Salam, sekarang dah mula untuk Pendaftaran Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2014/2015, saya dah lama daftarkan Haziq untuk kemasukkan tahun 1 sesi 2014 pada bulan Disember yang lalu, awalkan? hihihi sebab taknak tangguh-tangguh dah, rasa serabut je jiwa kalau tak setel benda-benda gini, dan bukan apa, takut terlupa sama, kang tak pasal-pasal anak tak dapat masuk ke sekolah yang dekat dengan rumah, daftar awal untuk mendapatkan tempat disekolah yang kita nak, tapi apa pun ianya bergantung kepada kekosongan yang ada.

sk taman klang jaya2 Daftar Sekolah Rendah Tahun 1 2014

Jangan tak tahu, Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2014/2015 juga boleh dibuat secara online internet melalui laman Sekolah Malaysia, malah anda digalakkan untuk menggunakan sistem tersebut, tetapi saya hari tu terus pergi ke sekolah, senang nak tanya apa-apa yang bermain difikiran, cuma isi form aje dan bawa dokumen penting, pihak sekolah yang akan uruskan untuk tindakan selanjutnya, urusan tak sampai 5 minit pun, bukan taknak buat online, kalau online ni rasa was-was tu ada juga, takut ada tersilap ke apa ke kan, so saya rujuk ke sekolah terus, habis cerita hehee.

Oklah meh nak share dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sekolah rendah tahun 1 bagi tahun 2014/2015.

Dokumen yang diperlukan :-

  • Sijil Asal Surat Beranak Anak dan salinan
  • Kad Pengenalan Ayah dan Salinan
  • Kad Pengenalan Ibu dan Salinan
  • Sijil Asal Nikah dan Salinan
  • Bil Api/Air/Astro/Telefon berserta salinan

**Sesudah pendaftaran dilakukan, pihak sekolah akan cop belakang surat beranak untuk pengesahan.

– Tinggal lagi Daftar Sekolah Agama Rendah untuk Haziq.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

14 thoughts on “Pendaftaran Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Sesi 2014/2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge