Blog SuperMak


Salam, syukur alhamdulillah kini usia kehamilan saya hampir ke penghujung trimester ke 3, sekarang ini hanya menanti hari saja,  Doktor Cakap Get Ready! weeee~ tak sabarnya, saya pun dah start amalkan meminum Air Kelapa Muda.

air kelapa muda

Jangan tak tahu, air kelapa muda ini banyak khasiatnya selain ianya baik untuk Ibu Mengandung aka Hamil. Dikatakan dengan mengamalkan meminum air kelapa muda ianya dapat membersihkan badan dan kepala bayi dalam rahim.

air kelapa muda

Sekarang ni memang amalkan meminum air kelapa ni, boleh tahan juga ye harga kelapa, sebiji RM3.00, biasanya saya beli 3 biji, memang puas anak beranak minum air kelapa fresh, gula tak mau~

air kelapa muda

Makan pulak Isi kelapa tu, owhhhhh sedapppp

Selain rasa air dan isi kelapa yang sedap, hasil kajian mendapati air kelapa juga kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (antara 1.7 hingga 2.6 peratus) dan protein (0.07 hingga 0.55 peratus).

Bukan itu sahaja, air kelapa juga dipercayai boleh membantu mengurangkan demam campak dan mampu menurunkan suhu badan.

air kelapa muda

Saya hanya mengamalkan meminum air kelapa muda ini hanyalah pada usia kandungan trimester ke 3, awal-awal kehamilan saya tak berani nak minum sebab takut ianya akan menyebabkan keguguran, orang cakaplah….tapi air kelapa muda elok dan sesuai diminum apabila kandungan memasuki trimester ke 3, tapi ada yang kata takde apa efek apa pun minum air kelapa muda awal-awal, so terpulang pada individu itu sendiri. kalau saya, serius saya tak berani hihihi, trimester ke 3 baru saya mula amalkan.

- Tunggu hari je, owhhhlaahhh seksanya rasa, tak sabar hihihi ^__^

34 Thoughts on “Minum Air Kelapa Muda Semasa Mengandung

  1. Anonymous on September 5, 2013 at 12:09 am said:

    dari 1st peknen sampai la besalin saya minum air kelapa.setiap ari sekurang2nye 2 biji saya minum.alhamdulillah kulit anak bersih dan berseri2.thanks allah

  2. Tertiba bro mengidam nak minum air kelapa muda he..23x
    Bro Framestone recently posted..BerIsteri Rehat Tanpa IsteriMy Profile

  3. air kelapa sesuai utk mencuci buah pinggang…
    Travel-Zoom recently posted..Cheap Travel Websites – The Best of the BestMy Profile

  4. rindunya nak minum air kelapa kat malaysia…
    rasa nak balik je kejap…
    Wan Fauzi recently posted..Al-kisah Segelas AirMy Profile

  5. hersalina on January 8, 2013 at 6:32 pm said:

    minum air klpa mmg bagus di usia 9 bln kndungn..pngalm sy ,sy amalkn di akhir2 dekt due date tu..mmg btl kulit ank jd bersih, cntik dan nmpk berseri2 wajah si mnja..air ketuban pon xdeklah keroh.. so better try.

  6. sedapnya!!!! terliur tengok.
    mama adam recently posted..Pengalaman Masuk Tadika 2013My Profile

  7. dah lama plak tak minum air kelapa..kena plak dengan tauhu bakar. fuhh..mabeless..
    titan recently posted..Blog Popular di Kuala TerengganuMy Profile

  8. wahh sedap nya.. kalau minum waktu panas terik lagi sedap..huhu tgok pon dah terliur,
    Bagus juga sekali sekala minum air kelapa nie..
    Dunia Maklumat recently posted..BMI Dan SenamanMy Profile

  9. pekena pulak time cuaca panas… fuuuuhhh.. jeli kelapa pun best!!
    KiD recently posted..Surat BeranakMy Profile

  10. musim panas gini, lagi sedap pekena air kelapa muda ais… terangkat body!
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Cari JodohMy Profile

  11. Nenek kata, kalau minum air kelapa muda masa akhir mengandung, kulit anak jadi bersih berseri. Semoga dipermudahkan bersalin nanti.
    Rose recently posted..Day 2 Lexis Port DicksonMy Profile

  12. balik ni nak minum air kelapa muda jugak :p
    eliss recently posted..Dr Robiah K.Hamzah & Sehari di Bukit Merah WaterparkMy Profile

  13. nmpk sangat sedap lah air kelapa tuh
    Juan recently posted..Live Streaming AFF Suzuki Cup Malaysia vs Thailand 13 December 2012My Profile

  14. kak yan,jom DOWNLOAD Rahsia RM370,458.00 Dalam Masa 12 Bulan Melalui Internet!

    http://www.kuasainternet.com/hop.php?ref=syu90
    syu90 recently posted..iPhone 5 gadget impianMy Profile

  15. ooo..awal2 mengandung tak boleh lagi..
    wife baru 1 bulan, so kene tunggu lagi 6-7 bulan baru boleh minum air kelapa ni..
    tq kak atas info
    wanmus recently posted..Tiket PERCUMA Seminar Niaga 2013My Profile

  16. msa prgnat dulu ada minum, tp sekali minum kena gatal2 satu badan.huhu
    dysha sahhir recently posted..no signalMy Profile

  17. tepi rumah ada 2 pokok tengah berbuah lebat
    tadi adik datang dia ambil 2 biji tapi tertinggal kat tangga rumah…mmg rezeki kami berdua dgn intan lah..hihi
    Kujie recently posted..Ajarkan Aku Menulis Tajuk EntriMy Profile

  18. Kat kampung ne,tokwan tanam banyak pokok kelapa,selalu la makan buah kelapa muda sampai kadang-kadang berlungguk kulit kelapa ditepi rumah .Memah favorite
    Asrul recently posted..Cara Menguruskan BadanMy Profile

  19. saya ok je minum air kelapa masa mula2 mengandung pun kak :) sedap .. di terengganu baru2 ni , RM5 sebiji ..phewww~
    puanbee recently posted..Day 1 : Check in di The Legend Cherating ResortMy Profile

  20. Favorite air ni. Memang minum fresh terbaik. ini sekali beli terus minum 3 biji ke apa?
    Een recently posted..Nasihat Saya Kepada PenghutangMy Profile

  21. Yang tak mengandung pun sesuai dan bagus juga minum air kelapa muda ni…Good luck kak yan..no. 3 coming soon..dah pilihkan nama blom?

  22. sangat2 menyegarkan, ndaknya isi kelapa muda tu, akak memang suka air kelapa muda tapi dah tak larat nak mengandung sebab dah nak menopous hiks
    sweetkurma recently posted..sesuatu yang baruMy Profile

  23. sedap diminum ketika hari panas….
    faris recently posted..malaysia vs thailand 13 Disember 2012My Profile

  24. sedapnya kak, terasa macam nak pergi cari sekarang juga kelapa muda…
    En.Oren recently posted..Meja Disket Yang Menarik.My Profile

  25. air kelapa memang berkhasiat.. masa wife pregnant dl, selalulah saya mencari kelapa….
    melastik bintang recently posted..Pesanan Isteri Buat SuamiMy Profile

  26. kalau balik kampung memang puas minum air kelapa. pantang larang tu kurang ikutlah…
    Denaihati recently posted..Ajarkan Aku Menulis BlogMy Profile

  27. air kelapa memang sedap.. isi kelapa tu pun sedap jugak..
    Anarm recently posted..Batal Solat Salah Baca Al-FatihahMy Profile

  28. Kadang saya pelik,ada orang tua yang minum air kelapa sakit urat katanya…setakat ni saya tak ada rasa apa apa.Memang sedang kalau campur dengan gula melaka.

  29. Suka jugak minum air kelapa kadang-kadang .. :)
    anastasyea recently posted..Pakej Umrah Ziarah 2013My Profile

  30. sedapnya.. dapat pula minum time petang2 panas terik memang umphh! :-)
    djdanchef recently posted..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  31. Memang sedap minum air kelapa sebagai penawar. Awas jangan minum selepas mengambil ubat nanti jadi neutral kesan ubat.
    akubiomed recently posted..Sesalju salji di Taman Iklim Sederhana 4 MusimMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation