Blog SuperMak


Salam, nama GM Klang tidak asing lagi dikalangan peniaga, syurga barangan borong ada disini, macam-macam jenis barang yang dijual, saya suka sebenanrya Shopping Borong Di GM Klang ini untuk kegunaan sendiri, nak berniaga tu takde skill lagi hehee. layan~

gm klang

Jarak GM Klang ni dengan rumah lebih kurang 5 minit je, dekat sangat!, tapi serius saya jarang kesini, sampai je kesini bila saya berjaya bodek en.suami hahahahaa, mana tidaknya kat sini boleh rambang mata jadinya, dah masuk sini jangan haraplah nak lepak sejam je, mau berjam-jam duk dalam ni, semua benda pun nak beli -..-”

shopping di gm klang

Saya suka beli barangan untuk kegunaan sendiri, macam saya ni anak 3 orang so berbaloi beli borong, boleh pilih untuk ketiga2 diorang, takdelah branded mana pun, nama barangan borong tapi ianya bagi saya berkualiti juga, ada yang mahal dan ada yang murah, terpulang anda nak borong yang mahal atau yang murah, pilihan ditangan anda.

shopping di gm klang

Macam-macam barang untuk baby ada, meriah singguh lah, poket pun koyak rabak lepas keluar dari sini heeee.

shopping di gm klang

Beli 2 Baby Bullet ni, dapat harga borong, berbaloi betul!, nanti entrykan…

shopping di gm klang

Rompers tidak dilupa, percaya tak yang Baby Irfan ada lebih 60 helai rompers?? kikiki, ada yang mahal ada yang murah. nengok aje di Instagram gambar2 Baby Irfan dengan Rompersnya, suka tengok baby pakai rompers, comel sangat ^__^.

Ok itu je gambar yang sempat saya snap, coz tak ingat dah nak amik gambar, ingat nak shopping je time ni hehee, opss…lupa juga amik gambar di kedai Takoyaki hihihi.

So pada anda yang nak kesini, sila sediakan duit banyak-banyak ye!, setakat RM200-300 tak cukup kot :D

- Shopping itu juga terapi kekekeke~

20 Thoughts on “Shopping Borong Di GM Klang

  1. salam,

    boleh bgtau x harga rompers brapa yg mcm kat atas ni kat sana?
    pakaian baby berbaloi tak beli kat GM?

    nak pergi survey rasa jauh so bfr g sana igt nk tanya2 org je dulu…

    tq

  2. wah..mesti banyak barang yang best-best nih..
    ohcikgu recently posted..Tambah ketinggian 3cm – 9cm dalam 90 hari.My Profile

  3. 60 rompers?!! mak aih..macam ni kena tambah lagi 6 orang anak..hehehe…
    Mama I.A recently posted..[PERKONGSIAN] Rahsia Kulit CantikMy Profile

  4. Kalau shopping barang baby, Aya tak kisah pun keluar duit banyak.. hehe
    Aya recently posted..Statistik BloggerWanita.com 47 Ribu Pelawat SebulanMy Profile

  5. Memang rambang mata bahaya bawa menteri dapur dekat sini. :-)
    akubiomed recently posted..Pelancaran Little Red Cube dan KarnivalMy Profile

  6. kena spend pulus byk2 kalau nk pi sini..kalau tak baik tk yah pergi…hehehehehe…
    syamila recently posted..Unimom Forte memang Terbaikkk….My Profile

  7. tempat yg palinggg teringn nak p …. bila nak sampai entah… syurga shopping…
    Si Cantik Matahari recently posted..WORDLESS WEDNESDAY : Baby Amanda Raisya 50 HariMy Profile

  8. pernah g GM kat KL tu… tp kat situ nampak padat.. tapi tak tau la kalu skrg dah berubah kot…

    pastu kenanga wholesale tu.. besar gak…

    boleh yek ambik gmbr.. sbb masa g kenanga tu pekerja tu x kasi ambik gmbr..hehehe

    tp kalu anak ramai sesuai kot beli kat GM ni sbb bila beli banyak murah sikit kan?
    sumijelly recently posted..Akaun RHB yang dah lama pupus…….My Profile

  9. macam 2 barang ada ye
    rozuan recently posted..GAMBAR RAMBUT BARU NORA DANISHMy Profile

  10. kalu dkt ..akak pun nak g…rambang mata kan..

  11. wahh banyak nya barang borong.. rabun mata juga nie kalau pergi
    MindaKini recently posted..Khasiat LemonMy Profile

  12. wow banyak giler product
    Juan recently posted..Panduan Untuk Membuka Perniagaan Bisnes Cyber CafeMy Profile

  13. Nak pi jgk…kalau dekat hari2 pi…. :)
    zie fauzi recently posted..Pembakar SemangatMy Profile

  14. belum pernah pergi
    hanya pernah ke GM Chow KIt sahaja :)
    Sop recently posted..Sila undi penyertaan Sop untuk DiGi WWWOW AwardMy Profile

  15. bahaya ni, “shopping juga terapi”. kalau “window shpoping juga terapi” memang bagus…heeee.
    Denaihati recently posted..84″ Ultra HD 3D TV di Event Blogger LIVE LIFE LARGE LGMy Profile

  16. wahh…mmg boleh rabak pokek. belum sempat smpai sana lg. rasa mcm nak kesana jgk satu hari nnt ^^
    yana recently posted..DIY Craft – Perler BeadsMy Profile

  17. Kakpb pun suka shopping banyak2, lps beli simpan sampai luput tarikh…hehe.
    GM ni takpernah sampai, ntah bila agaknya.
    kakpb recently posted..LabuanMy Profile

  18. setuju!
    shopping itu terapi
    kakngah recently posted..Wordless Wednesday ; Auummmmm! Geget abang…My Profile

  19. waa… mmg menggila kalau masuk GM ni yer…
    Ummi Hanie @ Nis Azmier recently posted..Cendol Banting tiada tandinganMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation