Salam, atas permintaan beberapa rakan di Facebook, mereka minta saya kongsikan apakah makanan, minuman/gaya hidup atau supplement yang saya ambil untuk penghasilan susu ibu yang berkhasiat, ramai yang maklum bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik, kaya dengan Antibodi dan nutrient.
Baby Irfan tengah nyusu hihihii
Ramai yang bertanya kenapa Baby Irfan tembam sangat, padahal secara amnya ramai Baby yang menyusu Susu Ibu tetapi badan tidaklah tembam seperti baby yang menyusu susu formula, kebanyakkan baby yang tembam-tembam adalah baby yang menyusu susu formula.
Bagi saya, alhamdulillah Baby Irfan setakat ini Dah 5 Bulan dengan penyususan Esklusifnya iaitu penyusuan susu ibu sepenuhnya, syukur rezeki untuk dia, susu ibu begitu mencukupi walaupun pada mulanya saya mempunyai masalah pengeluaran air susu, tetapi atas tekad dan niat yang dah dipasang untuk menyusukan baby Irfan sehingga umurnya 2 tahun, saya tidak putus-putus mencari/menggoogle tips/petua tentang penyusuan susu ibu ini, maklum jelah anak dah masuk yang ke 3 ini barulah saya sedar betapa anak sepatutnya mendapat hak mereka, dan untuk baby Irfan ini insyaALLAH mudahan rezeki dia murah dan dapat menyusu susu ibu sehingga umurnya 2 tahun.
Soalan popular, Apa yang Akak makan sampai Baby Tembam macam ni??
- Untuk pengetahuan, saya tidak mengambil sebarang supplement/makanan tambahan untuk penyusuan, Alhamdulillah Susu Ibu banyak.
- Kerap menyusukan Baby, seeloknya beri baby susu sebelum baby nangis, dapat merangsang minda baby tau!, nanti dah menangis-nangis kuat baru nak bagi susu kang baby merajuk hiihihi..ini apa yang saya nampak pada baby Irfan.
- Sejujurnya saya tidak berpantang makan, apa yang boleh makan semua saya makan HAHAHAHAHA
- Saya berpantang minum Air Ais, air apa-apa jelah janji kalau ada ais memang saya tak minum, tapi ada gak ngelat bila teringin sangat, tetapi rutin saya hanyalah minum air masak banyak-banyak.
- Minum Milo/Horlicks Suam 3x sehari
- Makan sayur, kalau dulu saya kurang makan sayur sekarang hari-hari mau sayur hehee, terutamanya sayur sawi, jangan tak tahu yang sayur sawi memang elok untuk ibu menyusu, dapat menggalakkan pengeluaran air susu ibu.
- Makan buah-buahan juga, saya semua boleh masuk, janji buah.
- Jangan skip makan, macam saya ye, tak makan badan jadi lemah
- Lupakan seketika bab berdiet sekiranya anda ingin menyusukan bayi anda, kerana bayi perlukan nutrient yang cukup dari pemakanan kita, ingat! apa yang kita makan itu yang baby dapat. so makan makanan yang berkhasiat jadi baby pun mendapat manfaatnya bersama.
Saya Amalkan Direct Feeding
Maksudnya disini, sekiranya anda bersama dengan bayi anda, apasalahnya berikan bayi anda susu secara direct feeding, malah ianya dapat mengeretakan lagi kasih sayang diantara ibu dan anak, saya sendiri pernah memberikan susu ibu melalui botol susu, tapi dia punya feel tu lain, tak seronok, baby tak enjoy macam menyusu secara direct heheee.
Pam Susu Ibu, konon buat stok bila berada diluar kawasan, hahahaa..direct feeding lagi syiok
Baby yang menyusu direct feeding secara psikologinya dapat merasakan kasih sayang seorang ibu, mata baby akan merenung muka ibu semasa menyusu, korang tak nak ke?? hihihi
Dari Direct Feeding juga ibu dapat merasa hembusan nafas baby, bunyi-bunyi comel dari mulut baby semasa menelan air susu.
Sambil menyusukan Baby, saya akan bersembang dengan baby, so feel menyusukan baby guna botol sambil bersembang tak sama..direct feeding lagi syiok, tak percaya?? cubalah alaminya, memang berbeza.
Lambat lagilah nak guna botol susu ni, baru guna 1 botol je yang sekali dengan Breast Pump tu, rasa macam nak let go je yang Set botol susu ni…tapi…tapi…biar jeler buat stok kecemasan.
Tak Susah Ke Susukan Baby Bila berada diluar kawasan?
Pada mulanya susah juga, tapi lama-lama ianya sebati dengan gaya hidup ibu menyusu bayi, tidak ada alasan sebenarnya untuk tidak menyusukan baby dikhalayak umum atau dimana-mana sekalipun, contohnya di shopping-shopping complex ada menyediakan Nursing Room tetapi tidak semua Shopping Complex Mesra Bayi, so kalau tak jumpa nursing room boleh je lepak surau sekejap untuk susukan Baby.
Gadget untuk ibu menyusukan anak, wajib ada Nursing Cover, so dimana-mana boleh nyusukan anak tanpa segan silu, malah bangga dapat nyusukan baby, serius tak tipu…alaminya sendiri, perkara yang harus dibanggakan bila kita dapat berikan yang terbaik buat anak kita.
Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi
Kalau kita yang suri rumah ni tak dapat susukan anak dengan susu ibu memanglah “harus” malu dengan Ibu yang berkerjaya yang dapat memberikan susu ibu sepenuhnya kepada bayi mereka.
Untunglah Jimat bagi anak susu ibu?
Macam saya ni ye memang untung sebabnya suri rumah, tetapi tahukah anda sebenarnya bayi yang menyusu susu ibu juga menggunakan modal yang agak tinggi?:-
- Beli Pam Susu – Kalau branded mau 2-3K juga
- Warmer
- Storage
- Cooler Bag
- Peti Sejuk khas untuk menyimpan stok susu ibu
- Supplement – Harga beratus-ratus juga
- Nursing Cover
- Nursing Bra
- Nursing Wear
Hahhh…semua tu pun kena amik kira hihihhi, sama je sebenarnya, beza antara nak dengan taknak je, tapi kalau yang ada masalah dalam penyusuan susu ibu memang tak boleh nak buat apa lah kan…tapi kita ni yang mampu tu kalau boleh berikanlah “Hak” yang sepatutnya baby kita dapat.
– Jumaat ni bawa Baby Irfan gi klinik, last timbang masa umurnya 3 bulan 8kg
terima kasih kak kongsi pengalaman. betul tu..Alhamdulillah..memang banyak kelebihan kalau dapat bf baby sampai 2 tahun…betul2 jimat.tak perlu berbelanja untuk susu formula. susu ibu memang sangt penting untuk tumbesaran baby. untuk kekalkan kualiti susu , ibu perlu makan makanan berkhasiat juga.http://www.surijunior.com/
Thanks share pengalaman. Btw, comel nursing cover tu. Hehe.
Saya memang fully breasfeeding dari anak pertama hingga kedua.
Memang tak kenal langsung formula milk.
Memang awal-awal kena gigih mengepam buat stok sebelum keja.
Dan masa bekerja jangan skip waktu mengepam kalau tak memang susah nak buat stok.
Anugerah terindah bila dapat menyusukan bayi sendiri.
Anak pun membesar dengan susu badan kita sendiri.
Bangga.
AZENI AHMAD recently posted..Wanita Selepas Bersalin Cenderung Gila Shopping?!
memang comel dan sihat sangat nampak anak sis ni. khasiat susu ibu memang tak ternilai kan..bertuah dapat susukan anak..
Mak Jemah Jual Vitamin recently posted..Apa Itu Milk Booster. Perlu Atau Tidak?
Penyusuan ibu the Best.Support breastfeeding Mom.Alhamdulillah dapat bagi full breastfeeding untuk 3 anak and coming yang ke 4 .Jom ibu-ibu kita pakat promote penyusuan susu ibu ni.
Saya nak tanya. Saya suri rumah sepenuh masa. Saya tekad untuk susu kan anak sampai 2 tahun. Sekarang ni anak saya 3 bulan. Saya cuba pam susu. Mula2 susu saya ade la jugak tapi makin takde. Saya xtahu apa nak buat. Saya kecewa sampai x mahu pam lagi. Penat basuh pam je. Susu kanan x sampai setengah oz. Hanya beberapa titis saja. Macam2 saya dah buat. Makan banyak, minum air kosong banyak, sayur dan buah juga banyak. Bayi saya pula asyik nak menyusu, dan saya anggap disebabkan susu saya kurang. Ade tips or nasihat untuk saya?
Isteri saya pun pakai pam medela.
Nak senang beli medela free style. Memang terbaik. Ringan je. Sekarang ni di pejabat pun dia pam susu
Hasnul Mutawif recently posted..Pakej Umrah 2014 2015 Andalusia Travel and Tours
Sgt gebu dan comel la baby irfan!
Nak pulak die dok dalam nursing cover tu.
sememangnya x payah pon makan yang supplemenatau apa2 tambahan sekiranya diet ibu tu betul. bravo2. mmg irfan membesar bagai juara!!
sukanya tengok!!
Omak aoihhh… tembannya pipi!!
Sukanya tengok!!!
Jom tengokSet Menyusu Shaklee di sini. Pastikan anda tidak salah konsep penyususan susu ibu.
IbuCergas
Farha recently posted..Kekal Bertenaga Semasa Berpuasa dengan Set Mighty 3 GEMS
Betul tu, direct feeding lg syok dari kite pam.. Alhamdulillah semangat sangat Irfan tgk gmbr ni.
Ramai mummies yang amalkan vitamin ibu menyusu di bulan puasa. Hehe bukan tujuan untuk anak bam bam tp utk tenaga tambahan hehehe..
as salam akak,time mesti bby dah besarkan? tulah kalau direct bf memng lain kan?bila direct anak akan pegang jari kita tu yang moment paling indah dan takkan lupa..anak kita jadi rapat nagn kita kan..salam perknalan
Memang seronok dapat susukan baby dengan susu terbaik.
Terasa syukur kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab pada anak.
Tak dinafikan banyak cabarannya.. Alhamdulillah.. Itu yang menambhkan kemanisan dan kematangan kami
Kak Zu recently posted..Set Kurus Asas Shaklee Lengkap Untuk Badan Cantik Dan Menawan
Setelah lama baca review sana sini alhamdulillah saya juga melabur untuk menggunakan medela freestyle.
Memang berpuas hati dengan hasilnya.
Benarlah kata orang bijaksana..
“Alah membeli menang memakai”
Mazni Azmi recently posted..Tudung Zuhairah Fesyen Tudung Raya Terkini Di Butik Online
Comelnya si bam bam irfan.. Jadi rindu pula nak menyusukan bayi.. Hahaha.. Bonding time kata orang..
Moms Avenue recently posted..Set Berpantang Shaklee: Set Berpantang Untuk Ibu-Ibu Moden
Putranya lucu dan imut…
Semoga tetap dikasih susu ibu sampai usia 2 tahun sesuai sunnah rasul
Tipsn2ya pasti amat berguna bagi ibu2 yang lagi menyusui anak, nice info…
Fauzie recently posted..Complite Guide To Install And Setting All In One SEO Pack Plugin
alhmdllh sehat baby bf ni kan kyan…
baby2 nis pun sume mcm tu.. tp irfan lebih sikit kot 😉
sampai doc tu kata susu nis ni oily kot, tu sbb anak tembam, mcm byk lemak. adoi,,, haha jnji sihat
direct feed lg best kot.. nis xpenah pam2 bagai ni. masa anak first dulu je try2 pam sbb susu belum nk kluar sgt kan..
Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier recently posted..Bubur nasi Jawa style
Hebat kak yanmie boleh susukan dimana-mana sahaja, yang penting susu ibu
Bedak Arab recently posted..Kebaikan Susu Lebah – Royal Jelly
k sya menyusu kat public mmg tak pernah guna cover…just cover guna tudung…nasib baik tudung bawah dada…kira lepas ler…
walaupun masa tu si kakak dah umur 4 tahun…still confident nursing in public…sampai makcik kat sebelah pun tak perasan….bila kakak dah kenyang…dan bangun baru makcik tu perasan…ooo…nyusu yer…hik3
tapi itula..husna pun dh tk cubby skrg ni…sbb kat rumah bs minum sket je..sbb guna puting tiruan…huhuhu…
takpe…misi untuk buktikan ibu2 bekerjaya juga boleh menyusu susu ibu sepenuhnya di kalangan kawan2 belum tercapai…ada 12 bulan lagi….chaiyok3x…semangat ni…
syamila recently posted..Salah Satu Teknik Penyusuan Ibu
sama dgn kak sha… x pakai cover.. cover dgn tudung je 😉
Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier recently posted..Coach original dari US lebih murah dari butik
Ya Allah. Sangat comel kak !
Tips yang menarik ! Semoga semua ibu2 diluar sana dapat ikut tips2 kak naaa
ProfHariz recently posted..Aku Usaha Aku Yakin Aku Berjaya !
Susu Ibu Susu No satu.. tahniah kak yanmie setiasa bagi kat ana susu ibu..
tipsonlines recently posted..About Medifast weight loss food items
mmg banyak khasiat susu ibu..
sebagai suami.. kita kena support isteri
Mus recently posted..Gambar Ops Daulat Lahad Datu Untuk DiGi WWWOW Awards 2013
Anak memang bagusnya disusui ssendiri dengan ASI eksklusif ya..
nice share mbak 🙂
Rina recently posted..How To Create CSS Social Media Button With Tooltip and Hover Effect
thanks for da tips akak~ insyallah nnt krole info kat Mrs. krole…le chubby baby zahrah kami hihihi~
krole recently posted..Memang Tak Patut
memang satu nikmat bila dapat menyusukan anak dengan susu kita sendiri..alahai si tembam irfan ni..geram!
Puan Bardboo recently posted..Izz Ammar Dah Dua Tahun!
Susu ibu di mana-mana sahaja, cukup baik untuk pertumbuhan anak-anak, moga irfan jadi ana yang soleh yang taat perintah Allah dan menghormati kedua orang tuanya
MindaKini recently posted..Fakta Tentang Durian Belanda
tips terbaik…. persediaan mental dan fizikal kena kuatkan… anak no 3 ni hope semua ok
staibaqhang recently posted..Staibaqhang.com di muka hadapan carian google “bloglist malaysia”
tahniah Yan sebab memilih untuk menyusukan baby Irfan. biasanya baby yang minum susu ibu jarang mengalami obesiti. kes Irfan ni kes terpencil kot. geram tengok kegebuannya tu. hehe!
ciklaili.com recently posted..Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2013
terbaiklah tip ni k yan. semakin banyak accessory utk BF kat luar ni, betul, pokoknya hendak dengan taknak je, kecuali memang ada masalah kalau susukan baby.
Denaihati recently posted..Google Search bantu tingkatkan pendapatan affiliate
x lemas ke bayi kena tutup mcm tu, hehhe
Juan recently posted..Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa
samalah dengan Haq dulu bila mana mamanya makan sayur sawi memang akan dapat susu yang lebih banyak.
lain orang lain milk booster-nya, oleh itu ibu2 kena cuba try test apa yang boleh untuk lihat kesan penghasilan susu ibu itu sendiri.
ejam recently posted..Hantar Oren.MY Masuk Digi WWWOW Awards
hehehe.. (^_~) TQ kak yan share pengalaman.. hihihi… sayur sawi yer.. ok 6t try. klo nk thu dlm pantang ni sayur langsung xmkn. ikut ckp mak le.. takut sejuk.. sampai tak thu nk mkn sayur atau ulam ape.. so semua xmkn. tp buah mkn.. ape je buah yg ada stok kt umh ni sumer mkn.. insyaallah lps hbis berpantng 6t akan mkn mkann berkhasiat hanya utk baby amanda. ema pun same la.. ank ke-3 ni bru nk bf sepenuhnya. xnak campur fm. hak mereka kannn… hehehe
Si Cantik Matahari recently posted..Masakan Pindang Orang Dalam Pantang
Allhamdulillah anak saya semua bg susu ibu , yang tembam mcm irfan ni husna je , aliya n baby kurang sikit tembam nya , hihihi .. yg ke 4 ni pun susu ibu la , lebih senang beri susu direct dr guna segala botol2 tu … hu2
puanbee recently posted..Custom photo album secara online
Penyusuan ibu terbaik lagi pun baik akan terlindung ancaman penyakit. Mungkin ada sudah tahu susu ibu boleh dititik pada mata yang mengalami sakit mata.
huiii 3bulan 8kg kak.semangat.comel sgt!! anak kte 3bulan ritu baru 4.6kg tp fullybf jugak.alhamdulillah.susu tak melimpah ruah tp cukup untuk baby.harap dpt teruskan smp 2y.insyaAllah.seronok sgt nyusukan baby.kalau lambat bg nenen siap bebel2 masa isap.hehe
cikhelena recently posted..Kronologi bersalin puteri sulung
comel jek baby tu .
puanbee recently posted..Custom photo album secara online
blog cik helena ada malware baru nak p jenguk
puanbee recently posted..Custom photo album secara online
teringat my nuha dulu bam bam2 jugak. tapi bila lahir adik 36 minggu, haii beza btol dengan akaknya dulu.
eliss recently posted..Bila cuaca panas membahang apa nak buat ?
kalau ibu yang berkerja kurang masa utk bagi direct breast feeding ni..siang hari duk nga pengasuh..dah tentu lah terpaksa kena pakai botol..sedih lak..untung jadi surirumah kan.
apa pun yang penting..susu ibu.
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Mood Menjahit Baju Sudah Mari
betul kak… feel masa direct feeding dgn susukan guna botol tu mmg lain…. mmg untung jd suri rumah…
cuma satu je la,zie tak leh berenggang dgn air yg berais…kalau xde ais pun,sejuk pun jadi la…alhamdulillah,production susu ibu xde la kurang ke apa…. ikut org jgk kot…
Zie Fauzi recently posted..Rumah Penginapan TNB di Cameron Highlands