Salam, perkara yang paling dirisaukan oleh ibu bapa bila anak-anak tak sihat, lebih-lebih lagi pada anak yang masih kecil, seperti anak saya Bayi 3 Bulan Batuk Dan Selsema, dengar Baby Irfan batuk pun dah rasa macam seksa sangat, siap berbunyi lagi, hingus pun ada juga tetapi sedikit.

baby irfan

Jadinya semalam kami bawa Baby Irfan ke Klinik untuk berjumpa doktor, alhamdulillah doktor cakap Baby Irfan tidak mengalami Batuk yang teruk, dan paru-paru clear, cuma ada sedikit sahaja, normal kata doktor, setiap bayi yang baru dilahirkan biasanya akan mengalami batuk.

baby irfan

Ubat Asmalin 1 ml aje, 3x sehari tapi saya beri 2x sehari sahaja. Risau dia masih kecil -..-“

baby irfan

Ubat titis kat hidung, alhamdulillah dah takde hingus hari ni 😀

Secara amnya bayi yang dibawah umur 2 tahun kerap mengalami deman, batuk dan selsema, pada waktu ini juga kita dapat melihat antibodi anak kita mampu atau tidak dalam melawan penyakit tersebut.

Semalam saya bersembang dengan Doktor tersebut, dah dia mengatakan, bayi yang menyusu susu ibu (sepenuhnya) mempunyai daya tahan yang kuat dalam melawan penyakit berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula.

Alhamdulillah sehingga kini Baby Irfan masih dengan penyusuan esklusif (penyusuan sepenuhnya), dan syukur Baby Irfan tak pernah lagi demam, baru ni bawa pergi cucuk 5 serangkai pun tak demam, cumanya saya standby tempek cool fever kat dahi, orang kata tak salah cegah awal-awal kan?

Cuma bila batuk ni yang buat saya risau, dahlah nak buang kahak tak reti kan?, jadinya semalam doktor ada bagi ubat untuk Baby Irfan.

Alhamdulillah tidak ada masalah dalam memberikan Baby Irfan Ubat, cuma muka dia jelah macam-macam mimik muka time nak bagi ubat tu, heeee pelik kot dengan rasa ubat tu, sebab kan biasa dia cuma minum susu ibu aje, tetiba ada air lain..so haruslah dia pelik hihihi.

Nak suruh doktor sedut kahak tapi doktor tak galakkan sebabnya kahak Baby Irfan adalah “ringan” sahaja dan boleh dicairkan dengan memakan ubat yang diberikan.

Sebelum ini saya ada juga buat Teknik Tepukan bagi membantu pengeluaran kahak, tapi tak boleh nak buat lama-lama sebab Baby Irfan nampak macam tak selesa.

Jadi apa yang perlu anda lakukan bila anak anda mengalami situasi seperti Baby Irfan ini?

1. Sebaiknya bawa anak berjumpa dengan doktor

2. Jangan memberi ubat-ubatan difarmasi tanpa perskripsi dari doktor

3. Elakkan memasang alat penghawa dingin

4. Basuh tangan sebelum menyentuh Bayi anda

5. Sebaiknya jauhkan bayi anda dari mereka yang ada penyakit batuk dan selsema, kerana penyakit ini sangat mudah berjangkit melalui bersin (yang ni memang abang-abangnya tengah batuk bersin)

6. Jangan pasang kipas angin dengan kuat

Pesan doktor semalam, selagi baby masih aktif dan menyusu seperti biasa, insyaALLAH tidak ada masalah, teruskan penyusuan susu ibu, kerana susu ibu sangat baik dan mempunyai antibodi yang tinggi untuk anak. Susu ibu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk bayi anda.

– Besok Baby Irfan dah 3 bulan, alhamdulillah ^__^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

21 thoughts on “Bayi 3 Bulan Batuk Dan Selsema”
  1. saya nk tnye ubat batuk mcm mane yer doc bg..anak saya pn ada mkn ubt cair kahak doc bg tp mcm xde kesan la…still batuk smpi skrg..

  2. Salam…sy bntu jgk Ni…ank baru satu bulan…dan dah kne selsema…hingus xde kluar…tp blh dngar bnyi hdung trsumbat…n hngus agak pkat…sy agak je…tgk die pon xslesa bla mnyusu…mtk tlg kwan2 bg pndapat

  3. bby kalau kena selsema dan batuk, mmg mak2 susah nk tidur malam… sebab sama2 berjaga.. kesian sgt kan 😉

    kyan boleh try DrSneez, nis ada jual tp smentara waktu ni stok tgh habis, kena tunggu jap
    Ummi Hanie recently posted..3 AbdulMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge