Perut Mengeras Ketika Hamil – Braxton Hicks Contraction

Salam, ehhhh dah masuk Trimester ketiga rupanya, kejapnya masa berlalu, sekarang ni duk rasa perut asyik mengeras aje, Perut Mengeras Ketika Hamil atau lebih dikenali sebagai Braxton Hicks Contraction adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada Ibu Mengandung terutamanya bila masuk ke Trimester ke 3.

perut mengeras ketika hamil - Braxton Hicks Contraction

Cuma harus dikenal pasti sama ada ianya contraction hendak bersalin ataupun sekadar contraction biasa. Apa yang saya alami sekarang ini hanyalah contraction biasa kerana belum lagi masanya untuk melahirkan.

perut mengeras ketika hamil

Perut Mengeras Ketika Hamil – Braxton Hicks Contraction biasanya berlaku selama 40-60 saat, tak lama pun, ianya tidak terjadi secara terus menerus dan tanpa disertai rasa sakit cuma kadang-kadang jelah rasa tak selesa sebab perut tiba-tiba mengeras :D

Contraction ini bukanlah contraction tanda melahirkan anak, melainkan keadaan contraction yang timbul kerana menegangnya rahim dan berserta rasa sakit yang kerap, contohnya dalam sejam 4-5 kali sakit contraaction.

Kadang kala hanya disebabkan ada sentuhan pada perut pun boleh jadi mengeras juga perut ni, posisi juga boleh membuat keadaan contraction ini berlaku, apa yang perlu dilakukan semasa Braxton Hicks Contraction ini berlaku, Ibu Hamil haruslah dalam keadaan rileks, bernafas dalam-dalam dan perlahan-lahan, ubah posisi duduk/baring, dan yang penting kena minum air masak, kerana ianya membantu untuk melegakan perut yang mengeras tadi (Braxton Hicks Contraction).

- Pheww~ tak lama dah ^__^

 

22 Comments on Perut Mengeras Ketika Hamil – Braxton Hicks Contraction

  1. Mazni Azmi
    April 30, 2014 at 11:28 pm (4 months ago)

    Rasa rindu mengenang saat baby bergerak dalam perut.

    Lepas ni rasa sunyi sebab masa buat kerja di pejabat. Babay dah tak de dalam rahim.

    Lagipun orang mengandung kan dapat layanan istimewa. Berdiri pun ada orang beri tempat duduk
    Mazni Azmi recently posted..Set Kurus Shaklee Bulan Puasa Cara Makan Dah Tukar?My Profile

    Reply
  2. darlinah
    April 3, 2013 at 7:06 pm (1 year ago)

    Tq..

    Reply
  3. YouInformation
    October 12, 2012 at 1:56 am (2 years ago)

    Semoga kak dan bayi kak sihat sihat bila kuar nanti…

    Reply
  4. hatiputera
    October 11, 2012 at 12:29 pm (2 years ago)

    Kata orang kalau mengeras tu baby kat dalam bergerak tetapi perkara biasa jer tu bagi ibu-ibu mengandung.
    hatiputera recently posted..Daftar BR1M 2.0My Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge