Okeh Dah 5 Bulan 9kg

Salam, hari ini Baby Irfan Dah 5 Bulan 10 hari, menghitung waktu je ni nak bagi dia Solid Food, tak sabar rasanya hihihi, dan baru ini bawa Baby Irfan gi Klinik untuk mendapatkan Suntikan Imunisasi. Macam biasa klinik yang kami tuju adalah klinik Popular.

irfan

Menunggu giliran untuk berjumpa dengan Doktor, ramai pulak ibu bapa yang bawa anak untuk injection imunisasi pada hari ahad ni, ikutkan Baby Irfan kena pergi masa Hari Wesak hari tu tapi sebab cuti umum kan?, so kami pergi ahad tu.

imunisasi bayi

Doktor cakap “Banyaknya daging dia kat peha” hihihi Isi kot maksud doktor ni 😀

See…rilek je di kena cucuk kekekeke, sebenarnya gambar atas tu time jarum tak masuk lagi hihihi, lepas masuk je jarum tu mula lah suara menangisnya keluar, tapi kejap jeler, nangis macam terkejut tu hehee.

Dan Alhamdulillah berat terkini Baby Irfan, 5 bulan 9kg, syukur ya ALLAH, dan alhamdulillah juga Baby Irfan tidak pernah demam, mungkin sebab Baby Irfan menyusu secara eksklusif kot, memang betullah kata semua orang, bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya ini mempunyai daya tahan yang tinggi.

common vaccines for babies

Ada yang tanya saya, berapa kos suntikan imunisasi di klinik swasta, gambar atas tu adalah harga suntikan imunisasi di klinik Popular Bukit Tinggi Klang, klinik lain saya tak tahu coz haziq dulu pun sama je harganya.

– Baby Bullet come to mama ^__^

Written by

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 comments / Add your comment below

  1. Salam Sis, saya pinjam gambar senarai harga vaksin ya untuk letak di fb page saya. Susah nak jumpa senarai harga vaksin ni.

Leave a Reply

CommentLuv badge