Borang BR1M Kali Kedua 2.0 Mula Di Edar Oktober 2012

Salam, nampaknya ramai rakyat tersenyum lebar bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, alhamdulillah sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi mereka yang memerlukan. Khabarnya Borang BR1M Kali Kedua 2.0 Mula Di Edar Oktober 2012 ini, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang mana akan menerima bantuan sebanyak RM250.

bantuan rakyat 1 malaysia Borang BR1M Kali Kedua 2.0 Mula Di Edar Oktober 2012

Kepada isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0, tidak perlu mendaftarkan diri lagi semula untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak untuk bantuan BR1m 2.0 ini, permohonan baru perlu dilakukan dan ianya akan diteliti semula.

Walaubagaimanapun, pemohon di bawah kategori individu bujang yang masih lagi belajar diperingkat universiti, tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0. Ini kerana pelajar tersebut telah menerima baucar buku bernilai RM250, maknanya disini pelajar tidak boleh mendapatkan kedua-dua sekali bantuan tersebut, cuma 1 sahaja.

- Tetiba teringat ada kes orang jual borang BR1M dulu sampai rm50, padahal borang tu percuma je pun -..-”

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)
Posted in Informasi, My Story. Tagged with , , , , , , , .

14 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge