Resepi Satay Ayam Masak Guna Pemanggang Ajaib

Salam, tak lama lagi nak puasa kan? so bolehlah masukkan Resepi Satay Ayam Masak Guna Pemanggang Ajaib ini dalam menu berbuka korang hihihi. 1st time masak satay kot, so nak share lah resepi mudah masak satay ni guna pemanggang ajaib. memang senang sangat!, senang sebab tak perlu nak guna bara api then kipas-kipas hehee.

resepi satay ayam

Nak buat takdelah susah mana pun, berbaloi buat sendiri, sedapp lepastu puas plak makan coz ayam besar-besar tak macam satay yang dijual diluar tu ekkekeke.

resepi satay ayam

Saya perap malam isi ayam ni, pukul 5 pagi saya dah start mencucuk-cucuk hihihi, coz buat sarapan pagi ni untuk hero-hero sebelum gi kerja dan sekolah.

resepi satay ayam

Dapatlah 28 cucuk, dah banyak sangat untuk kami 4 beranak makan coz ayam tu memang potong besar-besar sikit hihihi.

resepi satay ayam

Yang ni sambil cucuk, sambil bakar, sambil makan hahahaha tak menyabar betul!, maklumlah excited coz 1st time buat hihihi.

resepi satay ayam

Bakar guna pemanggang ajaib, serius sedapp…rasa dan bau satay tu terpelihara, tutup kejap pemanggang tu untuk masakkan satay, nak bagi satay tu kering kena buka pemanggang tu, dan ingat ye, bakar guna api sederhana sahaja.

Oh ye…lupa pulak resepinya hahaha, ok nah resepi satay ayam pemanggang ajaib :-

  1. Potong ikut suka hati isi ayam tu..saya gunting isi ayam ni, cepat hahaha
  2. Bersihkan ayam tadi dan toskan
  3. Blender Serai, cili kering sedikit, bawang merah, jintan & jintan putih sedikit, halia besar ibu jari, sos tiram, kicap manis. campur jek semua tu.
  4. Perap ler berapa lama korang nak, saya perap semalaman lebih kurang 7 jam gitu.
  5. Dah perap, cucuk isi ayam tadi dan bolehlah dibakar dalam pemanggang ajaib.
  6. Jangan lupa minyak dan serai ketuk untuk percik keatas satay tu untuk tak bagi kering sangat, orang kata nak bagi juicy buat gitu.

Itu jek resepinya, antara rajin dengan tak je nak buat hahaha, saya sebab “ter-rajin” tu yang buat, lagi pulak memang teringin nak buat satay sendiri, dah jemu beli diluar.

resepi satay ayam

Siap!! Satay YanMie kikiki~

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at [email protected] , thank you :)

View all posts by yanmie

26 Comments on “Resepi Satay Ayam Masak Guna Pemanggang Ajaib”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge