Petua Kurangkan Kuning/Juandis Bayi

Salam, baru-baru ini Baby Irfan kena penyakit kuning/Juandis, hari ke 3 saya berada diwad untuk discharge, Irfan pula admit sebab kuning, sedih betul balik rumah tanpa Baby Irfan, mujur hari ke 2 Baby Irfan berada di wad, saya dibenarkan untuk menemankan dia.

Petua Kurangkan Kuning Bayi-Juandis

Sedih betul tengok keadaan Baby Irfan time ni, meleleh-leleh air mata saya nengok dia, sedih sangat-sangat, dah tak hirau dah orang lain huhuhu, suami pun duk menahan sebak nengok saya -..-“, memang risau sangat sebab tahap bacaan kuning/juandis Baby Irfan memang tinggi, 300 lebih bacaannya, bacaan normal adalah 150, 2x ganda kuning Baby Irfan sob..sob..

Petua Kurangkan Kuning Bayi-Juandis

Menangis-nangis Baby Irfan duk bawah lampu intensif ni, Baby Irfan duduk bawah lampu double phototherapy, memang panas, ni sebab bacaan kuningnya yang agak tinggi.

tu takpe lagi, yang sedihnya bila Baby Irfan kena cucuk jarum, amik darah dan beberapa lagi ujian makmal yang lain, memang sedih, tak sanggup rasanya melihat keadaan Baby Irfan time tu. Air mata jelah yang mengalir time ni.

image

Lagi menyedihkan bila saya tidak dapat menyusukan Baby Irfan, saya tahu dengan kerap memberikan susu ibu kepadanya secara tidak langsung dapat mengurangkan penyakit kuning/jundisnya, tapi apakan daya, sehari Baby Irfan tanpa menyusu susu ibu dari saya, syukur keesokkannya saya dibenarkan menemankan Baby Irfan, dan saya mengambil peluang untuk mengepam susu ibu buat stok Baby Irfan semasa dia berada di unit rawatan intensif.

Petua Kurangkan Kuning Bayi-Juandis

4 hari berada di wad bersama Baby Irfan,  tengoklah Baby Irfan yang segak ni hihihi habis calar balar mukanya, takpelah janji Baby Irfan sihat.

Baby Irfan dibenarkan balik setelah bacaan kuning/juandisnya 207, tetapi still kena follow up lagi kat KKIA untuk mendapatkan bacaan yang normal iaitu 150. Alhamdulillah setelah 2x follow up di KKIA, bacaan juandis Baby Irfan adalah 170, dan hanya perlu turunkan lagi 20. dan petang ini kami akan ke KKIA lagi sekali untuk cek kuning Baby Irfan, harapnya dah normal bacaannya, Insyaallah.

susu hi goat

Susu Hi-Goat, saya minum bersama oat 3 in 1, nak bagi lalu minum kikiki

Dan apa yang saya lakukan untuk mengurangkan Kuning/juandis Baby Irfan adalah dengan meminum Susu Hi-Goat, susu tersebut saya minum dan Baby Irfan kerap saya susukan, dan alhamdulillah dari bacaan 207 turun ke 170, agak mendadak jugak kan?, Petua Kurangkan Kuning Bayi/Juandis bayi ni saya tahu dari Isteri sepupu suami, alhamdulillah ianya berkesan dengan berkat izin Allah SWT.

Ada juga orang cakap, Petua Kurangkan Kuning/Juandis Bayi seperti dibawah, tapi saya takde cuba.

  • Mandi ngan ubat seng seh yang dibeli dari kedai ubat cina
  • Mandi ngan air rebusan peria hantu
  • Mandi ngan air rebusan pokok dukung anak
  • Titiskan air anggur hitam kemulut bayi
  • Titiskan air anggur hijau.

Sejujurnya, saya tidak berani nak beri/titiskan apa-apa ke dalam mulut bayi, maklum ajelah bayi masih kecil, takut ada risiko lain nanti, tapi apa pun kita usaha untuk yang terbaik demi kesihatan anak, betul tak?

baby irfan

Wajah ceria lepas keluar dari wad ^__^

– Lega bila anak sihat

33 thoughts on “Petua Kurangkan Kuning/Juandis Bayi

  1. pengalaman sy..3 org ank memang xde masalah kuning..tp ank ke 4 ni ada skit masalah kuning..tp bacaan 131 tidaklh dlm kategori bahaya..cuma still nk kena ulng alik chck dan pastikan kuning turun. sy cuma amalkn bg minum jus sngkuang cina n mndi air daun kucai serta pg2 msti bawa baby kena cahaya matahari skit..so kuning nurina makin turun..alhmdulillah ank sy nurina dh xde kuning..bacaan normal bawah 100….

  2. As-Salam. Zaman sekarang memang mudah anak-anak kecil baru lahir terkena jaundis ni. Daripada 3 anak, hanya yang bongsu je lahir tanpa perlu masuk wad … yang lain semuanya terpaksa berada di wad kerana jaundis.

    Banyak petua dan amalan lama yang boleh dipraktikkan buat bayi untuk kurangkan risiko jaundis ni. Tapi tak semua petua dan amalan tu sesuai. Ada stgh bayi ok… ada lak yang makin teruk guna petua lama. Kena bijak dan pandai untuk lihat keserasian.

    Memang lega tgk bayi kecil kembali ceria.
    hasrulhassan recently posted..Kegilaan Blogger MalaysiaMy Profile

  3. Selalunya, masalah kuning yang tinggi selalu pada anak pertama.. selalunya punca utama adalah kurang penyusuan ibu.. tapi ada juga punca lain, contohnya kena jangkitan kuman, baby kurang matang, darah ibu dan bayi yang tidak sama, masalah G6PD dan macam-macam lagi. yang paling penting, jangan bagi baby air lain selain susu ibu sbb susu ibu ni banyak khasiatnya..
    Aya recently posted..Pengalaman Pahit Manis Sebelum Menjadi IsteriMy Profile

  4. Anak kedua kayna pun jaundice dulu, sedih. Menangis2 kat hospital. Tapi Alhamdulillah mmg nurse bg kayna nyusukan anak. Diorang kata lagi banyak bgi susu ibu, lagi cepat hilang jaundice. Mula-mula ke Pusrawi, then follow up di Tropicana Medical Centre. Memang petuanya sama, banyakkan bagi susu ibu. Dan berdoa juga. Moga ALLAH sembuhkan. Jemur anak pun buat gak dalam kul 8-9 pagi je. Kul 10 da selalu terik gak. InshaALLAH, harap baby irfan cepat sembuh nanti.
    kayna recently posted..Kindy at Genius AuladMy Profile

  5. siannya baby irfan… alhamdulillah dah sihat pon skrg… moga membesar bagai johan yea irfan!!

    anak2 suri pon kena gak jaundis nih… memang mcm dah common sgt plk bby skrg ni kena jaundis ni yek… tp hati mak tentu risau dan x tentu arah bila anak2 sakit… kalau boleh biar kita yg sakit dan bukan anak2.. ye tak?
    sangsuri recently posted..Seriau Sangsuri… Kisah benar Cicakman.My Profile

  6. Tinggi jgk bacaan kuning irfan…. Humaira pun ada kuning…Dekat 2 minggu setiap hari berulang alik pergi klinik..Kesian asyik kena cucuk jer…. Last sekali lepas botakkan kepala dia, bacaan kuning terus turun mendadak…esoknya nurse pesan xyah datang klinik dah.. Lega…..

    Bidan yang cukur kepala Humaira pun bagitau dgn yakin katanya lepas buang rambut n segala kerak2 kat kepala baby InsyaAllah kuning boleh kurang…Lepas dia ada ajar baca selawat sapu kat tangan pastu urut kat muka baby setiap pagi… Yang ini zie xdan amalkan sebab kuning Humaira turun dengan tiba2… :)
    zie fauzi recently posted..Pesanan Ikhlas Dari HumairaMy Profile

  7. Kalau di hospital kerajaan mereka telah mengunakan Phototerapy LED lebih baik daripada Phototherapy guna mentol. Jaundice lebih cepat turun. Mengenai ambil darah untuk ujian memang tidak ada cara yang lebih. Ada alat yang boleh mengesan penurunan Jaundice secara luaran tanpa mengambil darah untuk pemantauan sahaja. Analisa darah adalah lebih tepat. <–kongsi sedikit ilmu Elektronik Perubatan.

  8. Masa Mr Ray kena demam kuning dulu sampai 14 bacaan nya.. kata nurse kalau 16 kena masuk wad.. jadi tak payah sebab baru 14.. ulang alik hari-hari ke klinik kesihatan untuk ambil bacaan darah.. kesian dan sedih bila tengok anak sendiri kena cucuk..huhuhu..

    masa kena kuning saya amalkan petua tradisional iaitu air bunga cina, mandi air pokok dukung anak.. alhamdulillah kuing turun cepat…
    melastik bintang recently posted..10 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-AnakMy Profile

    1. Analisa darah adalah yang paling sesuai untuk mengetahui ada perubahan atau tidak. Dari segi luaran mungkin tidak mengcukupi untuk pasti kan ada kesang kuning pada, kulit, dan lidah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge