Salam, sebenarnya dah lama saya teringin nak menggunakan Cloth Diapers (CD) untuk anak yang bakal lahir tidak lama lagi, insyaallah. Sebelum saya disahkan mengandung lagi saya dah pasang niat kalau andaikata saya akan melahirkan lagi anak, saya ingin bayi saya menggunakan Cloth Diapers, Kenapa???

cloth diapers cd

Terlalu banyak sebabnya kenapa perasaan saya membuak-buak ingin menggunakan Cloth Diapers pada bayi saya nanti hehee, nak tahu kenapa?? jom saya listkan nngggee~

cloth diapers cd

1. Sebab Cloth Diapers comel-comel hahaahhaaa, tengok aje gambar-gambar kat atas tu.

kos penggunaan cd

Ianya sangat menjimatkan, Sebagai contoh seperti diatas

2. Of course lah menjimatkan, bantu suami menjaga kocek seluarnya dari koyak rabak hahahaa, ok-ok serius, sebenarnya suami saya tak kisah nak guna pampers ke CD ke, terpulang pada saya, tiada paksaan pun, malah semasa anak-anak terdahulu pun, dua-dua menggunakan pampers sepenuhnya, jadi kali ini saya rasa saya terlebih rajin hahahahhaaa *wait and see*

3. Cloth Diapers selesa dan bebas dari bahan kimia, yes! sebab tu saya pilih untuk menggunakan Cloth Diapers ni, maklum saje lah kulit bayi sangat sensitif, anak-anak saya dahulu semasa bayi kerap mengalami ruam di bahagian sulit, kesian wooo~, disamping itu Cloth Diapers juga mampu bertahan lama seperti penggunaan Lampin pakai buang/pampers yang mana ianya mampu bertahan selama 3-4 jam untuk 1 insert pada kegunaan waktu siang, dan 2 insert untuk kegunaan waktu malam bertahan sehingga 7-8 jam.

4. Mesra Alam (go green), apa yang menariknya penggunakan Cloth Diapers ini sangatlah mesra alam, dapat menyelamatkan bumi dari pencemaran akibat dari najis yang dibuang. tahu tak?  lebih 27 juta lampin pakai buang dibuang di longgokan sampah di serata dunia pada setiap tahun, dan sehelai lampin pakai buang/pampers akan mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya (degradable), malah lampin pakai buang/pampers ini turut akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah kerana adanya najis pada kain lampin tersebut. Sedangkan kita sendiri boleh mencegah perkara ini dari terjadi dengan menggunakan Cloth Diapers CD, najis boleh dibuang terus kedalam mangkuk tandas!.

5. Ianya sangat mudah untuk dikendalikan, nak tahu sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan Cloth Diapers ini, saya telah pun buat research dahulu berkenaan CD ini, apa yang saya dapati cara pengendaliannya tidaklah susah mana pun, malah saya kagum dengan ibu-ibu yang berjaya menggunakan CD ini sehingga anak-anak mereka berhenti menggunakan CD, ye saya kagum!, lebih-lebih lagi pada Ibu yang berkerja, kalau mereka boleh kenapa tidak saya yang jelas-jelas hanyalah seorang suri rumah, yang banyak masa dirumah tidak boleh mengendalikannya?.

cloth diapers cd

Prewash Cloth Diapers yang baru dibeli, alhamdulillah setakat ini ada 15 helai koleksi CD, 10 helai Lunatots dan 5 helai dari QQ Baby. Nak beli ni pun bukannya murah, untuk 15 helai ini, hampir RM700 juga dibelanjakan, ni duk rambang mata tengok CD cecomel aiyoooo…tak leh jadi ni hahaha.

basuh cd

Proses prewash Cloth Diapers, banyak juga research yang saya buat, agar CD dibasuh dengan betul 😀

sabun cd lunatots

Nak basuh pulak kena guna sabun khas, tidak boleh menggunakan pelembut ataupun clorox, nanti akan merosakkan CD/insert tersebut, yelah nak pakai lama kan?, plus nak basuh kena letak dalam laundry net untuk menjaga butang-butang CD tersebut, senang aje pun, tak leceh mana.

Saya ingat nak start gunakan Cloth Diapers ini bermula dari baby lahir, tapi tengok pada keadaan, sekiranya kesihatan saya mengizinkan, saya akan mulakan awal penggunaan CD ni, sekiranya sebaliknya, saya akan gunakan CD ni pada bayi saya selepas saya habis dari berpantang, apa pun semuanya terpulang pada situasi masa tersebut nanti, isnyaallah.

Dah alang-alang entry pasal CD ni, ingin saya berkongsi, CD Lunatots mempunyai warranty selama 6 bulan, sekiranya ada masalah dengan CD tersebut, boleh hantar terus CD tersebut kepada cawangan Lunatots untuk diservis, contohnya apabila CD tersebut tidak menyerap ataupun butang tercabut ke kan, pihak lunatots akan menggantikan dengan butang yang baru, tak silap 1 butang rm1 kot, untuk mendapatkan warranty ini, hanya mengemukakan mykid anak, kiranya 6 bulan dari baby dilahirkan.

Produk lain saya tak pasti pulak ada warranty ke tidak, tapi QQ Baby yang saya beli tu takde warranty 😛

– Apa pun semangat kena kuat dan kental, insyaallah moga-moga daku kuat semangat heheee

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 thoughts on “Kenapa Saya Memilih Untuk Menggunakan Cloth Diapers (CD)?”
  1. tahniah kak Yan kerana memilih untuk bercd.

    koleksi cd saya ada 25 helai & saya dah beli sekali cd utk saiz XL (persiapan hari akan datang bila anak dah besar : umur 2-3 tahun). sekarang tak perlu fikir tentang lampin/pampers anak pun 🙂

    jom baca entri saya ttg cd : http://www.ciklaili.com/2012/02/cloth-diapers-yang-berwarna-warni.html

    bila baby dah lahir nnt bolehlah kak Yan cuba berbabywearing pulak. saya guna Merak SSC dari NeezaNeddleS : http://www.ciklaili.com/2012/06/babywearing-dengan-merak-ssc-dari.html
    ciklaili.com recently posted..Semakan Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2013 | e-GTukar Januari 2013My Profile

  2. suke lah CD yg zebra tu.. cantik dan comel! haha.. tak guna CD, tapi dulu mmg plan nak guna. oleh kerana tak nak nyusahkan babysitter, beli pampers. baby girl agak berperangai lah mase memula dulu. la ni dah ok sikit, maybe akan guna CD lepas ni 😉
    fara recently posted..Happy 5 Month Old Baby!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge