Doa, Amalan Dan Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Salam, Doa, Amalan Dan Kelebihan Malam Nisfu Syaaban Sebaik sahaja Waktu Maghrib pada malam ini, akan masuknya Malam Nisfu Syaaban 2013, Malam Nisfu Syaaban merupakan malam penuh berkat dan rahmat selepas Malam Lailatul Qadar, yang mana buku catatan amalan orang-orang muslim selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku baru tersebut akan bermula sebaik sahaja masuknya waktu maghrib sebentar sahaja lagi.

nisfu syaaban

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

malam nisfu syaaban

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

A. Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:

Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

“Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”. (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)

B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.

C. Solat-solat sunat:

  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.

Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah

Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.
Oleh itu, amatlah baik bagi kita sebagai umat Islam memperbanyakkan amalan, selain menjadi satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Doa  Malam Nisfu Syaaban :-

Selesai solat maghrib, baca Surah Yasin dan bacalah doa dibawah in,

Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

- Salam Nisfu Syaaban :)

8 thoughts on “Doa, Amalan Dan Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge