Resepi Puding Nenas Markisa

Salam, tengah-tengah sarat pun boleh lagi gigih buat itu ini, ntahlah semakin dihujung kehamilan ni semakin aktif pulak jadinya, tapi takpelah sebab “Keaktifan” tu memang diperlukan dihujung-hujung kehamilan agar dapat memudahkan proses kelahiran nanti, insyaallah, so dah rajin tu mari, buka peti buat apa yang ada dalam peti, so terhasillah Resepi Puding Nenas Markisa hihhii, layan~

puding nenas markisa

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat puding nenas markisa ni takdelah rumit mana nak cari dan sediakan, jom saya kongsikan resepi puding ni, alhamdulillah anak-anak dan suami memang lalu sangat makan puding ni, ringan je kat mulut.

puding nenas markisa

Bahan-bahan puding nenas markisa

  • 1 Peket Agar-agar
  • Susu Penuh Krim Dutch Lady, *terpulang pada anda, susu cair pun boleh*
  • Gula Agak-agak banyaknye, suka manis boleh letak lebih.
  • Nenas dalam tin
  • Air untuk rebus agar-agar, *agak-agak*
puding nenas markisa

Cara Masak/menyediakan

  • Rebus agar-agar sehingga cair, masukkan gula dan susu, air sirap nenas dalam tin tadi
  • Dah sebati semua dan mendidih, tutup api
  • Tuang agar-agar tersebut kedalam bekas dan tapis, kemudian biarkan sejuk.
  • sementara nak sejuk tu, time agar-agar tu dah nak lembut, taburkan diatasnya nenas yang telah dipotong kecil-kecil
  • letakkan diatasnya buah markisa
  • Sejukkan dalam peti sekejap dan sedia untuk dihidang

puding nenas markisa

Buah Markisa, Cikmin yang bagi hari tu

puding nenas markisa

Ehemmmm….nilah dia Puding Nenas Markisa, habis licin tak sangka pulak Suami pun layan puding ni heheee, memang mengena betullah gabungan puding tu dengan nenas dan markisa, rasa masam manis.

*Pics taken from iPhone4S

– Tengah fikir nak buat menu apa untuk aiman bawa besok ke jamuan tadikanya~

Written by

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

24 comments / Add your comment below

  1. nenas kalau makan banyak memang gatal lidah hehe. tapi puding nenas ni buat saya terliur sangat-sangat ni! lagipun dah lama tak makan nenas mentah, kalau buat gulai ada nenas ke memang saya tak makan hehe
    Filem Feed recently posted..Strawberi CintaMy Profile

  2. sedapnyer kalau dimakan sejuk2…terliur plak tgk..heheh

    akak..nak mintak tlg support pjaz dlm contest iphone5 gadjet impian..hanya klik button g+ di entri atau di side bar sblh kanan.. TQ ^^http://www.cikpjaz.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html
    pjaz recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge