Salam, syukur alhamdulillah kini usia kehamilan saya hampir ke penghujung trimester ke 3, sekarang ini hanya menanti hari saja,  Doktor Cakap Get Ready! weeee~ tak sabarnya, saya pun dah start amalkan meminum Air Kelapa Muda.

air kelapa muda

Jangan tak tahu, air kelapa muda ini banyak khasiatnya selain ianya baik untuk Ibu Mengandung aka Hamil. Dikatakan dengan mengamalkan meminum air kelapa muda ianya dapat membersihkan badan dan kepala bayi dalam rahim.

air kelapa muda

Sekarang ni memang amalkan meminum air kelapa ni, boleh tahan juga ye harga kelapa, sebiji RM3.00, biasanya saya beli 3 biji, memang puas anak beranak minum air kelapa fresh, gula tak mau~

air kelapa muda

Makan pulak Isi kelapa tu, owhhhhh sedapppp

Selain rasa air dan isi kelapa yang sedap, hasil kajian mendapati air kelapa juga kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (antara 1.7 hingga 2.6 peratus) dan protein (0.07 hingga 0.55 peratus).

Bukan itu sahaja, air kelapa juga dipercayai boleh membantu mengurangkan demam campak dan mampu menurunkan suhu badan.

air kelapa muda

Saya hanya mengamalkan meminum air kelapa muda ini hanyalah pada usia kandungan trimester ke 3, awal-awal kehamilan saya tak berani nak minum sebab takut ianya akan menyebabkan keguguran, orang cakaplah….tapi air kelapa muda elok dan sesuai diminum apabila kandungan memasuki trimester ke 3, tapi ada yang kata takde apa efek apa pun minum air kelapa muda awal-awal, so terpulang pada individu itu sendiri. kalau saya, serius saya tak berani hihihi, trimester ke 3 baru saya mula amalkan.

– Tunggu hari je, owhhhlaahhh seksanya rasa, tak sabar hihihi ^__^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

37 thoughts on “Minum Air Kelapa Muda Semasa Mengandung”
  1. saya baru sebulan pregnant.tpi harini teringin sangat nak minum air kelapa.jika saya minum ade apa2 efect x?teringinnyerr. ;-(

    1. Mse saya prgnant 3bulan sy tak tahu ponnkelapa tak boleh minum sy pon bantai je minum setiap kali mkn mesti kene ade air kelapa sbb teringin yg teramat sgt … Satu sy jugak memilih tempat … Lps tu ade kawan mak bg tahu tk boleh minum smpai skrg dah msuk 5bulan bru sy berhenti dek kerana tkut pape jd kat bby .. Tp sepanjang minum alhamdulillah tkde kluar ap ap

  2. dari 1st peknen sampai la besalin saya minum air kelapa.setiap ari sekurang2nye 2 biji saya minum.alhamdulillah kulit anak bersih dan berseri2.thanks allah

  3. minum air klpa mmg bagus di usia 9 bln kndungn..pngalm sy ,sy amalkn di akhir2 dekt due date tu..mmg btl kulit ank jd bersih, cntik dan nmpk berseri2 wajah si mnja..air ketuban pon xdeklah keroh.. so better try.

  4. Kadang saya pelik,ada orang tua yang minum air kelapa sakit urat katanya…setakat ni saya tak ada rasa apa apa.Memang sedang kalau campur dengan gula melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge