Salam, lupakan seketika bahang panasnya PRU13 yang baru berlangsung pada 5 mei yang lalu, nak cerita tentang pengalaman pertama kali mengundi hehee, excited betul, padahal kalau nak dikira sepatutnya sebelum ini saya dah boleh mengundi 2x, ini masuk kali ke 3, tapi kali ke 3 ni baru ada rasa nak turun mengundi nnggee~

sekolah kebangsaan taman sri muda1

Pagi tu giliran suami mengundi dahulu di kampung, dan bila urusan suami dah setel, seawal pukul 10 pagi kami gerak balik ke Klang, dan sebelum itu giliran saya pulak untuk membuang undi, jadinya singgah dulu gi mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam.

kaunter semakan spr

Kaunter semakan SPR untuk daftar pemilih, saya tak semak pun disini coz dah semak awal-awal lagi di laman web SPR, so dah tahu saluran mana.

saluran 6

Saya mengundi di Saluran 6, untung saya sebabnya sampai-sampai sahaja terus boleh mengundi, tak perlu beratur panjang macam kat saluran-saluran lain hehee, mungkin pengundi di Saluran 6 dah ramai yang membuang undi, sebab saya sampai sini pun dah pukul 3 petang kot.

pengundi

Ini kalau tak silap di Saluran 4, perghhhh~ ramai gile

waktu mengundi

Laju je saya snap sebelum masuk membuang undi, hahaa dasar blogger!!

dakwat kekal

Dakwat Kekal, setakat hari ini (masuk 3 hari) masih ada lagi dakwat kekal ni di jari, tapi sikit-sikit jelah, takdelah macam masa mula-mula kena calit macam kat atas tu.

dakwat kekal

Baru snap kejap tadi, masuk hari ke 3, masih ada lagi sisa-sisa dakwat tersebut, ada yang cakap guna axion untuk hilang kan, tapi kat rumah ni takde axion, ada sunlight aje hehee, takpelah biar dakwat ni hilang dengan sendirinya, tak sanggup pulak nak guna petrol hahaa, yelah nak pegang baby kan payah pulak dengan bau petrol tu huuu~

Oklah tahniah pada yang menang, pada yang kalah tidak semuanya kalah~ daa..malas citer pasal politik, suka amik tahu aje, tapi tak suka nak zahirkan rasa itu…ini…bak kata orang “Undi adalah rahsia”, tapi undi suami saya tahu hahahaa….

– Nanti nak cerita tentang dakwat kekal pulak, ada cerita kelakar hehe ^__^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

25 thoughts on “Pengalaman Pertama Kali Mengundi”
  1. sy pon pertama kali ngundi…tp kali ni mengundi terase semangat betul..tak macam mengundi sebelum2 ni..sy pun saluran 6 gak..tp bile beratur je..kakitangan spr kate kene ambik no saluran beserta no siri skali..penat2 beratur kene patah balik pi ambik no..rase nk nages je geram pn ade..dah bwk perut mengah rasenye..dakwat pun dah hampir hilang..hari2 dok membasuh kene sabun..hehe

  2. Tahniah, moga UNDI Cikpuan adalah benar. 🙂

    Jika UNDI cikpuan adalah kerajaan yang memrintah sekarang, bersyukurlah tetapi yang lebih pasti Manifesto-nya. 🙂

    Jika UNDI cikpuan bukan kalah tetapi tak menang lagi, bersyukurlah juga. Teruskan bersamanya. 🙂

    (p/s- saya tak dapat balik Malaysia UNDI,ada exam.)
    Asyrof Asri recently posted..Join Blogger Contest Tanah ArabMy Profile

  3. dalam website spr dia ada bgtau saluran berapa.. tapi bila saya semak balik kat tempat ngundi, saya ngundi kat saluran lain.. pelik jugak mcm mana bleh tak sama.. nasib baik semak lagi sekali kat kaunter tempat ngundi tu.. kalau main redah je ikut apa yg tgk kat web spr, entah2 xde nama.. musykil jugak kenapa jadi camtu..
    Anarm recently posted..Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13 (PRU13)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge