Makanan Semasa Dalam Berpantang

Salam, sekarang ni tengah nak survey Makanan Semasa Dalam Berpantang, bukan boleh main taram je nak makan apa hihihi, pemakanan semasa dalam berpantang sangatlah penting untuk menjaga kesihatan ibu lepas bersalin tersebut. Jadi apakah menu yang sesuai untuk dimakan semasa dalam berpantang?

nasi ikan bakar

Masa berpantangkan Aiman dahulu saya dijaga dengan penuh kasih sayang dan rapinya oleh mak mertua, bab-bab pemakanan memang dititik beratkan, tak boleh sebarang makan, terima ajelah apa yang dihidang heheeee, memang berpantang sungguh-sungguh ni.

Masa berpantangkan Haziq pulak, Mak saya yang tercinta jaga saya dalam pantang, masa tu bersalin di kampung Sabah, cara berpantang lebih kurang sama aje, cuma blah Mak saya ni pantang tak ketat sangat, pendek kata kalau teringin nak makan menu lain boleh request hihihi, mak saya jenis moden sikit, janji makanan tersebut tidak gatal dan sejuk semua boleh layan~

Antara menu yang pernah dihidangkan oleh mak mertua dan mak saya semasa saya dalam pantang antaranya iaitu :-

  • Nasi Putih – Of courselah kan, sikit je tau, dah habis tak boleh tambah-tambah lagi *ok seksa hahaha*
  • Ikan Goreng Gelama – Yang ni hari-hari makan pun tak bosan
  • Gulai Ikan – *tak tau nama ikan tapi ikan besar2 tu*
  • Ikan masin/kering tenggiri – Goreng campur bawang dan cili sikit
  • Sup Ayam
  • Bubur Ayam
  • Ikan Bakar
  • Ikan Bilis, bawang, lada hitam
  • Air – Air kosong dan Milo, air lain tak boleh kuikuikui

Untuk kandungan kali ini insyaallah saya akan berpantang dirumah sendiri iaitu di Klang, Mak akan datang untuk menjaga saya berpantang disini, sebab time ni anak-anak dah mula bersekolah, so nak tak nak kena berpantang dirumah klang ni.

Jadi yang merisaukan saya, takut saya deliver awal dari tarikh yang dijangka, tiket flight mak pula dah dibeli awal, maybe kalau saya deliver awal pun dalam seminggu macam tu dari tarikh mak dijangka tiba di semenajung ni, jadinya saya kena survey dahulu apakah Makanan Semasa Dalam Berpantang yang boleh dimakan selain menu diatas?, dan sudah tentunya en.hubby saya yang akan menjaga pantang saya sebelum mak sampai kesini..wahhh?? macam manalah gamaknye ye heheee

– Mohon rakan-rakan share menu untuk berpantang, terima kasih~

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

13 Replies to “Makanan Semasa Dalam Berpantang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge