Bayi 6 Bulan Batuk Dan Selsema

Salam, Bayi 6 Bulan Batuk Dan Selsema, itulah yang terjadi kat Baby Irfan sekarang ni, adakah sebab faktor cuaca? sekarang ni pun dah tak bawa Baby Irfan keluar, duk berkurung je dalam rumah, pintu dan tingkap pun tutup, maklumlah kualiti udara sekarang ni sangatlah tidak sihat.

baby nose cleaner

Sepatutnya kena bawa Baby Irfan ke Klinik untuk Checkup 6 bulan, tapi kami tangguhkan dahulu. biar betul-betul keadaan kualiti udara diluar terjamin baik barulah bawa gi jumpa doktor, lagi pulak Baby Irfan tak batuk kuat, cuma sekali sekala aje, selsema pun biasa-biasa je tapi tulah tak senang duduk dibuatnya sebab ada masa-masanya hingus tu macam mengganggu.

Jadi saya gunakan Baby Nose Cleaner untuk menyedut hingusnya, Baby Nose Cleaner ni dah beli lama, berbulan-bulan dah, baru semalam start guna.

baby nose cleaner

Beli di Jusco, harga tak ingatlah pulak tapi belas-belas gitulah, murah jek!

baby nose cleaner

Mari kita sedut!

Sepanjang sedut sepanjang tu dia sengih, geli kot hehee, dan alhamdulillah tidak ada masalah sepanjang proses menyedut hingus Baby Irfan, dia sangatlah beri kerjasama, terima kasih anak!

baby irfan

Lepas kena sedut, selesa betul dia, lena tidurnya, alhamdulillah ^__^

Oh ye ini merupakan kali ke 2 Baby Irfan kena Batuk dan Selsema ni, kali pertama semasa umurnya 3 bulan, alhamdulillah tak pernah beri dia makan ubat batuk, tak elok doktor cakap, saya cuma beri dia susu ibu sekerap yang mungkin, sebab susu ibu adalah ubat paling mujarab untuk bayi seusia Irfan ini, elak dari menggunakan ubat batuk ye ibu-ibu~

“Selain sedut hingus bayi, tepukan dibelakang badan bayi juga membantu untuk melonggarkan kahak dari paru-paru, tepuk belakang bayi pada waktu pagi selama 10-15 minit dalam keadaan bayi meniarap diatas peha, tepukan ini dipanggil tepukan fisioterapi bagi mengeluarkan kahak. boleh baca dengan detail di SINI

Jadi apa yang perlu anda lakukan bila anak anda mengalami situasi seperti Baby Irfan ini?

1. Sebaiknya bawa anak berjumpa dengan doktor

2. Jangan memberi ubat-ubatan difarmasi tanpa perskripsi dari doktor

3. Elakkan memasang alat penghawa dingin

4. Basuh tangan sebelum menyentuh Bayi anda

5. Sebaiknya jauhkan bayi anda dari mereka yang ada penyakit batuk dan selsema, kerana penyakit ini sangat mudah berjangkit melalui bersin (Aiman & Haziq Batuk huuu~)

6. Jangan pasang kipas angin dengan kuat

Doktor pernah berpesan pada saya 3 bulan yang lalu “selagi baby masih aktif dan menyusu seperti biasa, insyaALLAH tidak ada masalah, teruskan penyusuan susu ibu, kerana susu ibu sangat baik dan mempunyai antibodi yang tinggi untuk anak. Susu ibu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk bayi anda”.

Dulu-dulu suami jadi tukang sedut hingus anak-anak hehee, oh ye orang kata tak elok amalkan guna nebulizer untuk anak-anak sebab nanti anak jadi bergantung dengan nebulizer tu? yeker? Aiman memang kalau kes berat macam ni selalunya akan guna nebulizer huuu~

– Ada Video Sedut ni kat Instagram, tak reti nak embed sini -..-“

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

15 Replies to “Bayi 6 Bulan Batuk Dan Selsema

  1. Masa adik saya kecik2 dulu, saya penah tengok abah saya sedut hingus GUNA MULUT! Takde guna alat apa2.. Abah saya letak mulut kat hidung adik saya cepat2 pastu sedut kuat2.. Lepas tu abah saya pergi ludah hingus dalam mulut tu kat toilet..

    Orang dulu2 buat macam tu kot sebab dulu mana ada alat2 utk sedut hingus baby..
    Anarm recently posted..PROTON Peraduan Nama Siapa HebatMy Profile

  2. anak buah saya pon selsema batuk kak. xselesa cranky aje. huuu bila nk sedut hingus dia marah. nk lap hingus pon marah hahaha adeiiii skang batuk cam ade kahak, tp doc cakap xteruk.. xg cucuk pon lg untuk 6 bulan sebb xsehat .

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge