Salam, baru ni saya berserta 20 Orang Top Blogger Malaysia yang lain menerima undangan majlis pelancaran produk terbaru dari Mitsubishi Electric, iaitu Peti Ais L4Grande, peti ais 4 pintu pertama di Malaysia yang bercirikan Perancis, ianya begitu sangat elegent.

Mitsubishi l4grande

Pertama kali sampai di Mitsubishi Electrik, cantik ruangan showroomnya ^__^

Kami diperkenalkan dengan Peti Ais L4Grande ni, begitu banyak keistimewaan yang terdapat pada peti ais ni yang tidak ada pada peti ais yang lain. Serius kami semua amat teruja dengan rupa bentuknya yang elegent dan tambahan lagi dengan ciri-ciri yang terdapat pada peti ais L4Grande ini.

peti ais l4grande

Kenapa saya cakap istimewa? tengok sahaja dari luaran Peti Ais L4Grande ini, ianya begitu menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang peti ais ini, kalau dapat sebijik pun best hiks!.

Mitsubishi l4grande

Memperkenalkan…inilah dia Mitsubishi L4Grande, memang Grand gitu, mana ada peti ais di Malaysia ni yang ada 4 pintu?? cuba bagitau saya hihihi…semestinya L4Grande adalah peti ais pertama yang mempunyai 4 pintu di Malaysia.

mitsubishi l4grande

Big Capacity, boleh simpan stok makanan sebulan pun takpe ni, tengoklah begitu banyak compartment dalam peti ais L4Grande ini. Bahagian bawah tu untuk makanan

mitsubishi l4grande

Tengoklah, bukan sahaja ianya mempunyai ruang yang luas, malahan kesegaran makanan pun turut dipelihara, contohnya ujian telah dijalankan dengan meletakkan segala jenis macam sayur-sayuran selama 10 hari, sayuran tersebut masih tetap kelihatan segar berbanding dengan ianya berada dalam peti ais jenama yang lain, sangat menakjubkan bukan???, ini kerana ianya mempunyai fungsi “Vitamin Factory”.

mitsubishi l4grande

Hah yang ni best siap dengan paparan LED lagi tu, macam-macam boleh setting kat Peti Ais Grande ni, Energy Saving pun boleh setting, memang jimat elektrik lah..suka sangat saya bab jimat-jimat ni hihihi. selain itu Peti Ais L4Grande ini mempunyai fungsi Door Alarm, lebih kurang dalam seminit macam tu kalau peti ais ni tidak ditutup rapat maka ianya akan mengeluarkan bunyi alarm, dan ianya adalah door auto close, bestkan??, tambahan macam anak-anak saya yang duk suka main peti ni haruslah kena ada peti yang sebegini, hemmm tapi…tapi…kot-kotlah ada yang nak bagi sebijik kan..heheee

mitsubishi l4grande

Dan pada hari yang sama, kami turut diberi peluang untuk merasai sendiri keseronokkan menggunakan Peti Ais L4Grande ini dengan Contest menyusun makanan/minuman dalam Peti Ais l4Grande tersebut, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.

mitsubishi l4grande

Ini kumpulan saya, kumpulan A yang terdiri dari blogger-blogger hebat, tak perlu rasanya saya perkenalkan, mesti korang dah kenal kan? hihihi

mitsubishi l4grandeIni yang kami dah susun, terdapat sedikit kesilapan dalam menyusun minuman tersebut hehee, kami tewas kepada kumpulan B, takpelah…kami enjoy hehee…

mitsubishi l4grande

Ok saya share spesifikasi Peti Ais Mitsubishi L4Grande ni ye, kot-kot ada yang jatuh hati nak beli, biar puas hati tengok spesifikasi peti ni, yelah kita kalau boleh nak beli biar yang tahan lama, lasak dan disamping boleh mengekalkan kesegaran makanan di dalam peti ais tersebut. Jadi pilihan terbaik bagi anda yang mementingkan keseluruhan aspek, saya cadangkan Peti Ais L4Grande dari Mitsubishi Electric ini adalah yang terbaik untuk anda.

Harga Peti Ais L4Grande Mitsubishi ini adalah RM5499, berminat boleh serbu kedai-kedai yang menjual Peti Ais yang sangat elegent dan stylish ini.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

22 thoughts on “Peti Ais L4Grande Terbaru Dari Mitsubishi Electric”
  1. waaa…memang terbaik…compartment pulak banyak..besar pulak tu…1st time pulak tengok mitsubishi punya brg elektrik..kalau yang selalu tengok.. LG, Panasonic, Toshiba…baru last week g kedai letrik..mmg tak jumpe plak jenama ni..huhu..
    akmar recently posted..Diari Imran Rasyidin: Minggu 8My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge