Makan-makan Di Pantai Morib Banting

Salam, baru ni kami Melawat Adik Di Kem PLKN Princess Haliza, on the way balik tu kami singgah Makan-makan Di Pantai Morib Banting sambil cuci mata, sebelum ni lalu je, so kali ni amik kesempatan singgah sekejap, dari rumah nak kesini dekat je sebenarnya tapi tah takde rasa nak pergi hehee.

pantai morib 2

Kena pulak time pergi ni cun-cun je dapat parking, memang meriah betul tempat ni, ramai family bawa anak-anak lepak sambil makan-makan, syiok!

pantai morib

ramai yang main layang-layang, yang tempat untuk mandi manda tu ke hujung lagi, niat kami gi sini bukan nak mandi tapi nak makan hihihi.

pantai morib

Medan selera Pantai Morib, luas dan banyak kedai, kami pilih port kat atas tanah, syiokk dapat rasa angin pantai tu, nyaman je

pantai morib

Kami sampai sekitar pukul 4-5 petang kot, cuaca dah redup, best!

pantai morib

Mee Kari abang order, tengok balik gambar ni terus teringin hahaha

abc pantai morib

ABC order 3, abis licin..sedappp!!

pantai morib

Order 4 jenis nasi goreng dengan lauk, ABC 3, Mee Kari 1, Air buah 1, Neslo Ais RM49.00, oklah kan? tapi nasi goreng saya tu MASIN GILAAAA pastu penuh dengan bawang besar, orang yang masak ni tak tau beza bawang besar dengan sayur kot haha, adehhhh serik jadiknya makan kat kedai yang ni -..-“

irfan

Sian dia terliur nengok orang makan, menjejeh-jejeh air liur heheee

Dah siap makan…masa untuk balik…

pantai morib

Cari Aiman dan Haziq 😀

playground pantai morib

Melekat hihihi

playground pantai morib

Dia pun nak juga, hahahaa sukanya dia ^__^

Ada banyak gambar, tapi upload ni jeler, gini ler penangan lama tak menggodek-godek, gambar tuan punya blog takde sebab macam biasa jadi tukang amik gambar je kikiki.

– Seronok!

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge