Salam, nak habis dah drama Teduhan Kasih, dan drama yang akan menggantikkanya iaitu Drama Demi Dia Akasia TV3, akan mula bersiaran pada 3 Julai nanti, kalau tidak ada pindahan tarikh. Dengarnya tajuk asal drama ini bertajuk “Diari Azura”, ilham dari filem Azura 2012? apa pun tak sabar nak tengok!

Drama Demi Dia Akasia TV3

Antara pelakon yang membintangi Drama Demi Dia Akasia TV3 ini iaitu Elfira Loy, Zoey, Dynas, Amar Baharin dan ramai lagilah. Apa yang menariknya, drama ini banyak melakukan penggambaran di luar negara seperti di Negara Jerman, Austria.

Sinopsis Drama Demi Dia Akasia TV3

Drama Demi Dia Akasia TV3 ini mengisahkan tentang Zack, seorang lelaki kaya tetapi tidak pandai berdikari dalam hidupnya. Tan Sri Puteh (bapa Zack) menentang Perkahwinan Zack dengan Azura, ini kerana Bapa Zack menganggap bahawa Zack tidak mampu untuk menjadi ketua dalam keluarga. Walaubagaimanapun Tan Sri Puteh akur dan terpaksa bersetuju, tetapi dengan satu syarat, Zack harus menghabiskan dahulu pelajarannya, dan Zack akur.

Atas arahan Tan Sri Puteh (bapa Zack), Wanda (kakak tiri Zack) diarahkan cuba untuk memisahkan Zack dan Azura secara perlahan-lahan. Wanda telah mengupah Shiela untuk menjadi dalang perpisahan Zack dan Azura. Percintaan zack dan Azura diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya. Azura kehilangan Zack. Sikap Mak Su (ibu saudara Azura) yang terlalu obses dengan wang menyebabkan Mak Su hampir menghancurkan anak saudaranya…

Sama-sama kita saksikannya nanti~