Resepi Lobak Putih – Petua Banyakkan Susu Badan

Salam, hari ni saya nak kongsikan Resepi Lobak Putih untuk menambah air susu ibu, Petua Banyakkan Susu Badan ini saya google dan bertanya dari rakan-rakan yang rata-ratanya berjaya dalam memberi penyusuan susu ibu kepada bayi mereka.

lobak putih1 Resepi Lobak Putih   Petua Banyakkan Susu Badan

Antaranya yang paling mujarab untuk menambah air susu ibu iaitu dengan mengamalkan memakan lobak putih, ini kerana kandungan khasiat yang tinggi terdapat pada lobak putih tersebut.

lobak putih2 Resepi Lobak Putih   Petua Banyakkan Susu Badan

Bau lobak putih ni tak berapa nak sedap, nak makan lagilah tak lalu, so kena kreatif dalam memasak sayur lobak putih tersebut, macam-macam juga cara masak lobak putih yang saya buat, mula-mula memang susah nak masuk dalam mulut, tapi ngenangkan niat nak nyusukan Baby Irfan dengan penyusuan esklusif, saya telah jugalah sayur yang tak berapa nak best kat mulut ni. Tapi serius mula-mula je rasa tak berapa nak ok, maybe sebab tak biasa kot, lama-lama tu ok dah lali dengan rasa lobak putih tersebut, demi anak ku makan jua wuwuuu~

lobak putih3 Resepi Lobak Putih   Petua Banyakkan Susu Badan

Lobak Putih ini saya masak bersama sayur sawi yang juga dipercayai mampu membantu dalam meningkatkan pengeluaran Air susu Ibu, di tambah dengan ikan bilis serta bawang, ianya di tumbuk bersama dan ditumis, kemudian masukkan sedikit garam dan bolehlah dinikmati bersama nasi panas-panas.

lobak putih4 Resepi Lobak Putih   Petua Banyakkan Susu Badan

Yang ni saya buat ulam, rebus lobak putih dan cicah dengan sambal kicap, ok juga boleh tahan rasanya, maybe sebab pencicah tu yang sedap hihihi so secara automatik boleh telan lobak putih tersebut.

Bagi saya, apa pun kena kreatif dalam menyediakan/memasak, kalau tak memang tak makanlah lobak putih ni huhhuu.

image4 Resepi Lobak Putih   Petua Banyakkan Susu Badan

Antara petua lain dalam memperbanyakkan pengeluaran susu Ibu :-

  • Kerap susukan bayi, semakin kerap semakin banyak penghasilan susu ibu
  • Jangan tunggu susu ibu penuh, pamkan sahaja susu ibu 2-3 jam sekali bagi tujuan mengosongkan payudara, dan penghasilan susu baru akan terjadi secara semulajadi.
  • Berurut
  • Minum Air Masak sebanyak yang mungkin
  • Makan Kurma
  • Kacang tanah, badam
  • Bunga Melur dan Pucuk Manis, giling dan sapukan di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi.
  • Mengambil Supplement

Dan banyak lagi cara untuk menambahkan susu ibu, sila google…ada banyak perkongsihan yang rakan-rakan kita buat. InsyaALLAH kita cuba usaha, yang baik datangnya dari ALLAH SWT.

irfan Resepi Lobak Putih   Petua Banyakkan Susu Badan

Baby Irfan – 29 Hari ^__^

- Alhamdulillah Rezeki Buat Baby Irfan, Susu Ibu semakin banyak, syukur.

* Jom kongsikan cara anda untuk memperbanyakkan pengeluaran air susu ibu (untuk kaum ibu sahaja) icon biggrin Resepi Lobak Putih   Petua Banyakkan Susu Badan

 

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)
Posted in Live Blog. Tagged with , , , , , .

28 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge