Sakit Belakang dan Pinggul Semasa Mengandung

Salam, syukur alhamdulillah usia kandungan kini hampir 32 minggu, kejapnya masa berlalu, sekarang ni dugaan betul bila berada dalam Trimester ke 3, Sakit Belakang dan Pinggul Semasa Mengandung kali ini sangat luar biasa. Berbanding semasa mengandungkan anak-anak terdahulu.

Sakit Belakang dan Pinggul Semasa Mengandung

Sakit ini sebenarnya adalah perkara biasa terjadi kepada semua ibu-ibu mengandung, cuma beza sakit tu berlainan sedikit kot, ada yang biasa-biasa dan ada yang sakit sangat, hah tapi bagi saya kali ini dia punya sakit memang sangat luar biasa sob…sob..*tengah duduk menahan kesakitan*

Jom tengok apa penyebab Sakit Belakang dan Pinggul Semasa Mengandung, dan apa yang boleh kita lakukan :-

Sakit Belakang

Sebenarnya ianya disebabkan oleh hormon dan perubahan postur badan yang berubah selari dengan tumbesaran rahim. apa yang perlu dilakukan, berwaspadalah dengan postur badan anda dengan menegakkan bahagian pinggul dan elakkan daripada terlalu menyandar ke belakang.

Selain itu bersenam dapat mengurangkan rasa sakit tersebut, hemmm tapi kekadang memang tak larat nak bersenam pun, cuma mampu buat regangan badan aje hihihi tak larat.

Berenang adalah satu aktiviti yang terbaik untuk mengurangkan rasa Sakit Belakang dan Pinggul Semasa Mengandung, hemmm tapi…tapi…saya tak reti berenang hehee, saya tahu berkubang aje kikiki kelakarkan? berenang pun tak reti -..-“

Kadang-kadang Sakit belakang yang berterusan mungkin memerlukan rawatan daripada fisioterapis, ahli akupunktur, osteopati atau kiropraktor, apa pun kena rujuk pada yang pakar lah ye, mungkin juga ada Sakit belakang yang kadangkala berlaku mungkin disebabkan oleh kontraksi, di mana kesakitan pada bahagian ini mungkin terasa lebih lagi daripada bahagian abdomen.

Sakit Pinggul

Sakit pada bahagian pinggul ni yang tak menahan sebenarnya huhuhu, kalau dah baring tu memang tak boleh nak kalih ke sebelah kiri atau kanan, memang kena slow-slow, tak boleh nak sentap gitu je, rasa macam nak tercabut tulang pinggul uhukkk, Sakit pada bahagian pinggul juga dikenali sebagai penyelewengan fungsi simfisis pubis / symphysis pubis dysfunction (SPD). Ianya boleh menjadi lebih parah dan lebih teruk semasa menjalani aktiviti seperti memakai baju, mengangkat barang, berjalan, atau memanjat tangga. Sebab-sebabnya berbeza – ianya mungkin terjadi kerana hormon kehamilan membenarkan sedikit pergerakan pada tulang pinggul sewaktu kelahiran (terutamanya pada bahagian depan yang dikenali sebagai simfisis pubis, di mana dua bahagian utama pinggul bertemu) , ataupun kemungkinan berlakunya ketidakselarian pada tulang pinggul.

Rawatan Kesakitan pada bahagian pinggul, jom bagi ibu-ibu yang mengandung yang mempunyai masalah seperti saya, boleh mencubalah tip-tip berikut untuk mengurangkan kesakitan :

• Berehatlah pada selang-selang masa yang tertentu.

• Sentiasalah tukar posisi anda.

• Elakkan daripada bersandar ke satu arah, dan sentiasalah tegakkan badan anda ketika berdiri, duduk, ataupun berjalan.

• Jika anda bekerja dalam keadaan duduk atau berdiri, menukar posisi adalah sangat penting.

• Cuba letakkan pek ais selama 15-20 minit pada bahagian yang paling sakit.

• Pakailah kasut rata yang mudah dipakai.

Sumber Rujukan : Drypers.com.my

– Ok rest -..-“

Written by

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

25 comments / Add your comment below

  1. salam kenal 🙂

    Saya skang dah nak masuk 38weeks.

    Oh.makin menjadi2 pula sakitnya..kadang sampai nak berdiri tegak pun tak boleh..lately sbb byk buat kerja2 rumah..maklumlah ..kemas2 ape yg patut sebelum bersalin hehe..

    Btw, good info! 🙂

  2. Sakit juga di bahagian punggung. Belakang so far ok. Seriau ja sbb tak pernah rasa gini, maybe sbb kali ni perut sgt besar.. Kena cari ice pack ni. Thanks

Leave a Reply

CommentLuv badge