Drama Setia Hujung Nyawa Slot Akasia TV3

Salam, wahh lama juga blog ni menyepi ye, keadaan kesihatan yang kurang baik membataskan saya untuk mengupdate blog ini, tapi sebenarnya ada je pun intai-intai dari phone heeee, layan jom Drama Setia Hujung Nyawa Slot Akasia TV3 yang akan mula bersiaran pada 24 December 2012 ini nanti.

Drama Setia Hujung Nyawa Slot Akasia TV3

Drama 28 episode ini bakal menggantikan Drama Cinta Itu Milikku, drama Setia Hujung Nyawa dilakonkan oleh barisan pelakon seperti Nelydia Senrose sebagai Ersalina, Amar Ashraff, Raja Ema, Zila Bakarin, Hilal Azman, Talha Harith dan Bea Rameshan serta ramai lagi.

Sinopsis ringkas Drama Setia Hujung Nyawa Slot Akasia TV3

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Baca Selanjutnya di SINI

– Lama tak layan Adam Dan Hawa -..-“

You may also like

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge