Raja Ema Dalam Drama Terlanjur Cinta Slot Ratu TV9

Salam, rata ramai yang dah tahu bahawa pelakon cantik manis Raja Ema membuat kemunculan semula, gambar terbaru Raja Ema pun dah keluar di Majalan Nona, perghhh~ mengancam habis, terkini Raja Ema Dalam Drama Terlanjur Cinta Slot Ratu TV9, ok memang tak sabar nak tengok~

gambar raja ema terbaru

Ce tengok…lain sangat kan? memang slim betul lah, muka dia nampak lagi muda dari sebelum ini heheee, cun sangat hiks!, saya memang meminati beliau dari dulu lagi, ni dah lama tak berlakon macam manalah agaknya lakonan terbaru Raja Ema ni nanti ye??, pasti ramai yang tak sabar nak tengok penampilan terbaru beliau, penampilan yang lebih cantik dan bergaya.

drama terlanjur cinta

Ok bercerita tentang Drama Terlanjur Cinta Slot Ratu TV9, sebelum tu jom baca sinopsis Drama Terlanjur Cinta Slot Ratu TV9 :-

Drama Terlanjur Cinta ini mengisahkan tentang cinta Nia yang dilakonkan oleh Saleha, Nia sangat meminati Fareth lakonan Aqasha yang mana merupakan anak orang kaya, dan seterusnya beliau menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.

Fareth sering mengambil kesempatan diatas kebaikan yang Nia berikan, dan Nia juga sememangnya sukakan Fareth tetapi perasaan tersebut hanya dipendamkannya di dalam hati.

Setelah Nia menamatkan pengajian, Nia telah mendapat pekerjaan di Syarikat yang dimiliki oleh keluarga Fareth, dan Fareth juga cuba untuk menggoda Nia namun ada seringkali tidak berjaya.

Oleh kerana Fareth mempunyai niat yang buruk dan tidak baik kepada Nia, maka Fareth mempunyai niat untuk mengenakan Nia, sehinggalah Fareth akur dan terpaksa unutk berkahwin dengan Nia apabila mereka telah ditangkap khalwat.

Bermulalah dari detik hitam tersebut, Nia dilayan dengan buruk bagaikan sampah oleh Fareth, dalam masa yang sama kemunculan Amanda lakonan Marsha telah menambahkan luka dan duka Nia.

Apakah kesudahan Drama Terlanjur Cinta ini?, sama-samalah kita saksikannya nanti bermula 20 November ini pada setiap hari Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam.

 - Cantik betul Raja Ema, sekali pandang macam Eja pun ada :D

6 Comments on Raja Ema Dalam Drama Terlanjur Cinta Slot Ratu TV9

  1. donnyien
    November 19, 2012 at 4:09 am (2 years ago)

    dulu-dulu memang minat sangat tengok drama sebelum khawin…
    donnyien recently posted..Blogger yang sombongMy Profile

    Reply
  2. Bro Zulkbo
    November 18, 2012 at 11:01 pm (2 years ago)

    Salam semua..
    Saya ingin memanjangkan satu sumber SMS hari ini : Pemimpin Hizbullah, Syed Hasan Nasrallah meminta semua muslim seluruh dunia untuk membacakan surah Al-Baqarah ayat 26-27 dan surah Yunus ayat 85-88 pada malam ini, Terima Kasih.
    Bro Zulkbo recently posted..Untuk Mu Palestine : La Tahzan!My Profile

    Reply
  3. eiyda
    November 18, 2012 at 5:21 pm (2 years ago)

    jalan cerita macam Novel laa tp xsure tajuk apa.. kn tangklap khalwat pastu kawen n lelaki tu jahat last2 dorang baik balik.
    eiyda recently posted..Kahwin, KelahiranMy Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge