Tips Penyusuan Susu Ibu

Salam, atas permintaan beberapa rakan di Facebook, mereka minta saya kongsikan apakah makanan, minuman/gaya hidup atau supplement yang saya ambil untuk penghasilan susu ibu yang berkhasiat, ramai yang maklum bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik, kaya dengan Antibodi dan nutrient.

nursing cover2 Mudahnya Menyusukan Anak Dengan 4 in 1 Essential Nursing Kit

Baby Irfan tengah nyusu hihihii

Ramai yang bertanya kenapa Baby Irfan tembam sangat, padahal secara amnya ramai Baby yang menyusu Susu Ibu tetapi badan tidaklah tembam seperti baby yang menyusu susu formula, kebanyakkan baby yang tembam-tembam adalah baby yang menyusu susu formula.

irfan

Bagi saya, alhamdulillah Baby Irfan setakat ini Dah 5 Bulan dengan penyususan Esklusifnya iaitu penyusuan susu ibu sepenuhnya, syukur rezeki untuk dia, susu ibu begitu mencukupi walaupun pada mulanya saya mempunyai masalah pengeluaran air susu, tetapi atas tekad dan niat yang dah dipasang untuk menyusukan baby Irfan sehingga umurnya 2 tahun, saya tidak putus-putus mencari/menggoogle tips/petua tentang penyusuan susu ibu ini, maklum jelah anak dah masuk yang ke 3 ini barulah saya sedar betapa anak sepatutnya mendapat hak mereka, dan untuk baby Irfan ini insyaALLAH mudahan rezeki dia murah dan dapat menyusu susu ibu sehingga umurnya 2 tahun.

facebook

Soalan popular, Apa yang Akak makan sampai Baby Tembam macam ni??

  • Untuk pengetahuan, saya tidak mengambil sebarang supplement/makanan tambahan untuk penyusuan, Alhamdulillah Susu Ibu banyak.
  • Kerap menyusukan Baby, seeloknya beri baby susu sebelum baby nangis, dapat merangsang minda baby tau!, nanti dah menangis-nangis kuat baru nak bagi susu kang baby merajuk hiihihi..ini apa yang saya nampak pada baby Irfan.
  • Sejujurnya saya tidak berpantang makan, apa yang boleh makan semua saya makan HAHAHAHAHA
  • Saya berpantang minum Air Ais, air apa-apa jelah janji kalau ada ais memang saya tak minum, tapi ada gak ngelat bila teringin sangat, tetapi rutin saya hanyalah minum air masak banyak-banyak.
  • Minum Milo/Horlicks Suam 3x sehari
  • Makan sayur, kalau dulu saya kurang makan sayur sekarang hari-hari mau sayur hehee, terutamanya sayur sawi, jangan tak tahu yang sayur sawi memang elok untuk ibu menyusu, dapat menggalakkan pengeluaran air susu ibu.
  • Makan buah-buahan juga, saya semua boleh masuk, janji buah.
  • Jangan skip makan, macam saya ye, tak makan badan jadi lemah
  • Lupakan seketika bab berdiet sekiranya anda ingin menyusukan bayi anda, kerana bayi perlukan nutrient yang cukup dari pemakanan kita, ingat! apa yang kita makan itu yang baby dapat. so makan makanan yang berkhasiat jadi baby pun mendapat manfaatnya bersama.

Saya Amalkan Direct Feeding

Maksudnya disini, sekiranya anda bersama dengan bayi anda, apasalahnya berikan bayi anda susu secara direct feeding, malah ianya dapat mengeretakan lagi kasih sayang diantara ibu dan anak, saya sendiri pernah memberikan susu ibu melalui botol susu, tapi dia punya feel tu lain, tak seronok, baby tak enjoy macam menyusu secara direct heheee.

image4 #WW   Rezeki Buat Baby Irfan

Pam Susu Ibu, konon buat stok bila berada diluar kawasan, hahahaa..direct feeding lagi syiok

Baby yang menyusu direct feeding secara psikologinya dapat merasakan kasih sayang seorang ibu, mata baby akan merenung muka ibu semasa menyusu, korang tak nak ke?? hihihi

Dari Direct Feeding juga ibu dapat merasa hembusan nafas baby, bunyi-bunyi comel dari mulut baby semasa menelan air susu.

Sambil menyusukan Baby, saya akan bersembang dengan baby, so feel menyusukan baby guna botol sambil bersembang tak sama..direct feeding lagi syiok, tak percaya?? cubalah alaminya, memang berbeza.

botol susu avent terbaru dan breast pump avent1 Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

Lambat lagilah nak guna botol susu ni, baru guna 1 botol je yang sekali dengan Breast Pump tu, rasa macam nak let go je yang Set botol susu ni…tapi…tapi…biar jeler buat stok kecemasan.

irfan

Tak Susah Ke Susukan Baby Bila berada diluar kawasan?

Pada mulanya susah juga, tapi lama-lama ianya sebati dengan gaya hidup ibu menyusu bayi, tidak ada alasan sebenarnya untuk tidak menyusukan baby dikhalayak umum atau dimana-mana sekalipun, contohnya di shopping-shopping complex ada menyediakan Nursing Room tetapi tidak semua Shopping Complex Mesra Bayi, so kalau tak jumpa nursing room boleh je lepak surau sekejap untuk susukan Baby.

nursing cover1 Mudahnya Menyusukan Anak Dengan 4 in 1 Essential Nursing Kit

Gadget untuk ibu menyusukan anak, wajib ada Nursing Cover, so dimana-mana boleh nyusukan anak tanpa segan silu, malah bangga dapat nyusukan baby, serius tak tipu…alaminya sendiri, perkara yang harus dibanggakan bila kita dapat berikan yang terbaik buat anak kita.

kebaikkan penyusuan ibu Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

Kalau kita yang suri rumah ni tak dapat susukan anak dengan susu ibu memanglah “harus” malu dengan Ibu yang berkerjaya yang dapat memberikan susu ibu sepenuhnya kepada bayi mereka.

Untunglah Jimat bagi anak susu ibu?

Macam saya ni ye memang untung sebabnya suri rumah, tetapi tahukah anda sebenarnya bayi yang menyusu susu ibu juga menggunakan modal yang agak tinggi?:-

  • Beli Pam Susu – Kalau branded mau 2-3K juga
  • Warmer
  • Storage
  • Cooler Bag
  • Peti Sejuk khas untuk menyimpan stok susu ibu
  • Supplement – Harga beratus-ratus juga
  • Nursing Cover
  • Nursing Bra
  • Nursing Wear

Hahhh…semua tu pun kena amik kira hihihhi, sama je sebenarnya, beza antara nak dengan taknak je, tapi kalau yang ada masalah dalam penyusuan susu ibu memang tak boleh nak buat apa lah kan…tapi kita ni yang mampu tu kalau boleh berikanlah “Hak” yang sepatutnya baby kita dapat.

– Jumaat ni bawa Baby Irfan gi klinik, last timbang masa umurnya 3 bulan 8kg

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

38 Comments

  1. Saya memang fully breasfeeding dari anak pertama hingga kedua.
    Memang tak kenal langsung formula milk.
    Memang awal-awal kena gigih mengepam buat stok sebelum keja.
    Dan masa bekerja jangan skip waktu mengepam kalau tak memang susah nak buat stok.
    Anugerah terindah bila dapat menyusukan bayi sendiri.
    Anak pun membesar dengan susu badan kita sendiri.
    Bangga.
    AZENI AHMAD recently posted..Wanita Selepas Bersalin Cenderung Gila Shopping?!My Profile

  2. Penyusuan ibu the Best.Support breastfeeding Mom.Alhamdulillah dapat bagi full breastfeeding untuk 3 anak and coming yang ke 4 .Jom ibu-ibu kita pakat promote penyusuan susu ibu ni.

  3. Saya nak tanya. Saya suri rumah sepenuh masa. Saya tekad untuk susu kan anak sampai 2 tahun. Sekarang ni anak saya 3 bulan. Saya cuba pam susu. Mula2 susu saya ade la jugak tapi makin takde. Saya xtahu apa nak buat. Saya kecewa sampai x mahu pam lagi. Penat basuh pam je. Susu kanan x sampai setengah oz. Hanya beberapa titis saja. Macam2 saya dah buat. Makan banyak, minum air kosong banyak, sayur dan buah juga banyak. Bayi saya pula asyik nak menyusu, dan saya anggap disebabkan susu saya kurang. Ade tips or nasihat untuk saya?

  4. as salam akak,time mesti bby dah besarkan? tulah kalau direct bf memng lain kan?bila direct anak akan pegang jari kita tu yang moment paling indah dan takkan lupa..anak kita jadi rapat nagn kita kan..salam perknalan

  5. alhmdllh sehat baby bf ni kan kyan…

    baby2 nis pun sume mcm tu.. tp irfan lebih sikit kot 😉

    sampai doc tu kata susu nis ni oily kot, tu sbb anak tembam, mcm byk lemak. adoi,,, haha jnji sihat

    direct feed lg best kot.. nis xpenah pam2 bagai ni. masa anak first dulu je try2 pam sbb susu belum nk kluar sgt kan..
    Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier recently posted..Bubur nasi Jawa styleMy Profile

  6. k sya menyusu kat public mmg tak pernah guna cover…just cover guna tudung…nasib baik tudung bawah dada…kira lepas ler…

    walaupun masa tu si kakak dah umur 4 tahun…still confident nursing in public…sampai makcik kat sebelah pun tak perasan….bila kakak dah kenyang…dan bangun baru makcik tu perasan…ooo…nyusu yer…hik3

    tapi itula..husna pun dh tk cubby skrg ni…sbb kat rumah bs minum sket je..sbb guna puting tiruan…huhuhu…

    takpe…misi untuk buktikan ibu2 bekerjaya juga boleh menyusu susu ibu sepenuhnya di kalangan kawan2 belum tercapai…ada 12 bulan lagi….chaiyok3x…semangat ni…
    syamila recently posted..Salah Satu Teknik Penyusuan IbuMy Profile

  7. hehehe.. (^_~) TQ kak yan share pengalaman.. hihihi… sayur sawi yer.. ok 6t try. klo nk thu dlm pantang ni sayur langsung xmkn. ikut ckp mak le.. takut sejuk.. sampai tak thu nk mkn sayur atau ulam ape.. so semua xmkn. tp buah mkn.. ape je buah yg ada stok kt umh ni sumer mkn.. insyaallah lps hbis berpantng 6t akan mkn mkann berkhasiat hanya utk baby amanda. ema pun same la.. ank ke-3 ni bru nk bf sepenuhnya. xnak campur fm. hak mereka kannn… hehehe
    Si Cantik Matahari recently posted..Masakan Pindang Orang Dalam PantangMy Profile

  8. huiii 3bulan 8kg kak.semangat.comel sgt!! anak kte 3bulan ritu baru 4.6kg tp fullybf jugak.alhamdulillah.susu tak melimpah ruah tp cukup untuk baby.harap dpt teruskan smp 2y.insyaAllah.seronok sgt nyusukan baby.kalau lambat bg nenen siap bebel2 masa isap.hehe
    cikhelena recently posted..Kronologi bersalin puteri sulungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge