Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai, Sedap!

Salam, baru ni saya ada masak Ketam, teringin pulak nak makan, jarang beli ketam sebab leceh nak makan hihihi, dah lama tak masak tu apa lagi, nak ler masak sedap-sedap biar tak terasa penat time makan sambil buang kulit ketam tu hehee, jom saya share Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai, Sedap!, resepi sendiri ni :D

Ketam Masak Sedap

Serius resepi ketam masak pedas ni agak banyak menggunakan bahan, so harusla hasilnya 5 bintang..ehh?? hahaa sebab abis licin uuuu, dengan kuah-kuahnya sekali licin, anak siap tunjuk ibu jari “Sedappppnnyee Ibu Masak” hahaha, anak-anak ni kalau komen memang jujur okeh! hehee

Ketam Masak Sedap

Resepi ni dinamakan Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai sebab ada menggunakan Paste cili Thai, selebihnya idea saya sendiri.

bahan masak

Bahan-bahan :-

  • Ketam
  • 1 Batang Serai
  • Daun limau purut 10 keping
  • Daun Ketumbar Segenggam
  • Cili api, suka hati banyak mana
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Asam Keping 1 (besar)
  • Serbuk Kari 2 Sudu
  • Cili Giling 3 Sudu
  • Paste Cili Thai 2 Sudu
  • Gula & Garam sedikit

Ketam Masak Thai

Cara Memasak :-

  • Bersihkan ketam, rebus dahulu, buang apa yang tak patut, dan potong 2.
  • Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti
  • Dalam Periuk/kuali, panaskan minyak, masukkan Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Serai hingga naik bau
  • Masukkan cili giling dan kari yang dah dibancuh sehingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai.
  • Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi, agak-agaklah kuah nak banyak mana ye.
  • Kacau hingga rata, masukkan asam keping, gula dan garam.
  • Akhir sekali masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.
  • Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi berkahwin (bersatu).
  • Dan bolehlah dihidang…sedapnyee!!

Ketam Masak Sedap

Letak juga daun ketumbar sebagai hiasan

- Masuk dalam List menu berbuka puasa hihihi~

18 Comments on Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai, Sedap!

  1. Anonymous
    November 29, 2013 at 12:39 pm (9 months ago)

    Dah try masak memg sedap la..tq yan

    Reply
  2. akubiomed
    June 25, 2013 at 12:52 pm (1 year ago)

    Ada perencah rahsia patutlah sedap. :-)

    Reply
  3. sweetkurma
    June 24, 2013 at 5:09 pm (1 year ago)

    wahhhh nampak sungguh2 menyelerakan yan, orang kata guna cili thai tu memang sedap

    Reply
  4. Alin Marlini
    June 24, 2013 at 4:39 pm (1 year ago)

    aduh yan…bbanyak sedap maaa

    Reply
  5. sumijelly
    June 24, 2013 at 4:27 pm (1 year ago)

    poerghhhhhhhhhhhh melelh air liur tgkkkkk…..sedapppnya Yan… x pernah cuba pun……huhuhuhuh
    sumijelly recently posted..Jerebu! Oh, jerebu!My Profile

    Reply
  6. Nasarudin
    June 24, 2013 at 3:56 pm (1 year ago)

    Hmm sedapnya masak ketam ni..Mmg favourite tu.. nnt nak minta org rumah masak resepi ni lak..

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge