Ayam Bakar Pemanggang Ajaib

Salam, minggu lepas saya menerima Parcel dari Blogger UmmiHanie, pesan Pemanggang Ajaib dengan beliau, beli kat Langkawi Brand HIG (Haji Ismail Group), sapa tak kenal HIG memang tak pernah sampai Langkawi heheee *ok gurau*

pemanggang ajaib HIG

Bila pemanggang dah dapat, macam-macam lah idea memasak datang, jangan tak tahu, dengan pemanggang ni memang serba serbi boleh masak tau, rajin jadinya duduk kat dapur heeee, layannn~

pemanggang ajaib

Nak resepi Ayam Bakar boleh tengok kat SINI

2 hari berturut-turut saya masak Ayam Bakar menggunakan Pemanggang Ajaib ni, memang sedap panggang ayam menggunakan pemanggang ni, rasa ayam juicy je sebab wap tak keluar dari pemanggang tu, rasa ayam yang segar, seronok dapat pujian dari insan-insan tersayang..hahaha padahal tu semua berkat menggunakan pemanggang ajaib ni ler šŸ˜€

pemanggang ajaib

Menu tengahari kami, memang senang sangat masak guna pemanggang ni, tak perlu lagi bakar dalam oven, tak perlu lagi nak basuh/bersihkan oven lepas menggunakannya, kini dengan adanya pemanggang ajaib semuanya menjadi mudah, nak bersihkan pemanggang ajaib ni tersangatlah senang, kalaulah ada dari dulu lagi kan best, hihihi.

pemanggang ajaib

Aiman kata nak bawa bekal nasi dengan Ayam bakar

pemanggang ajaib4

Bekal untuk Aiman jap tadi, dia memang suka makan Ayam Bakar, Oh ye..Aiman memang bawa bekal hari-hari ke sekolah Agama dan sekolah rendah, syukur dia tidak mengeluh dan cerewet bawa bekal, bukan apa..senang sikit dia bawa bekal dari rumah, takdelah nak bertolak-tolak nanti nak beli makanan masa rehat, bawa bekal kan senang, lagi pula kalau bagi dia duit, dia tak beli nasi/mee, tapi dia beli jajan uhukkk…tu pasal bagi dia bekal, Alhamdulillah dia suka bawa bekal, start dari hari pertama persekolahan lagi dia dah mula bawa bekal dari rumah *ok Kagum* hahahaa…good boy!

kuih bengkang pemanggang ajaib

Oh ye, sebenarnya sebelum ni saya dah pernah masak kuih bengkang menggunakan pemanggang ni, memang syiok..menjadi hihii, tapi tak dan nak snap, pernah juga bakar ikan menggunakan pemanggang ni, memang sedap..betul-betul ajaib šŸ˜€

– Mencari 1 pemanggang ajaib, siapa ada jual??, mai tinggal link/no phone, saya serius ^_^

You may also like

34 Comments

    1. Waalaikumsalam Bang Dadan, ngak apa2…
      Masak menggunakan pemanggang ini best sebab rasa masakan kekal, lembut dan wangi.

      Maksudnya disini BUKAN AJAIB seperti masak ayam dan yang jadinya kambing hheee..masih juga ayam cuma rasanya lebih enak.
      yanmie recently posted..Ayam Bakar Pemanggang AjaibMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge