AEON Jusco Member Card Day 2012 (J Card Day 7 & 8 November)

Salam, baru balik dari Klini, singgah AEON Jusco Member Card Day 2012 (J Card Day 7 & 8 November)Β Bukit Tinggi Klang, perghhh giler ramai betul umat manusia kat Aeon Jusco tu seawal pukul 9.30 pagi lagi, kemain semangat lagi diorang nak bershopping, mana tidaknya memang berbaloi betul shopping time members card day ni, harga barang memang mampu miliklah, less sehingga 70%.

aeon jusco members card day

Troli memang habis, saya dan anak nak shopping pun tak jadi, tengok aje betapa ramainya, memang sesak, kat dalam lagi ler tak boleh nak bergerak troli tu, ni baru kat tingkat bawah, belum tingkat yang atas-atas lagi huhuhu, nak-nak pulak awal bulan macam ni memang orang tengah “Berduit” πŸ˜€

aeon jusco members card day

Nak masuk pun dah beratur panjang, belum shopping lagi kat dalam tu, belum nak bayar lagi hihihi, tak sanggupppp makcik!

aeon jusco members card day

Yang kat luar-luar ni pun dah sesak, tapi memang murahlah cadar2, bantal segala huhuhu, yang harga 300 lebih saya tengok tinggal seratus aje, murah betul!, nak beli tapi macam tak perlukan pun, lagi pulak kat cashier ni beratur panjang orang bayar -..-“

aeon jusco members card day

Dia rambang mata hihihi~

aeon jusco members card day

Beli Muffin, anak teringin kuikui

aeon jusco members card day

Cheesecake , daku teringin, beli 3 rm9.90 memang murah!

aeon jusco members card day

Pelbagai aneka jenis, rambang mata jadinya, tapi tahan-tahan juga nafsu ni sebab kena minum air gula lagi untuk kali ke 2 nanti pada 16hb, hampeeehhhhhh betul!!!

aeon jusco members card day

Sudahnya beli roti, kek, dan muffin aje hihihi, sebab kat kaunter ni jelah yang tak ramai orang .

Oklah untuk sesapa nak pergi keΒ AEON Jusco Member Card Day 2012 (J Card Day) ni, masih ada masa hari ini dan besok, selama 2 hari 7 & 8 November bermula dari 9.00am – 11.00pm.

– Nak shopping barang baby tapi semua dah beli πŸ˜€

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

21 thoughts on “AEON Jusco Member Card Day 2012 (J Card Day 7 & 8 November)

  1. Pingback: Homepage

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge