Salam, syukur hari ini dah hari yang ke 26 saya berpantang, rasa macam sekejapnya masa berlalu, alhamdulillah semakin sembuh rasanya, terasa seperti baru semalam perut ni kena belah untuk mengeluarkan Baby Irfan hihihi, teringat pula saya Pengalaman Pecah Air Ketuban baru ni, begitu manis untuk dikenangkan kikiki~

admit

Disebabkan banyak air keluar, saya di masukkan air dalam badan, coz baby dah kurang gerak.

Alkisahnya, sedang kami anak beranak menikmati hidangan ayam kfc, tetiba saya terasa ada cecair yang keluar, agak suam-suam kuku, dalam hati “ehhhh, aku terkencing ke??” hahahaa tak senonoh betul kan kalau terkencing, lepas tu saya diamkan aje, tak lama tu bruppppp bunyi air keluar melimpah-limpah, hah…muka dah cuak pandang suami heheee.

Mana tak cuaknya sebab pecah air ketuban kat KFC hahaha, sebelum kejadian ni, saya ada cakap kat suami macam ni :-

“Ayah, sebelum Ibu bersalin, Ibu ingat nak makan kfc dulu, lepas tu baby nak keluar pun takpe keluarlah”

See…anak memang mendengar kata, Ibunya pecah air ketuban kat KFC hahahaa, mujur tak terberanak kat KFC, kalau tak jadi anak angkat KFC, makan KFC free je selalu kekekeke.

kfc1

Abang Ngah sedang menikmati Ayam Goreng KFC, sian makan tak abis, bungkus bawa balik hehe

kfc2

Udang KFC ni sedap nnggee~

Dah siap-siap bungkus KFC, kami terus ke Hospital, nak balik rumah dulu takut tak sempat sebab time tu dah ramai yang balik kerja, so takut jalan jem, lagi pulak dari Tesco bukit tinggi ke Hospital dalam 5 minit aje, memang dekat, berbanding sekiranya balik ke rumah dahulu memakan masa yang lama, disebabkan takut terberanak dalam kereta, suami terus bawa saya ke Hospital sehelai sepinggang tanpa pakaian baby kehkehkeh.

Sepanjang perjalanan dari KFC ke tempat letak kereta, air ketuban menjejeh-jejeh sampai ke kaki, kasut, memang basah giler lah, basah macam kena simbah dengan air, masuk dalam kereta, tempat duduk saya dialas dengan surat khabar dan plastik, mujurlah tak basah seat tu huhuhu.

Sampai kat Hospital saya dah abis lenjun hahahahaa, Pengalaman Pecah Air Ketuban yang tak dapat dilupakan, macam ni rupanya pecah air ketuban ye?, masa anak sulung doktor yang tolong pecahkan air ketuban, dan masa anak ke 2 saya pecah air ketuban semasa betul-betul hendak bersalin (dah terbaring), pendek kata ini pengalaman pertama saya pecah air ketuban.

Sungguh manis nak dikenangkan…

myirfan

– #MyIrfan dah nak sebulan ^__^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

22 thoughts on “Pengalaman Pecah Air Ketuban”
  1. pengalaman saya lak masa tu waktu mkn tghari…pergi beli MCD (take away)…siap pesan dgn suami,teringin nk mkn MCD seblm bersalin…habis shj gigitan yg terakhir,tiba2 tup!!! air tuban pecah..nasib baik masa tu ada dirumah…bersiap sedia ke hospital..dan dlm 2 jam selepas tu,terus senang bersalin…baby yg kuar pun,sikit punya tembam..he3..kekenyangan mkn burger le tu… 🙂

  2. heeehe,macam-macam ragam klu nk bersalin kan kak,,saya sdr pun masa nk bersalin ank ke 4 dh sakit sgt bukaan pun dh 3 cm sempat lg singgah tesco beli brg siap lunch dulu,masa tgh shopping rasa kontraksi berhenti jap sandar kat dinding.pastu jln blk cari brg baby.

    1. Rasanya Aya tidak ada masalah kerana ilmu kedoktoran tinggi dari teknikal sudah boleh jangka cuma pengalaman bersalin belum dilalui. Apa pun selamat menyambut cahaya mata sulung nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge