Shopping Complex Tak Mesra Bayi

Salam, dilema menyusukan anak bila berada diluar, tidak semua tempat yang kita pergi tu ada nursing room ataupun tempat duduk, nak menyusukan anak, lainlah kalau anak menyusu menggunakan botol susu tidak ada masalah rasanya, bagi je baby tu duk dalam stroller kan, yang ni menyusukan baby dengan susu ibu (direct feeding).

myirfan

Sambung tido setelah kekenyangan menyusu dalam kedai baju kuikuikui

Baru ni kami Shopping di *******, ala 5 minit je pun dari rumah ni, Baby Irfan menangis nak susu, sebelum tu dah bagi dia susu dulu time dalam kereta, maklum jelah Baby kan kuat menyusu, lagi baby boy memang tak berhenti ngempengnye hihihi.

Hahhh jenuh jugalah nak cari “Port” untuk menyusukan Baby Irfan ni, cari surau tak jumpa, surau tu ada cumanya saya je kot tak perasan dan tak nampak signboard surau tu uhukk, sudahnya menumpang kedai orang , duduk dalam kedai tu menyusukan Baby Irfan ngeh…ngeh…tak pernah buat macam ni, ok ni 1st time!

Sebenarnya saya tak kisah susukan Baby Irfan kat public sebab saya gunakan Nursing Cover, asal ada tempat duduk boleh je nyusukan dia, tapi kalau dah takde tempat duduk macam mana??, takkan nak nyusukan Baby Irfan sambil bergendong pulak, dah usahakan Ajar Anak Menyusu Menggunakan Botol Susu tetapi tak berhasil kehkeh, saya mengalah dengan Baby Irfan nnggee~, ok Irfan menang!

- Suka Shopping di Ikea, KLCC, Aeon sebab menyediakan Nursing Room yang cecomel

25 thoughts on “Shopping Complex Tak Mesra Bayi

  1. Saya tidak pasti ada kewujudan garis panduan untuk menyediakan ruang menyusu dan salin lampin untuk anak. Sesetengah pasaraya baru sudah menyediakan fasiliti ini cumanya ada bilik dikunci. Tiada guna juga.

  2. pusat beli belah ni kedekut nak sediakan kerusi untuk duduk2 tu memang tak lamalah jawabnya.
    ibu2 yg menyusukan anak ni tak minta banyak pun, cukup ada kerusi tempat duduk yang selesa pun dah cukup.
    sedihkan..

    bukan nak cakap pasal pusat beli belah jer, ekspo jualan barangan bayi sendiri pun tak mesra anak dan ibu, tak disediakan langsung kerusi utk duduk menunggu atau melayan anak…pengalaman pergi ekspo kat midvalley tahun lepas, sedih btol penganjur fikir untung jer.
    ejam recently posted..TF Belum Buka Lagilah.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge