Makanan Pertama Bayi 6 Bulan – Solid Food

Salam, Sekejapnya Dah 6 Bulan Dah Baby Irfan ni, so dah mula kenalkan dia dengan Makanan Pertama Bayi 6 Bulan, dan alhamdulillah juga penyusuan secara exclusif selama 6 bulan pertama berjaya, syukur. dan sehingga kini Baby Irfan masih dengan Penyusuan Susu Ibu.

makanan untuk bayi

Makanan pertama bayi adalah pada umur bayi 6 bulan, bukan 4 atau 5 bulan!, terkejut saya bila suami cerita anak kawan dia dah makan nestum masa umur 2 bulan, perghh!!! ok rasa macam nak marah pun ada kat mak pak baby tu huuuu~

Ok jom tengok menu apa yang sesuai untuk Bayi 6 Bulan ni?

solid food untuk bayi

Gambar diatas adalah senarai solid food untuk bayi, so boleh refer senarai tersebut, perkenalkan anak dengan makanan tersebut secara berperingkat.

makanan untuk bayi

Sebaiknya beri anak makanan/susu yang ibu sediakan sendiri, elak beri makanan dalam tin, apa pun terpulang pada ibu bapa, saya faham kekangan masa dan keadaan membuatkan ramai yang tidak dapat menyediakan sendiri keperluan untuk bayi seperti ini, tetapi tidak kurangnya juga, saya bangga dengan Ibu-ibu yang berkerjaya yang mana mampu menyediakan makan minum anak sebelum ke tempat kerja dan diberikan kepada pengasuh.

saya sendiri berazam untuk tidak memberikan Baby Irfan makanan tin/dalam kotak seperti Nestum, biskut, masa abang-abangnya dulu saya bagi juga nestum heheeee, ilmu cetek sangat time tu -..-“

puri buah mangga

Cara mengendalikan makanan bayi yang di ice cube kan
adalah sama dengan cara pengendalian EBM

Sekarang ni saya beri Baby Irfan makan Puri Buah secara berperingkat, lepas ni kenalkan pulak dengan puri sayur-sayuran sebelum diberikan bubur nasi bersama ikan/ayam, saya perlu mengenal pasti dahulu makanan apa yang ok dan tak ok (alahan) untuk dia.

Macam mana nak tahu kalau baby alah atau tak terhadapan makanan? yang ni nanti saya entrykan, dah panjang entry ni, meleret-leret dah heheee, banyak benda nak kongsi tentang bayi ni, insyaALLAH saya akan kongsikan disini pengalaman saya bersama Baby Irfan, (saham abang-abangnya dah jatuh).

 – Buah mango tu sedap..manis, 4 bijik rm17.00 pheww~

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

22 thoughts on “Makanan Pertama Bayi 6 Bulan – Solid Food

  1. Anak saya baru pertama kali makan, kotorannya kayak gumpalan jadi agak susah dan nangis buat ngeluarin kotoran, apa itu efek dr pertama makan makanan atau efek dari makanan tersebut ya

  2. hi slm.tq utk tips resepi yang menarik.
    sedikit perkongsian, sekadar berkongsi, menurut USFDA, bayi 4 bulan sudah bole diperkenalkan dengan makanan selain susu ibu/susu formula.dalam bentuk puri buah-buahan / sayuran yang boleh seperti saudari lampirkan.bezanya, khas bayi 4 -5 bln, kuantiti yang dibenarkan amat terhad. dalam 1-2 sudu kecil sehari sahaja.
    bole rujuk artikel berikut juga;, http://www.babycenter.com/0_introducing-solids_113.bc
    p/s: doktor biasanya menegah dari sebarang pengambilan, sehinggalah bayi berumur 6 bulan. akan tetapi, fleksibiliti bole dipertimbangkan jika bayi ada tanda seperti dikongsi dalam link diatas serta berserta rujukan PAKAR KANAK-KANAK (PAEDIATRICIAN)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge