Stroller Untuk Baby Irfan

Salam, ehemmm nak bagitahu yang saya dah pun habis pantang, yeayyy *lompat* heeee, ok nak cerita tentang “Toys” baru untuk Baby Irfan, seawal usianya 29 hari kami dah carikan Stroller Untuk Baby Irfan, hahhhh tak larat nak berdukung, lagi-lagi Baby Irfan semakin membesar bagai johan hihihi.

stroller

So misi pencarian Stroller Untuk Baby Irfan bermula, sebenarnya bukan stroller aje yang kami beli baru, banyak barang keperluan dan kelengkapan Baby kami kena beli semula, sebab barang anak-anak dulu dah bagi kat orang, so untung baby Irfan ni, merasa yang baru-baru semua, dah macam dapat anak sulung, semuanya baru :D

stroller1

Mula-mula tu kebetulan kami ke Carefour Subang Jaya, so carikanlah Baby Irfan Stroller kat sana, tapi en.hubby tak berkenan dengan design yang ada kat situ, lagi pun tak nampak macam boleh pakai lama, yang en.hubby tengah belek tu Brand Looney Tunes, owhhh en.hubby tak berkenan, katanya nak yang Sweet Cherry, rupanya dia dah survey dulu kat Internet, hahaha senyap-senyap dia survey tau hihihi.

stroller sweet cherry1

Hah…besoknya kami ke Jusco Bukit Tinggi cari Stroller yang en.hubby berkenan tu, Alhamdulillah mujur ada stok kat Jusco Bukit Tinggi ni, kalau tak memang ke Putrajaya ler kami jawabnya, sebab kat sana ada stok *Ini pun en.hubby survey* hihihi gigih betul.

stroller sweet cherry3

Hehhhh dah beli….memang smartlah, saya pun tergoda kikiki, patutlah en.hubby nak beli yang design ni, memang cute, tahan lasak, besi tu dari Aliminium, boleh buat macam-macam kat stroller ni, alih depan belakang, boleh ejas 5 jenis cara baby kat dalam tu sama ada nak duduk, baring, menonggeng, togel…semua boleh heheee, yang bestnya stroller ni boleh guna sehingga umurnya 4 tahun. Nak simpan pun senang tau. pendek kata memang fleksibel lah.

stroller sweet cherry2

Hahhhh bukan menunjuk, tapi ada yang nak tahu harga stroller sweet cherry ni, kalau cakap je orang tak percaya kan?, so harga macam kat atas tu, Best Buy, takde less -..-”

irfan

kannnn sungguh nampak sangat selesanya dia hihihi *jenuh bagi pacifier tapi xmau* -..-”

hubby n irfan

Oh senangnya kerja si ayah…hihihi

- Mood blogging sudah mari, hihihi

15 Comments on Stroller Untuk Baby Irfan

  1. yana
    March 3, 2013 at 4:31 pm (2 years ago)

    kak, stroller ni klu lipat cmne bentuknye? besar x? bleh lipat mcm payung tu tak…?

    Reply
  2. cikmin
    February 12, 2013 at 1:23 pm (2 years ago)

    faheem ada SC jugak..rege cecah rm500 jugak..rasanya pakai bape kali je..pastu simpan dah dlm stor..hahaha..tapi klu simpan dlm kereta lagi bagus sebenarnya…sbb akak perasan..kalau ke kl contohnya..faheem akan tidur..bila dah dekat nak sampai..terpaksa dukung dia…kan dah penat…hihi..nak kena geledah store balik ni..
    cikmin recently posted..Siakap MaharajaMy Profile

    Reply
  3. Wann
    February 9, 2013 at 3:55 am (2 years ago)

    Boleh tahan harganya..tapi xpe demi anak yang tersayang..bila la giliran wann macam ni ya? kena cepat2 kompol duit kawin nie..HEHE.
    Wann recently posted..10 Sebab Lelaki MenangisMy Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge