Salam, baru-baru ini saya dan family pergi ke Majlis perasmian kedai Bariani Kinrara Kafe, terima kasih kepada Kak Sumijelly yang sudi menjemput kami, kebetulan masa tu kami ada urusan di Puchong dan Putrajaya, so mai singgah sini dulu hihihi. Briyani cafe kinrara ini terletak di Bandar Kinrara 5, Puchong, nak cari pun senang sangat.

kedai briyani ori

Memang meriah menu yang terdapat di Bariani Kinrara Kafe ni, sedap-sedap pulak tu, tang nasi dia je memang dah sedap sangat, tu belum makan lauk-lauk lagi, tapi hari tu tak boleh makan banyak, maklumlah belum habis pantang kehkehkeh tapi kaki panjang je nak kesana kemari, gini ler kalau berpantang kat “Bandar” -..-“

nasi bariani kinrara kafe

Antara menu dalam pinggan diatas iaitu Ayam masak merah, Daging Kambing, ulam, dan banyak lagi lauk yang tak sempat saya snap, kalau nak tahu pergi je terus terjah Bariani Kinrara Kafe ni, saya pasti anda tidak menyesal.

nasi bariani kinrara kafe1

Buah hati saya sedang menikmati hidangan Nasi Bariani. Kemain risau dia time ni, tak duduk diam nengok adiknya Irfan kat Kak Sumi, katanya nanti orang bawa adik lari…hahahhaa

nasi bariani kinrara kafe2

Bersama Owner Bariani Kinrara Kafe, mesra orangnya ^__^

nasi bariani kinrara kafe3

Antara menu yang dihidangkan di Bariani Kinrara Kafe, terdapat juga menu hidangan set.

nasi bariani kinrara kafe4

Bariani Kinrara Kafe juga menerima tempahan katering, untuk maklumat lanjut boleh layari laman web BarianiOri.my, nak datang terus pun lagi syiok boleh pekena Bariani Ori ni, betul-betul sedap, alamatnya No.2 Jalan BK 5B/3, Bandar Kinrara, Puchong, GPS Koordinat 3.0037125, 101.638558

blogger1

Oh ye, terima kasih kakak cantik untuk undangan ini. Awat tetiba nampak daku macam slim je ni, hahaha..opsss..off topic pulak kikikiki.

– Dah habis pantang, makin panjang lagilah langkah kakiku hehee

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

22 thoughts on “Bariani Ori Di Bariani Kinrara Kafe”
  1. tengok pada harga dalam kategori ok lagi, tengok gambar hidangan sepinggan tu buat lapar jer.
    angah kot yer pun sayang adik makan ler dulu, risau sangat dia…penyayang juga angah yer. 🙂
    acik sumi tak kan ambil irfan nyer sebab dia pun dah ada 4 boboiboy, kalau baby girl memang ada potensi nak kena kidnap…haha
    ejam recently posted..Lepas Ini Boleh Tengok Wayang Gambar.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge