Salam, syukur hari ini dah hari yang ke 26 saya berpantang, rasa macam sekejapnya masa berlalu, alhamdulillah semakin sembuh rasanya, terasa seperti baru semalam perut ni kena belah untuk mengeluarkan Baby Irfan hihihi, teringat pula saya Pengalaman Pecah Air Ketuban baru ni, begitu manis untuk dikenangkan kikiki~

admit

Disebabkan banyak air keluar, saya di masukkan air dalam badan, coz baby dah kurang gerak.

Alkisahnya, sedang kami anak beranak menikmati hidangan ayam kfc, tetiba saya terasa ada cecair yang keluar, agak suam-suam kuku, dalam hati “ehhhh, aku terkencing ke??” hahahaa tak senonoh betul kan kalau terkencing, lepas tu saya diamkan aje, tak lama tu bruppppp bunyi air keluar melimpah-limpah, hah…muka dah cuak pandang suami heheee.

Mana tak cuaknya sebab pecah air ketuban kat KFC hahaha, sebelum kejadian ni, saya ada cakap kat suami macam ni :-

“Ayah, sebelum Ibu bersalin, Ibu ingat nak makan kfc dulu, lepas tu baby nak keluar pun takpe keluarlah”

See…anak memang mendengar kata, Ibunya pecah air ketuban kat KFC hahahaa, mujur tak terberanak kat KFC, kalau tak jadi anak angkat KFC, makan KFC free je selalu kekekeke.

kfc1

Abang Ngah sedang menikmati Ayam Goreng KFC, sian makan tak abis, bungkus bawa balik hehe

kfc2

Udang KFC ni sedap nnggee~

Dah siap-siap bungkus KFC, kami terus ke Hospital, nak balik rumah dulu takut tak sempat sebab time tu dah ramai yang balik kerja, so takut jalan jem, lagi pulak dari Tesco bukit tinggi ke Hospital dalam 5 minit aje, memang dekat, berbanding sekiranya balik ke rumah dahulu memakan masa yang lama, disebabkan takut terberanak dalam kereta, suami terus bawa saya ke Hospital sehelai sepinggang tanpa pakaian baby kehkehkeh.

Sepanjang perjalanan dari KFC ke tempat letak kereta, air ketuban menjejeh-jejeh sampai ke kaki, kasut, memang basah giler lah, basah macam kena simbah dengan air, masuk dalam kereta, tempat duduk saya dialas dengan surat khabar dan plastik, mujurlah tak basah seat tu huhuhu.

Sampai kat Hospital saya dah abis lenjun hahahahaa, Pengalaman Pecah Air Ketuban yang tak dapat dilupakan, macam ni rupanya pecah air ketuban ye?, masa anak sulung doktor yang tolong pecahkan air ketuban, dan masa anak ke 2 saya pecah air ketuban semasa betul-betul hendak bersalin (dah terbaring), pendek kata ini pengalaman pertama saya pecah air ketuban.

Sungguh manis nak dikenangkan…

myirfan

- #MyIrfan dah nak sebulan ^__^

22 Thoughts on “Pengalaman Pecah Air Ketuban

  1. untuk tiga2 anak , doktor yg pecah kan air kutuban .. haha ..liat ya amat
    puanbee recently posted..Debaran menanti majlis sepetang bersama blogger #SBB2013My Profile

  2. ala-ala comelnyer baby irfan :)
    Sara recently posted..Lagu Tema Sehangat Asmara Lakonan Rita dan Adi PutraMy Profile

  3. hihihiihi… xde pengalaman. dulu keluar darah je…. mcm period tapi heavy flow. air ketuban, doc yg pecahkan
    mama adam recently posted..Pesanan Dari Seorang CikguMy Profile

  4. aikkk..boleh plak pecah kat sana ye..
    titan recently posted..Isu dengar dan hormat.My Profile

  5. Kak Long ada pengalaman ni, tapi kat rumah. Lucu pula baca pengalaman Yan pecah air ketuban di KFC. Lepas ni mesti KFC offer baby Irfan jadi dutanya. :)
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Maggi KetamMy Profile

  6. saya takde pengalaman pecah air ketuban ni..
    ohcikgu recently posted..Saya agak sibuk.My Profile

  7. pengalaman berharga tu… mujur si ayah tak panik… zie takde pengalaman lg ketuban pecah sendiri…dua2 anak bersalin doktor yg pecahkan….
    zie fauzi recently posted..Pesanan Ikhlas Dari HumairaMy Profile

  8. mak saya dulu pecah ketuban depan pintu rumah, sempat lg dia menyapu, mop balik, sediakan baju dan masak ikan bilis utk bwk pergi hosp. huhu
    eiela recently posted..Seronoknya Berkenalan Dengan Rakan BakeriMy Profile

  9. Hani N Bake on January 16, 2013 at 2:26 pm said:

    pengalaman saya lak masa tu waktu mkn tghari…pergi beli MCD (take away)…siap pesan dgn suami,teringin nk mkn MCD seblm bersalin…habis shj gigitan yg terakhir,tiba2 tup!!! air tuban pecah..nasib baik masa tu ada dirumah…bersiap sedia ke hospital..dan dlm 2 jam selepas tu,terus senang bersalin…baby yg kuar pun,sikit punya tembam..he3..kekenyangan mkn burger le tu… :)

  10. duta kfc ni….
    nampaknya, colonel berjanggut xleh cari makan la…
    menarik juga pengalaman …
    ehehehee
    mie recently posted..Pulau Bunting Kedah Pulau TergendalaMy Profile

  11. pengalaman suspen la. baby irfan tak sabar nak kluo makan KFC kot…
    Denaihati recently posted..Himpunan Kebangkitan RakyatMy Profile

  12. heeehe,macam-macam ragam klu nk bersalin kan kak,,saya sdr pun masa nk bersalin ank ke 4 dh sakit sgt bukaan pun dh 3 cm sempat lg singgah tesco beli brg siap lunch dulu,masa tgh shopping rasa kontraksi berhenti jap sandar kat dinding.pastu jln blk cari brg baby.

  13. Pengalaman melahirkan anak sesuatu yang hebat.
    akubiomed recently posted..Ambil berat untuk berkongsi PRUkasihMy Profile

  14. watiepd on January 15, 2013 at 1:01 pm said:

    ye… lucu dn diingat smpy bla2 kn kak….

  15. Masa wife pecah air ketuban dulu,saya yang panik hehehehhe..
    azman recently posted..Masalah Samsung Galaxy S2My Profile

  16. comelnya irfan.. mesti sakit sangat bersalin ya kak yan.. selalu tengok kat dewan bersalin, macam-macam ragam ibu bersalin..huhu.. risau plak Aya, macam mana nasib aya nanti.
    Aya recently posted..Top 10 Blog Referrer Julai 2012My Profile

    • Rasanya Aya tidak ada masalah kerana ilmu kedoktoran tinggi dari teknikal sudah boleh jangka cuma pengalaman bersalin belum dilalui. Apa pun selamat menyambut cahaya mata sulung nanti.

  17. pengalaman yg pasti x dilupakan tu.. dulu masa nak bersalin anak pertama, Hanim lepas lunch.. baru siap makan, tetiba sakit perut.. cun2 36weeks..hehe.
    Mama Hanim recently posted..Ibu Mengandung Mengidam Durian BelandaMy Profile

  18. air ketuban tu keluar banyak eh? habis basah la lantai KFC tu? kih3..
    Anarm recently posted..Lawatan ke Markas Ultimate BrilliantMy Profile

  19. akak pun takda pengalaman air ketuban meletup pecah sendiri…sekejap je irfan dah nak sebulan….
    cikmin recently posted..Wordless Wednesday #34 Anugerah Blog Kedekut ResepiMy Profile

  20. Dah merasa masa bersalinkan anak sulung… Nasib la kat rumah tapi atas katil.. habis basah tilam..
    SYANI recently posted..MAGGI ASAM LAKSA LA PULAKMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation