Salam, baru-baru ni saya ada buat Kuih Bakar Untuk Minum Petang, 1st time buat kuih ni, boleh tahan jugaklah rasanya, resepi saya ambil dari internet, google aje ye, dah lupa sumber utama resepi ni huhuhu, tapi nak buat tu mudah sangat-sangat, bahan pun tak rumit mana nak cari, pendek kata bahan memang kebiasaannya ada kat rumah.

kuih bakar

Antara bahan yang digunakan seperti diatas, tapi saya buat ni tak berapa nak manis pulak, sebab gula tu duk main agak-agak aje, mujurlah saya tabur coklat rice diatas kuih bakar ni, dapatlah menambah rasa manis dalam kuih bakar ni, next time kena tambah lagi sedikit gula hihihi. Tapi myhero-hero tak komplen tu, maybe manis tu dah sesuai dengan citarasa diorang…saya pulak yang tak berapa nak rasa manis hahahaaa, maybe sebab pembawaan budak kot, coz since preggy anak ke 3 ni, saya memang gemar memakan makanan yang manis-manis huhuhu, mujurlah tak kena penyakit kencing manis semasa mengandung ni, syukur.

kuih bakar

Cara membuat Kuih Bakar :-

Campurkan aje kesemua bahan-bahan (dalam gambar) tersebut dan blender sehingga sebati, oh ye marjerin letak 2 sudu besar ye, dan daun pandan diblender dahulu dan diambil patinya, pati daun pandan yang dalam mangkuk putih kat dalam gambar tu.

Dah siap blend tapiskan dan tuang kedalam loyang pembakar, sebelum tu oleskan loyang dengan marjerin agar tidak melekat dibahagian bawah kuih tu nanti.

Bakar dalam suhu 180 darjah dalam masa 40 minit, dan agak-agak bila kuih tersebut dah mula nak masak barulah taburkan coklat rice tersebut.

Senang aje kan nak buatnya?? dan inilah hasilnya~

kuih bakar

Makan sejuk-sejuk memang best~

kuih bakar

Budak yang tak berapa nak kecik ni duk puji-puji  sedap hihihi, bab memuji memang serah ke dia kikiki, pandai betul dia amik hati ibu 😀

– Rasa macam dah sarat sangat, tak larat dah nak buat meriah-meriah~

*Pictures taken from iPhone 4s

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

16 thoughts on “Resepi Kuih Bakar Untuk Minum Petang”
    1. Moden lah kot bakar kat oven hehee, actually kuih ni atas pilihan kita nak atas dan bawa kuih tu agak hangus/garing sedikit kena bakar lebih masa biar sampai agak garing dan berkedut2, sbb saya plan nak letak coklat rice tu so bakar sampai masak aje, xbiar sampai garing/hangus 😀
      yanmie recently posted..Resepi Kuih Bakar Untuk Minum PetangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge