. salam,

    boleh bgtau x harga rompers brapa yg mcm kat atas ni kat sana?
    pakaian baby berbaloi tak beli kat GM?

    nak pergi survey rasa jauh so bfr g sana igt nk tanya2 org je dulu…

    tq

  2. pernah g GM kat KL tu… tp kat situ nampak padat.. tapi tak tau la kalu skrg dah berubah kot…

    pastu kenanga wholesale tu.. besar gak…

    boleh yek ambik gmbr.. sbb masa g kenanga tu pekerja tu x kasi ambik gmbr..hehehe

    tp kalu anak ramai sesuai kot beli kat GM ni sbb bila beli banyak murah sikit kan?
    sumijelly recently posted..Akaun RHB yang dah lama pupus…….My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge