6 Bulan 17.6kg Dah Turun

Salam, macam tak percaya bila timbang berat badan semalam, ada 2 jenis penimbang saya gunakan, yang analog dan digital, bacaan sama, alhamdulillah 6 Bulan 17.6kg Dah Turun selepas bersalinkan Baby Irfan.

berat badan

Berat terkini dan berat terakhir sebelum bersalin

Berat badan saya semasa disahkan mengandung adalah 72kg, beratkan? hahahahaha *bocor rahsia*, dah mengandung lagilah macam dipam-pam besar badan ni. dan berat terakhir timbang sebelum bersalinkan Baby Irfan adalah 88.3kg, berat naik sepanjang mengandung adalah sebanyak 16.3kg, gila banyak!! hahahaaa.

Tapi Alhamdulillah berat sebelum mengandung dah dapat balik dalam masa 6 bulan ni, gila lama hehehee itupun kurang 2kg dari sebelum mengandung kikiki, syukurlah ada juga penurunan kan..dari statik jek lagi ler buat runsing jadinya.

Apa yang saya lihat, dengan menyusukan anak, berat badan cepat turun daripada diet macam sebelum ni. Percayalah…ini pengalaman saya, mungkin orang lain lagi hebat pengalaman mereka.

Bagi saya 17.6kg dalam masa 6 bulan, sesuatu yang boleh dibanggakan, mungkin juga salah satunya bila kita happy breastfeeding, ianya sedikit sebanyak membantu, bila anak menyusu kita mula fikir untuk makan makanan yang berkhasiat, air masak sudah tentu minum banyak, nak tahu kunci penurunan berat badan yang utama adalah pengambilan air masak yang banyak!. Tak sia-sia menyusukan Baby Irfan, selain memberikan yang terbaik untuknya, si ibu juga mendapat manfaat hihihi.

Ok next goal, 5kg to go…sikit–sikit maaa target, tak boleh terus banyak-banyak, memang lambat ler nak tercapai kalau target sekali banyak heheee.

Now lagi 9 hari Baby Irfan nak masuk 6 bulan, so Baby Irfan dah boleh mula dengan Program Solid Foodnya, dan saya pulak dah mula dengan Diet Ibu Menyusu. Puas juga saya membuat research tentang diet ibu menyusu ni, rupanya takdelah rumit mana, senang sangat, i like sangat cara ni heheee, makam macam yang sebelum ni saya amalkan, tak tau pulak yang saya amalkan tu adalah cara diet ibu menyusu, hope berat berkurangan lagilah lepas ni, rindu nak pakai baju lama-lama tu ha…ada yang tak pakai lagi pun ada coz beli baju kecik *bajet badan kecik*.

Tak lama lagi puasa, tak sabar nak puasa sambil menyusukan Baby Irfan, pertama kali pengamalam seperti ini, insyaALLAH semoga diberi kekuatan dan dapat menyusukan Baby Irfan seperti biasa, amin….

- Dah ganti puasa belum??

14 Comments on 6 Bulan 17.6kg Dah Turun

  1. MindaKini
    June 13, 2013 at 4:59 pm (1 year ago)

    Penuruanan yang sangat memberangsangkan, munkin daet yang diamalkan tu dengan cara yang betul dan teratur
    MindaKini recently posted..Ustaz-Ustaz Ketika MudaMy Profile

    Reply
  2. kodinz
    June 11, 2013 at 9:58 pm (1 year ago)

    Banyak gak turun berat tu. Pasni boleh buat post detail turunkan 17kg dalam 6 bulan :). Mesti ramai suka
    kodinz recently posted..Jangan Menulis Untuk RobotMy Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge