Salam, perkara yang paling dirisaukan oleh ibu bapa bila anak-anak tak sihat, lebih-lebih lagi pada anak yang masih kecil, seperti anak saya Bayi 3 Bulan Batuk Dan Selsema, dengar Baby Irfan batuk pun dah rasa macam seksa sangat, siap berbunyi lagi, hingus pun ada juga tetapi sedikit.

baby irfan

Jadinya semalam kami bawa Baby Irfan ke Klinik untuk berjumpa doktor, alhamdulillah doktor cakap Baby Irfan tidak mengalami Batuk yang teruk, dan paru-paru clear, cuma ada sedikit sahaja, normal kata doktor, setiap bayi yang baru dilahirkan biasanya akan mengalami batuk.

baby irfan

Ubat Asmalin 1 ml aje, 3x sehari tapi saya beri 2x sehari sahaja. Risau dia masih kecil -..-”

baby irfan

Ubat titis kat hidung, alhamdulillah dah takde hingus hari ni :D

Secara amnya bayi yang dibawah umur 2 tahun kerap mengalami deman, batuk dan selsema, pada waktu ini juga kita dapat melihat antibodi anak kita mampu atau tidak dalam melawan penyakit tersebut.

Semalam saya bersembang dengan Doktor tersebut, dah dia mengatakan, bayi yang menyusu susu ibu (sepenuhnya) mempunyai daya tahan yang kuat dalam melawan penyakit berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula.

Alhamdulillah sehingga kini Baby Irfan masih dengan penyusuan esklusif (penyusuan sepenuhnya), dan syukur Baby Irfan tak pernah lagi demam, baru ni bawa pergi cucuk 5 serangkai pun tak demam, cumanya saya standby tempek cool fever kat dahi, orang kata tak salah cegah awal-awal kan?

Cuma bila batuk ni yang buat saya risau, dahlah nak buang kahak tak reti kan?, jadinya semalam doktor ada bagi ubat untuk Baby Irfan.

Alhamdulillah tidak ada masalah dalam memberikan Baby Irfan Ubat, cuma muka dia jelah macam-macam mimik muka time nak bagi ubat tu, heeee pelik kot dengan rasa ubat tu, sebab kan biasa dia cuma minum susu ibu aje, tetiba ada air lain..so haruslah dia pelik hihihi.

Nak suruh doktor sedut kahak tapi doktor tak galakkan sebabnya kahak Baby Irfan adalah “ringan” sahaja dan boleh dicairkan dengan memakan ubat yang diberikan.

Sebelum ini saya ada juga buat Teknik Tepukan bagi membantu pengeluaran kahak, tapi tak boleh nak buat lama-lama sebab Baby Irfan nampak macam tak selesa.

Jadi apa yang perlu anda lakukan bila anak anda mengalami situasi seperti Baby Irfan ini?

1. Sebaiknya bawa anak berjumpa dengan doktor

2. Jangan memberi ubat-ubatan difarmasi tanpa perskripsi dari doktor

3. Elakkan memasang alat penghawa dingin

4. Basuh tangan sebelum menyentuh Bayi anda

5. Sebaiknya jauhkan bayi anda dari mereka yang ada penyakit batuk dan selsema, kerana penyakit ini sangat mudah berjangkit melalui bersin (yang ni memang abang-abangnya tengah batuk bersin)

6. Jangan pasang kipas angin dengan kuat

Pesan doktor semalam, selagi baby masih aktif dan menyusu seperti biasa, insyaALLAH tidak ada masalah, teruskan penyusuan susu ibu, kerana susu ibu sangat baik dan mempunyai antibodi yang tinggi untuk anak. Susu ibu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk bayi anda.

- Besok Baby Irfan dah 3 bulan, alhamdulillah ^__^

19 Thoughts on “Bayi 3 Bulan Batuk Dan Selsema

  1. bby kalau kena selsema dan batuk, mmg mak2 susah nk tidur malam… sebab sama2 berjaga.. kesian sgt kan ;)

    kyan boleh try DrSneez, nis ada jual tp smentara waktu ni stok tgh habis, kena tunggu jap
    Ummi Hanie recently posted..3 AbdulMy Profile

  2. gua dah lali dah batuk dan selsema..selalu sangat kena. hoho..
    titan recently posted..8 Teknik AJAIB untuk buat Sales.My Profile

  3. sangat common aya jumpa kanak-kanak yang selesema dan batuk kat klinik.. biasanya ibubapa atau adik beradik lain yang terjangkit dulu.. dan bayi pun mudah dijangkiti melalui batuk atau bersih orang yang sakit.. :(
    Aya recently posted..Romantiknya Lisdawati & Fauzi NawawiMy Profile

  4. Siannya dia… moga2 dah sembuh sekarang irfan
    Travel-Zoom recently posted..Cheap Flights – The Cheap Ticket WarsMy Profile

  5. dulu2 bawak anak kecik ni tk pernah dpt ubat kak ..
    puanbee recently posted..Kek cawan berperisa coklatMy Profile

  6. tembamnya pipi Irfan kak!!!!! ni kalau cium betul2 puas ni. kikikikiki!!! semoga baby sihat ya
    Lizz recently posted..Semak Keputusan SPM 2012 Melalui SMS Dan Terima Wang Tunai Daripada Denaihati.comMy Profile

  7. semoga baby irfan sihat dan cerdas selalu… amin..
    Wan Fauzi™ recently posted..Perbezaan Dosa Dan KufurMy Profile

  8. Memang kesian anak kecil mengalami selsema dan batuk. Ada sesetengah klinik tidak prihatin beri antibiotik untuk bayi belum cukup setahun.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – Tribute Lahad DatuMy Profile

  9. moga baby irfan cepat sihat. besar memang kena bawak klinik, selagi tak dengar ulasan doktor, biasanya kurang puashati
    Denaihati recently posted..Kisahnya Secebis Hati part 17My Profile

  10. susah jugak nak jaga baby ye
    rozuan recently posted..KEENAKAN DARABIF BURGERMy Profile

  11. pesanan utk ibu, jgn minum ais yer nanti irfan dpt kesannya.
    sekian pesanan penaja. :)
    ejam recently posted..Buku Merah Kedua.My Profile

  12. hope lekas sembuh baby comel..

    mmg risau bila anak2 x sihat tambah yg masih bayi.

  13. tq atas perkongsian..baby memang kerap kene selsema..ank saya yg kecik ni da beberapa mggu selsema..
    mama3heroo recently posted..RESEPI:SOSEJ MASAK SOSMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation