Pulut Durian

Salam, wiken baru ni kami berkesempatan untuk balik kampung di Jengka 13, alhamdulillah dapat pekena Pulut Durian, memang musim Durian kan sekarang ni?, oh ye bukan durian aje, rambutan dan manggis pun ada, cuma manggis tu tunggu lagi seminggu baru masak elok kot, memang meriahlah, lagi-lagi sepanjang perjalanan balik kampung, sana sini orang duk jual Durian kat tepi-tepi jalan.

Pulut Durian

Dan Alhamdulillah dapat juga pekena Pulut Durian dari Mak Mertua, menu sarapan pagi yang sangat BEST bila time musim durian ni, tidak lain tidak bukan dah semestinya Pulut Durian.

Pulut Durian

Durian pulak memang fresh baru gugur dari pokok, memang meriahlah durian kat kampung ni, pak mertua amik dari ladang, nak makan sampai tak larat hihihi, mujur jugalah saya tidak ada masalah sepanjang makan durian kat kampung, mana tidaknya memang makan banyak pun huhuhuu~

durian

Durian Crepe~ LOL

– Mood nak masuk sarang je ni kuikuikui

Written by

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 comments / Add your comment below

Leave a Reply

CommentLuv badge