Salam, semalam merupakan pengalaman baru bagi saya iaitu Minum Air Gula Semasa Hamil, semasa mengandungkan 2 orang anak dahulu, saya tidak pernah minum air gula ni, kandungan kali ke 3 ni pertama kalinya dapat merasa Air Gula. itupun disebabkan berat badan saya naik mendadak dalam masa sebulan.

minum air gula

Ujian Meminum Air gula adalah untuk mengesan tahap gula dalam badan bagi mengesan penyakit kencing manis semasa hamil. Saya sendiri tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis ini, saya  disuruh minum pun sebab doktor risau berat banyak naik mendadak, dikhuatiri menghidap kencing manis semasa hamil, tetapi kebiasaannya ibu mengandung yang tidak mengalami kencing manis sebelum hamil ini, mereka hanya menghidap kencing manis hanya untuk sementara semasa hamil, berbeza dengan ibu mengandung yang sebelum ini menghidap penyakit kencing manis, dikhuatiri akan melarat dan akan memberikan kesan kepada bayi.

Sebut sahaja Air Gula mesti ramai ibu-ibu mengandung yang bagi feedback tak berapa nak best, ramai juga yang saya tanya tentang pengalaman meminum air gula ni heheee, maklumlah tak pernah minum sebelum ni, so nak tahu juga cerita dari rakan-rakan yang dah pernah minum, rata-rata memberikan feedback…eiiyyuucckkk manis sangat, lekat kat tekak, rasa nak muntah, macam-macam lagilah.

Jadinya semalam…jeng…jeng…jeng….

nombor

No giliran saya, cantik kan?? ^___^

Setelah berpuasa dari 10 malam sehinggalah keesokkan harinya, pukul 9.20pagi saya di arahkan oleh nurse untuk minum air gula, tapi sebelum tu nurse ambil darah saya dan cek tekanan darah, dan kemudian barulah minum air gula kuikui (punyalah nak rasa air gula, sekali amik koooo hahahaaa dapat gak merasa)

minum air gula

Inilah dia Air Gula untuk saya, sebelum minum ni, ada seorang mak budak ni bercerita tentang pengalaman dia meminum air gula, katanya sejak mengandung anak pertama lagi dia dah biasa minum air gula, tetapi semuanya tak pass sebab lepas minum mesti nak muntah heheee, saya pun apa lagi jadik berdebar hahahaa.

Tapi alhamdulillah dengan sekali nafas sahaja saya berjaya menghabiskan air gula tersebut, bukan apa takut berhenti-henti kang tak boleh nak telan, ada seorang mak budak tu sampai nak termuntah, merah-merah dah muka dia. Bagi saya   Air Gula ni takdelah seteruk mana yang mereka gambarkan, ceeewaahhh…Air gula ni memanglah manis, tapi bagi saya kena rilek dan berani menerima apa jua rasa air gula tu hahahaaa. Lepas dah minum Air Gula secawan tadi, kena puasa lagi 2 jam sebab lepas 2 jam tu darah akan diambil lagi sekali.

scan baby

So sementara menunggu 2 jam tu, saya teruskan dengan 1 sesi lagi iaitu Scan Baby, alhamdulillah baby sihat kata doktor. Masa scan tu doktor cakap dengan nada happy sesangat….hahahaa, dia cakap “ehhhhh i like lah ur baby, aktif dia ye, bergerak macam menari2, suka lah” ^___^

Lepas scan tadi, cukup 2 jam minum air gula tadi, saya ke Makmal untuk diambil darah lagi sekali, pheww~ ok dah lali dah dengan jarum-jarum ni heheee.

Wanita yang berisiko menghidapi diabetes/kencing manis semasa hamil

Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :

  1. Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat gejala tersebut.
  2. Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu.
  3. Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg
  4. Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kg adalah berisiko tinggi.
  5. Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’ adalah mempunyai risiko tinggi.

– Hari ni nak basuh baju baby yang masih berbau kedai, excited :D

23 Thoughts on “Pengalaman Minum Air Gula Semasa Hamil

  1. Ngeri btol bila teringat pengalaman minum air gula. Tak sedap. Hihi
    Arinie Ghazali recently posted..Punca dan cara mengatasi loya semasa mengandungMy Profile

  2. Tapi memang MGTT tu dah la x sedap langsung, even perisa oren pon x sedap. Masa pregnant anak pertama memang saya x kene MGTT, tapi bila anak kedua kena la pulak.

    tu pon kene sbb beratku naik mendadak 5 kilo masa pregnant 2nd, terus doktor risau ade kencing manis masa mengandung ni.

    Tapi hospital kerajaan mmg sgt bagus dan strict kan compare to swasta. Semua teliti. Saya kene stadi lebih pasal kencing manis sbb ade sejarah keluarga.

    Fuh fuh

    IbuCergas
    Farha recently posted..Set Kanak-kanak Pintar ShakleeMy Profile

  3. salam… saya pun dah slalu minum air gula – 1st pregnant – 2 kali… second pregnant – 2 kali…

    first pregnant – sekali kat Klinik Kesihatan Shah Alam – and second time kat Klinik Dr Nora (TTDI).. dua dua bagi glucose putih tu.. tak muntah – but perit juga la…

    second pregnant – skali kat KPJ selangor – dia bagi glucose oren sejuk.. wah.. ini mmg sedap.. pandai depa… lagi skali kat DEMC – yg ni glucose blackcurrant – tak baper sejuk.. sbb tu tak sedap… heheheh…

    tapi Alhamdulillah – mmg takde diabetic.. (reason kena buat pasal grandfather ada diabetic)..

    tapi juga – dua2 anak mmg lahir besar.. satu 3.78kg – 38 minggu setengah… yg lagi satu 3.76kg – 37 weeks..

  4. sy pon pernah minum air gula.. 2 kali pulak tu..huhu lepas minum air gula tu terus jadi pening nak muntah nasib tak muntah kalau tak kene minum lg.. tapi pengalaman minum air gula mmg tk dapat dilupakan..hihi
    azi recently posted..SET ISTIMEWA SHAKLEEMy Profile

  5. masa isteri mengandungkan anak kami, tak kena minum air gula..jadi selamat juga la…kalau tak, nak menelan air gula tu fuh~~~
    melastik bintang recently posted..Sinetron vs Korean DramaMy Profile

  6. uii,,hampir penuh jgk ek air gula tuh diorg bg. telan liur tengok. huhu dulu pernah telan masa dok hosp tapi tak pasti plak air gula ke garam sebab pekat sgt2, rasa mual.

  7. macam dulu2 tak pernah ada ujian ni rasanya. bagus juga dapat mengesan awal kalau2 ada kecing manis.
    Denaihati recently posted..Berniaga tak ada duit kecilMy Profile

  8. info ni mmg berguna utk ibu2 mengandung.
    wife saya mmg riso tkt kena kencing manis waktu pregnant dulu
    Ekspresi Ruang recently posted..Kabinet Frank Rekaan SNICKERIET Yang Telus Ke DalamMy Profile

  9. akhir bulan ni bard pun kena minum air gula gak…aduh, takut dah ni….takut termuntah…masa pregnant kan ammar dulu tak ada kena minum pun..
    Puan Bardboo recently posted..Bersalin Nanti Di Mana?My Profile

  10. dapat juga merasa yea…kak sya je lum dapat merasa air gula sedap ke idak..hik3…next baby kot…insya allah
    syamila recently posted..Foremilk vs HindmilkMy Profile

  11. minum air gula ni setiap kali gi chck up ke camne kak yan? ke skali je masa mengandung ni?
    JMR recently posted..Top 10 : Biggest Brain Damaging HabitsMy Profile

  12. Air gula tu.. mesti manis.. mengandung 2 sebelum nie x kena pula, jaga makan kot
    Dunia Maklumat recently posted..Tips lemak dan jantungMy Profile

  13. saya pon pernah minum air gula, tp buatan sendiri lah, hhaha

  14. Ramai yang memberi maklum balas minum air gula akan termuntah dan mual. :-)
    akubiomed recently posted..Pelancaran Z800 dan Ninja 250 baharu oleh Kawasaki Malaysia.My Profile

  15. mohd firhan jasni on October 13, 2012 at 3:53 pm said:

    minum air gula? serius first time dengar pasal ni. hahaha.
    apapun semoga dipermudahkan segalanya ketika hamil ni, insyaAllah

    • Minum air gula hanya untuk Ibu Mengandung tertentu sahaja, tak semua kena minum air gula, minum air gula ni untuk mengesan kencing manis

      Makasih, amin…mudahan :D

  16. Assalam, minum air gula… mcm gini rupanya perempuan mengandung erk… susah jugak… hehehhe
    Noorikmal recently posted..Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 13 Oktober 2012My Profile

  17. Dah bersalin 4 orang tapi tak pernah pulak kena test air gula..hmm..memang wajib ke ujian ni??

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation