Resepi Puding Roti Coklat Chips

Salam, syukur line internet dah laju semula macam F1 heeee, rupanya ada masalah kabel di luar rumah, oklah nak share Resepi Puding Roti Coklat Chip, 3 orang rakan kat Facebook minta saya share resepi ni.

puding roti coklat chip

Sebenarnya resepi ni adalah resepi yang saya olah sendiri, maksud olah tu, buka peti tengok apa yang ada, dan itulah yang terhasil heheeee.

Jom tengok apa bahan-bahan untuk membuat Roti Coklat Chip ni :-

  • 1 buku roti yang panjang tu, yang dah dislice2, hemmm macam mana nak cakap ye??, takpelah janji namanya roti pun boleh heheee, tapi nak sedap guna roti yang tebal tu, tak macam roti gardenia nipis2 kan?
  • *Susu Dutch Lady Full Cream *tapi terpulang nak guna susu jenis apa* sebab saya guna bahan apa yang ada dalam peti.
  • *1 Sudu Esen Vanilla
  • *1 1/2 Cawan Gula
  • *3 Biji Telur
  • *2 Sudu Besar Majerin
  • Coklat Chips suka hati banyak mana *anak2 suka jadi saya letak banyak*

Cara-cara Menyediakan Bahan

  • Satukan semua bahan bertanda * dan blender semua bahan tersebut bersama
  • Oleskan Loyang pembakar dengan Majerin agar tidak melekat nanti
  • Potong-potong/carik-carikkan roti tersebut dan letak dalam loyang pembakar tersebut.
  • Tapis terlebih dahulu bahan yang telah diblender tadi dan kemudian curahkan keatas roti tersebut
  • Taburkan Coklat Chips, ikut suka hati nak banyak mana.

Cara Memasak

  • Mula-mula panaskan dahulu oven pada suhu 200 darjah selama 2-3 minit
  • Kemudian masukkan puding roti tersebut dan bakar pada suhu 180 darjah dan bakar selama 40 minit.

Dan inilah hasilnyaaa…..

puding roti coklat chips

Serius saya tak tipu, hasil puding roti ni memang sedap, lemak berkrim, manis pun sedang elok, dapat pulak gigit cekelat cip tu memang chruncy kat mulut, dasar puding lembut dan atasnya chruncy.

Petang tu juga habis kami makan anak beranak hihihi, seronok tau sebab ngam dengan tekak suami dan anak-anak.

*Gambar sumber instagram saya, jangan lupa follow hihihi

 

Written by

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

17 comments / Add your comment below

Leave a Reply

CommentLuv badge