Salam, hujung minggu ni Kemas Barang Keperluan Bersalin Bayi, Ibu Semasa Di Hospital nanti, barang maknye takpe sumbat je apa yang patut heheee, ni kemas pun sebab en.hubby duk asyik tanya je dah kemas ke belum barang nak bawa gi hospital nanti nnggee~
Maklum ajelah perut pun dah start sakit-sakit, insyaallah dalam masa lebih kurang sebulan jika diizinkan oleh-NYA, lahirlah seorang lagi khalifah Allah dimuka bumi ini, kejapnyaaa masa berlalu kan? hiks berdebarnyeee heeee.
So dah kemas barang-barang baby ni, sempat juga saya buat checklist ^__^
- Baju baby 4 helai – lengan panjang 1, lengan pendek 2, newborn baby romper
- Blanket 1x
- Tuala mandi 1x
- Saputangan 1x
- Barut (binder) 1x
- Mitten & Booties
- Stokin newborn
- Topi
- Pampers 10 helai, biar lebih hehee
- Mandian & Wangian
- Tisu Basah
Tu jelah kot barang keperluan untuk si baby di hospital nanti, tak perlu bawa banyak sangat, nak pergi bersalin aje pun bukannya nak pi bercuti hehee, kalau barang tak cukup suh je hubby balik ambil, 10 minit je dari rumah, tapi rasanya memang dah cukup sangat barang-barang kat atas tu, lagi pulak kalau ikutkan yang sebetulnya tak bawa set mandian pun takpe kot sebab baby nanti diorang tak mandikan *dulu lah, sekarang tak tau* heeee~
Ok Barang keperluan untuk si Ibu pulak~
- Buku Merah (buku ibu mengandung), IC
- Blouse & Skirt Labuh 1 helai untuk pakai time nak balik
- Kain Batik 2x *kotlah perlukan nanti*
- Pad 6-10 helai, bawa lebih takpe, ringan je hihihi
- Maternity Panties 4-6 helai dah memadai, nak senang bawa yang pakai buang punya, tapi saiz saya susah nak cari kot hahaha
- Nursing Bra dan nursing pad 2x
- Tuala mandi 1x
- Set Mandian/bedak/sikat/deodorant
- Selipar *tak bawa sebab pakai sandal je*
- tudung 2x
- Charger handphone/ipad *Takde lah bosan nanti*
- Gelas + Milo 3 in 1/biskut *bosan2 layan tu pun sedap jugak*
Dah alang-alang tu, Ok Barang keperluan untuk si Ayah pulak~
- DSLR untuk rakamkan gambar fresh si baby
- Dokumen peribadi untuk urusan pendaftaran/keluar wad
See barang keperluan si Ibu yang terlebih banyak ni hahahaaa, barang baby tu sikit je, muat dalam 1 beg galas aje pun hihihi.
*Pic taken from iPhone4S
– Ada apa-apa tambahan lagi tak ye? ke ada list atas yang tak perlu untuk dibawa?
This is very useful for my research. Thank you. Hope to hear more from you soon. 🙂
eheheh saya suka gambar yani.. cantikkkkkk
MamaAlya recently posted..Kenapa Wanita Hamil Kena Makan Vitamin Prenatal
Lagi 3bulan menanti dengan penuh debaran.. thanks kak sharing checklist.. kali pertama dah ada checklist, ni kali kedua checklist makin bertambah huhu
Ummu Atikah recently posted..Alternatif Kalsium Untuk Anak yang Lepas Menyusu Badan
Memang bagus ada bantuan checklist macam ni
Terima aksih kak
Mazni Azmi recently posted..Beli Tudung Labuh Koshibo Dari Sabah
penting ni checklist ni..especially utk org cam saya yang tengah tunggu hari je..:)
Mummy Dina recently posted..Teknik ‘Tepuk-Tepuk’ Bantu Redakan Batuk dan Selesema Bayi
Persediaan awal memang memudahkan
Hafiz recently posted..Tips Mengurangkan Penggunaan Air
thanks berkongsi.. 🙂
tumpang lalu ye tuan tanah..
saya ada menjual set ingin hamil, menyusu, berpantang dan set kecantikan 🙂
http://thevitamom.blogspot.com
http://facebook.com/vitamom
banyak gak barang kena sedia ye kak yan.. 🙂
Aya recently posted..Tips 6 : Jika Anda Jumpa Doktor
hheee hari tu xdan bawa apa2 masuk labour room, coz emergency czer, guna spital punya semua, lepas baby lahir baru pakaikan baju baby sendiri, pempes pun rasanya kalau xbawa xpe sebab diorang bagi goodies dari drypers, huggies, pet2..macam2 lagi..tapi tengok spital jugak kot, tapi biasanya diorang bg.
yanmie recently posted..Penkek Vanilla Comel
Memang banyak barang bawa ni. Nasib baik kak yan prepare awal awal.
Kalau tidak kalut juga ni
Emergency nak cari semua ni.
Mazni Azmi recently posted..Waktu Subur Wanita 4 Cara Untuk Hamil Cepat Dan Berkesan
memang kena kan…siap2 letak dalam but kereta… senang kan.. in shaa ALLAH, moga d permudahkan ye..
kayna recently posted..Ada apa dengan Kuantan?
maternity pad ker dlm list tu?
igt lagi wife ejam pakai yg pad bertali tu katanya sesuai utk org baru bersalin sebab lebar dan besar.
nanti yan jgn lupa cakap nak susukan baby susu badan yer.
syukur sangat2 time sambut haq dulu doktor dan nurse terus bagi haq kat wife untuk susu badan.
yep maternity pad, insyaallah memang nak susukan anak sepenuhnya, biasanya lepas bersalin, lepas jahit2 semua tu misi akan bagi baby pada ibu untuk disusukan. bukan time sakit kena jahit time tu diorang nk bg baby susu, dah setel diorang akan beri baby terus pada ibu untuk disusukan.
yanmie recently posted..Adam Dan Hawa Episode 56
kes haq dulu time wife tgh dijahit diorg bagi haq untuk disusukan…apa ke pelik punya perangai nurse hospital machang tu..tapi disebabkan syukur dan gembira tengok haq wife cakap memang tak fikir sakit dijahit tanpa bius tu pun.
ejam recently posted..Senang Berurusan Terus Dengan PosLaju.
Wife saya pun mula beli barang persediaan bersalin.
Mus recently posted..Nikon D7000 Bergabung Dengan Nikon D60
Memang elok buat persediaan awal. Terbaik. Kalau jadi apa apa pund ah bersedia
Hasnul Mutawif recently posted..Pakej Umrah 2014 2015 Andalusia Travel and Tours
wah.. dah siap semua! sy barang baby semua dah complete beli dah.. cuma tak basuh lagi.. hehe.. samalah kak wet tishue ngan toiletries kita.. 🙂
madammondoq recently posted..Madam Dah Stop Blogging Ke?
alhamdulillah dah siap semuanya. mudahan semuanya dipermudahkan.
Denaihati recently posted..iPhone 5 Gadget Impian Cabaran Bermula
tak perlu risau semuanya dah lengkap..
donnyien recently posted..Blogger yang sombong
wah, cukup lengkap persediaan ye
rozuan recently posted..2012 Tahunku Yang Kacak
Persediaan yang rapi. Tag nama pemilik bag/bakul sudah letak? 🙂
akubiomed recently posted..2012 Tahunku Yang Kacak
barang baby dah siap, keperluan ibu semasa pantang jangan diabaikan. Ok, semoga selamat semuanya
yangbaik recently posted..Mengintai Aktiviti di Hujung Minggu
semuanya dipermudahkan yea…amin…
first time peluk baby rasa bahagia sgt…husna dulu sarung tangan dan sarung kaki tak padan, ketat…cian dia…sbb montel…nasib bawa yg besar sket…hik3….
syamila recently posted..Mini Zoo Kuantan
Insyaallah Amin…TQ kak.
Oh baby besar ye?, ni next week scan lagi nanti nak tengok berapa berat baby 😀
yanmie recently posted..Checklist Barang Keperluan Bersalin Bayi, Ibu Semasa Di Hospital
Tak sabar nak tengok anak menakan new born nanti. Apa2 bagi tau yea.
Azie recently posted..Paint dan Colouring
Insyaallah Mak Njang 😀
yanmie recently posted..Checklist Barang Keperluan Bersalin Bayi, Ibu Semasa Di Hospital
hahah DSLR pun ada ke ?
skrg baby di mandikan kak.. anak2 bee semua diorang mandikan , tp guna maindian hospital .. pastu baju , lampin n pampers je diorang mintak buat permulaan ..
puanbee recently posted..Pengalaman mengandung , alahan dan proses bersalin 3 anak
Lama betul akak tak bersalin bee hahaha mana nak tau sekarang diorang mandikan baby. elok gak ler sedap sikit nak cium baby nanti heheee 😀
yep baju, lampin tu memang 2 benda je diorang minta, blanket diorang guna diorang pnya, tapi takkan tak bawa plakkan, nnti anak nak selimut apa balik nanti, kesejukan wooo
DSLR wajib insyaallah 😀
time anak-anak dulu snap guna handset nokia cokia je, xclear heheee 😀
yanmie recently posted..Checklist Barang Keperluan Bersalin Bayi, Ibu Semasa Di Hospital
haa mengidam nak ambik gambar baby guna DSLR ye … ye lah .. lepas diorang dah mandikan baru pakaikan baju blanket segala .. eii tk sabar lak tunggu baby hahaa
puanbee recently posted..Pengalaman mengandung , alahan dan proses bersalin 3 anak
tak sabar tunggu baby akak ke baby bee? heheee 😀
yanmie recently posted..Checklist Barang Keperluan Bersalin Bayi, Ibu Semasa Di Hospital
baby akk le ..tk kan baby bee pula .. baby tua dah ada nih hahaa
puanbee recently posted..Pengalaman mengandung , alahan dan proses bersalin 3 anak
insyaallah Bee, doakan semuanya baik2 saja ye, insyaallah sikit masa lagi, akak pun tak sabar ni 😀
yanmie recently posted..Checklist Barang Keperluan Bersalin Bayi, Ibu Semasa Di Hospital
amin kak ..
puanbee recently posted..Pengalaman mengandung , alahan dan proses bersalin 3 anak