Cara Tambah/Banyakkan Susu Ibu

Salam, alhamdulillah hari ni merupakan hari yang ke 40 saya berpantang, masalahnya sekarang penghasilan Susu Ibu semakin merudum, tapi alhamdulillah saya masih lagi meneruskan penyusuan susu Ibu kepada Baby Irfan, sesiapa ada Cara Tambah/Banyakkan Susu Ibu bolehlah kongsikan dengan saya tips/petua.

irfan40 Cara Tambah/Banyakkan Susu Ibu

Gambar baru bangun tidur, tahi mata pun ada lagi hehee

Macam-macam dah buat untuk menggalakkan penghasilan susu ibu, tapi macam tu juga, tidak semeriah sebelum ini, saya juga ada mencuba memakan Lobak Putih yang mana dikatakan dapat membantu dalam penghasilan/penggalakkan susu ibu, ada juga saya makan tapi tak kerap, masalahnya saya cepat jemu dan muak dengan rasa lobak putih tersebut, makan sekali sekala oklah, nak makan hari-hari memang tak lalu..sob..sob..

Saya tidak “STRESS”, malah saya berfikiran positif, selalu beranggapan dan berfikir bahawa susu ibu adalah mengcukupi untuk Baby Irfan selama 2 tahun, tetapi saya tidak dapat menipu diri saya bahawa penghasilan susu ibu saya kini agak merudum, sedih adakalanya melihatkan Baby Irfan menyusu tak puas dan menangis-nangis even “bergayut” lama pun masih tak kenyang.

Orang kata Baby Boy memang kuat menyusu, memang tidak dinafikan, anak-anak saya memang kuat menyusu, sehari 12x menyusu badan, manakan tidak merasa penghasilan susu ibu merudum, maksud saya disini, susu ibu still ada cuma tak meriah. Air masak pun minum 5liter sehari icon biggrin Cara Tambah/Banyakkan Susu Ibu

sarapan ibu berpantang1 Cara Tambah/Banyakkan Susu Ibu

Horlicks Suam

Google dan tanya kawan-kawan, salah satu cara penggalak air susu iaitu dengan meminum Horlicks suam, perghh kalau yang ni minum sehari 3-4x sehari pun takpe hahaha, sedappp wooo..

Alhamdulillah susu ibu semakin meningkat dari sebelumnya, syukur sangat-sangat, tapi nak kata dapat pam susu ibu macam biasa tu tak dapatlah, sebab tak dan nak pam anak dah nangis nak nyusu, memang kuat sangat nyusu, tengok aje ler bulatnya kemain lagi.

myirfan1 Cara Tambah/Banyakkan Susu Ibu

- Kongsi please cara macam mana nak galakkan penghasilan susu Ibu, TQ.

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)
Posted in My Baby Cute, My Story. Tagged with , , , , , , .

7 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge