Irfan Dah 2 Bulan

Salam, syukur alhamdulillah, hari ini genap umur Baby Irfan 2 bulan, sekejapnya masa berlalu, masih segar dalam ingatan Pengalaman Bersalin Baby Irfan 21.12.12 yang lalu, ngeri bila ingat balik proses kelahirannya melalui “Tingkap”.

baby irfan

Gambar dalam entry ini adalah gambar pada genap umurnya 2 bulan iaitu pada hari ini, kenangan untuk dia selagi Blog ini masih bernyawa, insyaALLAH saya akan coretkan perkembangan Baby Irfan di blog ini.

mi1

Dagu diaaaaaaa…rahsianya…minum susu Ibu 😀

mi3

Hahhh ni yang buat saya kagum dengan Baby Irfan, dia dah boleh Meniarap Umur 57 Hari, abang-abangnya dulu umur 4 bulan juga baru boleh nak meniarap.

Semoga membesar menjadi anak yang berguna dan soleh, insyaALLAH, amin…

– Gambar snap dari handphone aje, tengah malas nak pegang DSLR -..-“

You may also like

15 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge